Kata ulama, taubat adalah wajib bagi setiap kesalahan
yang dilakukan. Syarat sah taubat ada tiga perkara
1-
Meninggalkan maksiat
2-
Menyesali maksiat ang
dilakukan
3-
Berazam untuk tidak kembali
pada maksiat itu semula
Jika kesalahan yang dilakukan melibatkan manusia yang
lain, syaratnya perlu ditambah dengan menunaikan kembali hak orang tersebut.
Jika melibatkan harta mereka (mencuri, merampas, menipu harta), serahkan
kembali atau ganti dengan yang sama nilainya. Jika melibatkan fizikal (kecederaan,
pembunuhan ) minta dibalas dengan hukum Qisas atau pohon dimaafkan dari si
mangsa. Jika melibatkan maruah, pohon kemaafan atau dikenakan hukum qazaf.
Jika mangsa meminta kita melakukan sesuatu kepada mereka
sebagai ganti kerugian yang mereka tanggung, samada fizikal, maruah, atau
material, kita wajib melakukannya selagi ia tidak keterlalulan.
Tiada amalan khusus untuk diterima taubat seperti yang
didakwa sesetengah pihak seperti wajib sembahyang taubat, wajib menderma jumlah
tertentu atau sebagainya. Cuma islam menyarankan supaya dilakukan kebajikan
bagi memadam dosa yang dilakukan. Sedekah juga mampu memadam kesalahan seperti
air yang memadam api.
Tiada waktu khusus untuk taubat. Boleh dilakukan
bila-bila saja, dimana sahaja dalam apa jua keadaan.
Namun waktu paling baik adalah di sepertiga akhir malam,
disaat manusia sedang tidur, kita bangun menghadap Allah membawa semua
kesalahan untuk diampuni.
Tempoh paling akhir untuk bertaubat adalah sebelum nyawa
berada di tengkuk, atau sebelum matahari terbit dari arah barat, yang disebut
sebagai tanda kiamat terbesar.
Allah SWT mampu memaafkan semua jenis kesalahan walau
menggunung tinggi mencecah langit. Beliau Maha Pengampun terhadap hambaNya,
tiada dendam malahan ihsan, asalkan datang membawa diri penuh sesal dan ikhlas.
[Rujukan hadis-hadis Rayadussalihin; Imam Nawawi]
26 RAMADHAN/ 4 OGOS/ SURAU PDANG MACHANG MANIR
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....