Monday, August 5, 2013

KISAH SAIDINA ALI, MALAIKAT DAN UNTA

Saidina Ali KAW pada suatu hari pulang ke rumahnya lalu bertanya kepada isterinya Saidatina Fatimah RA

“Wahai wanita mulia, apakah ada sebarang makanan untuk suamimu pada hari ini?”

Jawab Fatimah RA:
“Demi Allah aku tidak mempunyai apa-apa, melainkan enam dirham daripada Salaman al-Farisi sebagai upah menjahit. Aku akan belikan makanan untuk Hasan dan Hussain.”

“Biar aku sahaja yang membelinya.” Pintas Saidina Ali.

Lalu keluarlah semula saidina menuju ke pasar untuk menunaikan hasrat isterinya. Dalam perjalanan, beliau terserempak dengan seorang dalam kesusahan yang berkata,

"Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan yang selalu menepati janji?"

Tanpa berfikir panjang, lantas Saidina Ali memberikan kesemua enam dirham yang dimilikinya itu pada lelaki tersebut.

Beliau seklai lagi pulang dengan tangan kosong.

Fatimah yang melihat suaminya melangkah ke pintu rumah dengan tangan kosong, tiba-tiba menangis.

“Apa yang membuatkan kamu menangis wahai Fatimah?” tanya Saidina Ali.

Jawab Fatimah, “Wahai Ali, kamu pulang tanpa membawa apa-apa.”

Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu."

Lalu Ali keluar lagi, kali ini untuk berjumpa Rasulullah SAW mengadu nasib. Di tengah perjalanan, beliau terserempak pula dengan seorang badwi sedang menunggang unta. Badwi itu segera menghampirinya dan berkata,
“Wahai Abu Hasan, belilah unta ini!”

“Aku tidak punya wang. ” Balas Ali.




“Kalau begitu kau ambillah dahulu untanya dan bayar pada bila-bila yang engkau mahukan.” Si badwi memberi tawaran.

“Berapa harganya?”S aidina Ali mula berminat dengan tawaran itu.

“Tidak mahal, Cuma 100 Dirham.” Jawabnya ringkas.

Saidina Ali akhirnya bersetuju dan terus membawa unta itu bersamanya. Tidak berapa jauh meninggalkan tempat tadi, datang pula seorang badwi yang lain menghampiri beliau.
“Wahai Abu Hasan, adakah unta itu untuk dijual?” Tanya si badwi.

“Ya.”Kata Ali.

“Berapa?” si badwi menambah soalan penuh minat.

"300 dirham," jawab Ali lagi.

"Baiklah saya beli," kata badwi itu dan terus memberikan wang 300 dirham kepada Saidina Ali.

Saidina Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya:
"Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hasan?"

"Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham," terang saidina Ali.

Kemudian beliau pergi berjumpa nabi di masjidnya. Melihat kelibat Ali nabi terus tersenyum dan berkata:

“Wahai Abu Hasan, adakah kamu ingin bercrita atau biarkan aku yang bercerita?”

Saidina Ali kehairanan lantas menjawab:
“Engkau sahaja yang cerita wahai Rasulullah.”

"Wahai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?" Soal nabi memulakan bicara.

Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."

Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan:

"Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham.

"Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail."

Firman Allah SWT:

Barang sesiapa yang meminjamkan pada Allah (hartanya) dengan pinjaman yang baik, escaya Allah akan gandakan baginya (ganti) dengan gandaan yang banyak, dan Allahlah yang menghalang dan memberi (harta) kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki, dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan.

[al-Baqarah:245]

27 RAMADHAN/ 4 OGOS/ MASJID LAMA MERCHANG

1 comment:

  1. Anda memerlukan pinjaman segera yang sah sentiasa menjadi masalah besar bagi keperluan kewangan pelanggan. Sila hubungi kami untuk bantuan kewangan segera atau segera, kami berbangga dengan komitmen kami kepada para pelanggan kami; Diakui

    * Adakah anda memerlukan pinjaman tulen,
    * Adakah anda memerlukan pinjaman tidak bercagar
    * Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi,
    Adakah anda memerlukan pinjaman gadai janji
    * Anda memerlukan pinjaman penyatuan
    * Adakah anda memerlukan pinjaman 1 hari hutang,
    * Adakah anda memerlukan pinjaman mendesak peribadi,
    * Adakah anda memerlukan segera untuk menghapuskan hutang anda
    * Adakah anda memerlukan pinjaman perniagaan untuk pelaburan
    * Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda
    * Adakah anda memerlukan pinjaman jangka pendek untuk memulakan perniagaan * Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk memperbaiki perniagaan anda
    * Adakah anda perlukan pinjaman cepat serius yang paling indah
     * Pernahkah anda ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain?
     * Adakah anda dalam hutang? Ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda, dengan cepat menghubungi kami
    Puan Alina Leho
    Alamat e-mel syarikat: (guaranteetrustloan24hours@gmail.com)

    Kami memberi pinjaman kepada syarikat, entiti swasta dan individu dengan kadar faedah yang rendah dan berpatutan 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui e-mel melalui: (guaranteetrustloan24hours@gmail.com)

     DATA PERMOHONAN

    1) Nama Penuh:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Negeri:
    5) Seks:
    6) Status perkahwinan:
    7) Pekerjaan:
    8) Nombor Telefon:
    9) Kedudukan semasa di tempat kerja:
    10) Pendapatan bulanan:
    11) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
    12) Tempoh pinjaman:
    13) Tujuan pinjaman:
    14) Agama:
    15) Pernahkah anda memohon sebelum:
    16) Tarikh Lahir:
    Terima kasih,

    ReplyDelete

Guane gamok? komen skit....