Thursday, August 16, 2012

KHUTBAH HARI RAYA AIDIL FITRI 2012/ 1433 H “ SIFAT TAQWA LAHIR DARI KECEMERLANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK”


(Khutbah ini diedit dari teks khutbah hari raya yang disediakan oleh Dewan Ulama` PAS Negeri Terengganu dengan mengalih tulisan kepada rumi disamping mengubah sedikit gaya bahasa, penambahan dalil-dalil Quran dan isu-isu semasa, serta meringkaskan beberapa bahgian tanpa menjejaskan fokus utama khutbah. Terima kasih buat isteri tercinta yang sudi menaipkan kembali teks khutbah ke tulisan rumi dengan penuh tekun dan ikhlas. Hanya Allah mampu mengganjar anugerah yang setimpalnya.)




KHUTBAH PERTAMA
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرا، و الحمد الله كثيرا.

الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام، وفضلنا على كثير من الأمم.

فنحن قوم أعزنا بالإسلام، فإذا ابتغينا الإسلام بغيره أذلنا الله

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، البدر الدجى و السراج المنير.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد، الرحمة المهداة، قائد الدعاة ةالمجاهدين، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه ألى يوم القيامة. أما بعد.

فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، فتزوده، فإن خير الزاد التقوى.
Wahai hamba-hamba Allah yang dirahamati sekalian! Saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri, supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya diiringi rasa takut kepada Allah di mana jua kita berada.

Muslimin dan muslimat sekalian!



Hari ini hari kemenangan bagi umat islam, setelah sebulan kita berjuang mengejar fadilat dan keberkatan Ramadhan, maka hari ini adalah lambang kejayaannya.

Marilah pula kita melihat diri sendiri, apakah kesan daripada bulan ramadhan itu berjaya ditanamkan  dalam diri kita? Sesungguhnya Ramadhan itu ibarat sebuah madrasah tarbiyyah rabbaniyyah, yang ditadbir sendiri oleh Rabbul Izzati Lil Alamin. Yang terpentingnya ialah menjadi orang-orang yang bertaqwa. Itulah tujuan asal diwajibkan umat islam berpuasa. Firman Allah taala: 
يا أيها الذين أمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون ( البقرة 148)

Yang bermaksud Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas umat yang lebih dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Muslimin dan muslimat sekalian!

Allah SWT juga memuliakan bulan tersebut dengan turunnya alQuran, daripada Luh Mahfuz ke langit dunia yang bernama Baitul Izzah. alQuran inilah yang menjadi panduan setiap yang bernyawa dalam meniti hidup dunia ini, supaya bersuluh manusia ke jalan yang benar, dan menerangkan segala rahsia hidup serta menjadi pemisah antara kebenaran dan kebatilan. Firman Allah SWT:
شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان (البقرة 180)

(Al-baqarah 180)

Yang bermaksud: Bulan ramadhan lah yang diturunkan padanya al-quran, yang menjadi petunjuk kepada manusia dan segala keterangan daripada petunjuk, serta membezakan (antara betul dan salah)

alQuran adalah satu-satunya panduan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Baik dari sudut rohani, fizikal, mental, sosial, ekonomi, politik malah pentadbiran sebuah kerajaan sekalipun, segalanya telah termaktub lengkap dalam alQuran semenjak lebih 1446 tahun yang lampau. Dan itu segala sistem, peraturan, etika dan disiplin yang tidak selari dengan alQuran tidakkan membawa manusia kepada kemajuan dan ketamadunan melainkan kehancuran semata-semata. Firman Allah SWT:
ذلك بأن الله هو الحق ,أن ما يدعون من دونه هو الباطل من دونه هوالباطل وأن الله هو العلي الكبير

(Luqman : 30)

Maksudnya: Itu kerana bahawa hanya (dari) Allah SWT kebenaran, dan apa-apa yang seruan kepada (undang-undang) selainnya adalah batil. Sesungguhnya Allah SWT Maha Tinggi lagi Besar.
Seterusnya bagaimanakah cara menjadikan al-quran itu petunjuk dengan yakin dan beriman bagi membuktikan adanya sifat taqwa?

Muslimin dan muslimat sekalian!

Allah s.w.t telah melantik Rasulullah s.a.w bagi menerima al-quran melalui wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibril, serta menyampaikannya kepada manusia secara bacaan lisan yang diriwayatkan oleh para ulama’ dengan  penuh amanah dari Rasul s.a.w  juga mengajar cara beramal dengan al-quran itu secara sempurna, daripada awal sehingga akhir  walaupun terpaksa bersusah payah menghadapi mereka yang tidak menerima petunjuk al-quran ini dan menentangnya dengan segala cara yang zalim dan melampau batas.   

Firman Allah Taala kepada Rasul s.a.w:
إنا أنزلنا الكتاب بالحق لتحكم بين الناس بما أراك الله ولا تكن للخائنين خصيما (النساء 105)
(An-nisa’ 105)

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu akan kitab (al-quran) dengan membawa perkara yang benar, seperti kamu melaksanakan hukuman manusia ( dengan petunjuknya) dengan apa-apa yang dinyatakan oleh Allah, dan jangan sekali-kali kamu membela orang yang khianat.

Lagi Firman Allah Taala kepada Rasul s.a.w:
وما أنزل عليك الكتاب إلا لتبين لهم الذي اختلفوا فيه وهدى ورحمة لقوم يؤمنون (النحل 64)
(an-nahl 64)

Maksudnya: Dan tidaklah kami turunkan kepadamu akan kitab (al-quran) ini melainkan supaya kamu menerangkan kepada manusia perkara-perkara yang menjadikan pertelingkahan dan menjadi petunjuk dan rahmat kepada kaum yang beriman.

Muslimin dan muslimat!

Ketahuilah bahawa Rasulullah s.a.w telah menunaikan kewajipan berdakwah dan berjihad, menyampaikan islam mengikut perintah Allah daripada al-quran, mengajak manusia kepada islam secara rela hati, tidak dengan paksaan dan beramal sepenuhnya mengikut al-quran. Bermula daripada diri sendiri, keluarga, masyarkat setempat, sehinggalah menegakkan kerajaan dan khalifah bumi yang melaksanakan seluruh perintah Allah di dalam al-quran.

Apabila pemimpin-pemimpin mekah yang sangat zalim tidak menerima dakwah nabi Muhammad SAW, Baginda berhijrah pula ke madinah bagi menegakkan hukum-hukum Allah di dalam al-quran, samada kepada yang menganut islam atau yang tidak menganutnya tetapi tidak menentangnya, dalam masa yang sama terpaksa berjihad menghadapi mereka yang menentangnya di kalangan orang-orang kafir dan munafik.

Setelah al-Quran di sempurnakan dan Rasulullah s.a.w telah menyampaikan semuanya, maka Allah mewafatkan Rasulullah s.a.w.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian!

Kewajipan beramal dan menyampaikan ajaran al-quran sepenuhnya tidak terhenti dengan kewafatan Rasulullah s.a.w, ianya tetap diteruskan sahabat radiallahu anhum dan terus wajib disambung oleh umatnya yang setia sehingga hari kiamat.

Muslimin dan muslimat sekalian!

Apabila menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w, maka kita menghadapi ujian pelbagai pihak yang cuba menafikan kebenaran al-quran dengan berbagai cara.
Bukan hanya kalangan bukan islam  yang menentang secara terbuka, bahkan ada orang yang mengaku islam tetapi menyeleweng dan menyesatkan umat islam yang lain, seperti apa yang dilakukan oleh kalangan munafik  dan ahli kitab di zaman Rasulullah s.a.w.

Adanya mereka yang menerima islam menjadi agamanya dan mengaku menjadi penganut islam, tetapi lebih memilih peraturan dan undang-undang rekaan manusia bagi mengatur dan mengurus urusan dunia dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah, sedangkan sudah ada ayat-ayat al-quran dalam perkara tersebut seperti menolak hukum-hukum politik ajaran al-Quran, menolak hukum yang berkaitan dengan ekonomi, social, jenayah dan sebagainya. Inilah kalangan yang disebut oleh firman Allah Taala:
أم لهم شركاء شرعوا لهم من الدين ما لم يأذن به الله ولولا كلمة الفصل لقضي يبنهم وإن الظالمين لهم عذاب أليم (الشورى 21)
(Assyura 21)

Maksunya: Adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mengadakan hukum syariat dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah? Kalaulah tidak kerana adanya keputusan Allah untuk membicarakan mereka pada hari kiamat, nescaya mereka dijatuhkan azab sepenuhnya di dunia ini di kalangan mereka, dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu di sediakan untuk mereka azab yabg pedih.

Di antara sekutu-sekutu itu ialah pemimpin yang menolak hukum-hukum al-quran yang merupakan kalam Allah lalu ditukar dengan peraturan dan undang-undang rekaan manusia yang jelas bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan alQuran.

Penentangan daripada kalangan yang bukan islam adalah menjadi lumrah, kerana mereka bebas untuk mengamalkan ajaran mereka walau bertentangan dengan agama islam kerana islam tidak pernah memaksa agama lain mengikutnya. Tapi yang menjadi masalah apabila ada kalangan pemimpin umat islam sendiri yang secara terang-terangan menolak hukum Allah.

Tambah menyedihkan lagi apabila agamawan pun terlibat dalam kancah ini sehingga mengeluarkan fatwa-fatwa songsang, sehingga sanggup mencetuskan ketegangan agama dan islam dilihat begitu radikal dan ganas, demi habuan dunia semata-mata.

Muslimin dan muslimat!

Marilah kita meninggalkan ramadhan dengan sifat taqwa yang dibuktikan dengan percaya kepada seluruh ajaran islam yang ada dalam al-quran dan cara beramalnya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.aw dan para ulama’ yang menerima pusaka ilmunya dengan amanah, benar dan ikhlas.
Juga dengan rasa takut kepada balasan Allah sekiranya terikut-terikut dengan para pemimpin dan para ulama’ yang tidak amanah, yang mengakui dan menipu supaya terpesong daripada petunjuk Allah yang benar.

Janganlah menunggu hari kiamat sehingga berlaku firman Alah Taala:
أعوذباالله من الشيطان الرجيم
يوم تُقَلَّبُ وُجُوهَهُمْ فِي النارِ يقولونَ يا ليتنا أطعْنا اللهَ و أطعْنا الرسولَا (66) وقالوا ربَّنَا إنَّا أطعْنا سادتَنَا وكُبَرَاءَنا فأضلُّونا السبيلَا (67) ربَّنَا آتهم ضعفين من العذاب والْعَنَهُم لعنًا كبيرا (68)
(Al-ahzab 66-68)

Maksudnya: Pada hari dibalik-balikkan muka-muka mereka di dalam neraka, lalu mereka berkata (dengan menyesal): aduhai! Alangkah baiknya kalau di atas dunia dahulu kami mentaati Allah dan mentaati Rasul, Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami! Kami telah mentaati tuan-tuan kami (para ulama’ yang menipu) dan pemimpin-pemimpin kami, lalu mereka menyesatkan kami daripada jalan yang benar. Wahai Tuhan kami! Siksakan mereka berlipat kali ganda azab dan laknatkan mereka dengan seberat-beratnya.
بارك الله لي ولكم في الكتاب والسنة، ونفعني وإياكم بالآيات والحكمة. أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولجميع المسلمين و المسلمات إنه هو الغفور الرحيم.


KHUTBAH KEDUA 
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، و لله الحمد، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له. و أشهد أن محمد عبده ورسوله. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاة. أما بعد.

فياعباد الله، أوصيكم و أياكم بتقوى الله فقد فاز المتقون. و تزودوا فإن خير الزاد التقوى.

Muslimin dan muslimat  sekalian!

Marilah pada hari raya ini kita merasakan besarnya nikmat iman dan islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah Taala. hanya kematian di dalam iman dan islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firmannya:
يأيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته، ولا تموتن إلا و أنتم مسلمون

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan mati di dalam keadaan beragama islam.
Hari raya adalah hari untuk kita bergembira dan bersyukur. Firman Allah SWT

ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هدىكم ولعلكم تشكرون

Dan sempurnakanlah tempoh yang ditetapkan, dan bertakbirlah kepada Allah dengan apa yang telah dikurniakan (hari kemenangan AidilFitri) , semoga kamu bersyukur.
(alBaqarah: 185)

Dalam kegembiraan kita menyambut kemeriahan Aidilfitri ini disamping ahli keluarga dan sanak saudara, janganlah dilupa kepada umat islam lain yang tidak bertuah seperti kita. Sedarlah disana masih ramai lagi umat islam yang dilanda peperangan, kemiskinan dan kebuluran contohnya di negara-negara Afrika. Juga umat islam yang sedang dijajah, dizalimi, dibunuh serta ditindas seperti yang sedang berlaku di Palestin, Syria, Iraq, Selatan Thailand, Rohingya di Burma dan sebagainya.

Tunjukkan tanda syukur kita dengan menghulurkan bantuan semampu mungkin kepada mereka. Ingatlah harta yang diamanahkan kepada kita itu adalah milik Allah. Dia mampu untuk menarik balik segala harta kita sekelip mata. Maka tunaikanlah hak orang lain pada harta itu.

Jika tidak mampu membantu mereka degan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa dan munajat kepada Allah supaya Allah memberi pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka daripada penderitaan dan kezaliman manusia.

Atau setidak-tidaknya kita sentiasa peka terhadap perkembangan mereka seterusnya menyebarkan kepada masyarakat ramai realiti sebenar kemelut yang melanda. Moga-moga maklumat dari kita itu mampu menyedarkan golongan berkemampuan untuk membantu mereka. Sabda Rasulullah SAW:
 
((من بات ولم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم)) 

Yang bermaksud bahawa sesiapa yang nyenyak tidur dan tidak mengendahkan perihal orang-orang islam yang lain, maka mereka bukanlah dikalangan mereka(umat islam).

Muslimin dan muslimat sekalian!

Pada hari yang mulia dan penuh barakah ini marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyampaikan islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada baginda dirakamkan melaui selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah di dalam al-quran:
إن الله وملائكته يصلون على النبي، ياأيها الذين آمنوا صلو عليه وسلموا تسليما

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam keatasnNya dengan sesungguhnya.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا إبراهيم وعاى آل سيدنا إبراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد.

اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم و الأموات. ربنا اغفرلنا ذنوبنا وذنوب والدينا ورحمهم كما ربونا صغيرا. ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقون بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم.

اللهم أعز الإسلام و المسلمين، وأذل الشرك والمشركين، و النفاق والمنافقين و الظلم و الظالمين، اللهم إنا نجعلك في نحور أعدآئنا ونعوذ بك من شرورهم، اللهم رد كيدهم على نحورهم. اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم، و سلط عليهم كلبا من كلابك.

اللهم انصر إخوننا المجاهدبن و المستضعفين في فلسطين، وفي غزة، وفي العراق, وفي كشمير، وفي جنوب تايلند،وفي بورما، وفي سوريا  و في كل مكان. اللهم قو عزائمهم، واجمع كلمتهم، وثبت أقدامهم، وانصرهم على أعدآئهم.

اللهم آت أنفسنا تقواها،وزكيها أنت خير من زكاها، أنت وليها ومولاها. اللهم أرنا الحق حقا ورزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا ورزقنا اجتنابه. اللهم أصلح  سلطاننا، وأئمتنا وولاة أمورنا،واجعل ولايتنا في من خافك واتقاك يا رب العالمين.ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا و ترحمنا لنكونن من الخاسرين. ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما، ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله و صحبه وسلم، والحمدلله رب العالمين.

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد  

  

 

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....