Masjid Pulau Ketam (22/2/13)
Khutbah Pertama
الحمد لله الذي لم يتخذ ولدا ولم يكن له شريك في الملك ولم يكم له ولي من الذل وكبره تكبيرا
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له. له الأسماء الحسنى والصفات العلى
وأشهد أن محمدا عبده ورسوله الرحمة المهداة والسراج المنير
اللهم صل وسلم وبارك على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا وإمامنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهديه إلى يوم الدين
أما بعد
فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، وتزودوا، فإن خير الزاد التقوى.
Wahai hamba-hamba Allah sekalian, saya berpesan pada diri dan sidang jemaah sekalian agar bertaqwa kepada Allah dengan erti kata sebenarnya, iaitu mentaati segala perintah serta menjauhi laranganNya. Kejayaan hanyalah untuk mereka yang beriman.
وتلك الأيام نداولها بين الناس [ال عمران:140]
Pada hari tersebut kami pergilirkan kuasa diantara manusia
Allah SWT menerangkan dalam ayat tersebut perihal kekuasaan di atas muka bumi Allah. Tiada kuasa yang kekal selama-lamanya selain kuasaNya. Samada kuasa itu ditadbir dengan adil ataupun zalim, semuanya pasti akan berakhir.
Hari ini kita melihat kekuasaan itu terus dipergilirkan oleh Allah Azzawajalla. Beberapa pemerintahan kuku besi yang berkurun lama memerintah negara-negara di Timur Tengah kini telah digulingkan. Bermula Tunisia, merebak ke Libya, menyapa banjaran Mesir, bertiup ke Yaman dan kini menunggu masa di Syria. Samada fenomena yang digelar arab spring menguntung atau merugikan islam, yang pastinya janji-janji dan kenyataan tuhan dalam al-Quran telah membuktikan kebenarannya.
Sebelum dari fenomena arab Spring, angin perubahan terlebih dahulu berlaku di Eropah, Amerika dan negara-negara . Sejak tragedi 11 Sept yang sengaja direka Zionis berlalu, populasi beragama islam terus meningkat dengan pesat. Status agama paling ramai penganut di dunia yang dulu disandang oleh kristian telah berubah kepada islam semenjak tahun 2006. Malah kajian yang dbentang Geert Wilders, seorang pemimpin kanan gerakan anti-islam Belanda menjangkakan pada tahun 2050, penganut islam bakal menjadi majoriti di Eropah.
Ini dibuktikan dengan peningkatan jumlah gereja yang terpaksa dijual kerana tiada pengunjung, dibeli oleh umat islam untuk dijadikan masjid. Nama Muhammad buat masa ini menjadi nama paling popular buat bayi yang didaftarkan di Eropah dan Amerika. Terbaru, sebuah gerakan islam di Jerman hari ini berjaya membeli sebuah pasaraya di tengah kota Wiesbaden, Jerman untuk diubah menjadi masjid.
Benarlah kata-kata Said Nursi, seorang pemimpin islam dari Turki sewaktu kejatuhan khilafah Uthmaniah, bahawa dia melihat orang islam sedang mengandungkan anak kafir dan dia melihat orang kafir sedang mengandungkan anak islam.
Begitu juga dengan apa yang kita lihat melanda bumi bertuah kita ini. Kebangkitan islam kini semakin hari semakin jelas kelihatan. Tidak seperti era pasca-merdeka, Malaysia hari ini semakin menerima cara hidup berkonsep islam. Majalah-majalah keagamaan yang lebih kontemporari memenuhi pasaran. Channel television bernuansa islamis juga telah diwujudkan. Ustaz-ustaz yang selama ini hanya berdakwah di bawah bumbung masjid dan surau, kini menjadi selebriti di kaca TV. Anak muda membanjiri majlis ilmu. Orang awam sudah tidak berani lagi memperlekeh hukum hakam islam bukan seperti zaman-zaman sebelum ini. Perbankan islamik semakin mendapat tempat. pondok-pondok agama, sekolah beraliran agam dari pasti hingga university kini tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Bukti-bukti ini mengingatkan kita tentang benarnya janji Allah dalam al-Quran.
يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكافرون [الصف:8]
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan dakwaan mulut-mulut mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya walau dibenci orang-orang kafir.
Namun sidang jumaat sekalian, pernahkah kita terfikir apa penyebab kepada kebangkitan islam ini? Tiada perkara yang berlaku secara kebetulan. Semuanya telah dirancang oleh Allah Azzawajalla. Nikmat kesedaran yang menjalar dalam masyarakat hari ini tidak lain adalah disebabkan kegigihan jihad dan dakwah panjang pejuang-pejuang islam terdahulu. Tanpa mereka yang berani menyampaikan maklumat kebenaran dan kebatilan, tanpa mereka yang lantang menentang penipuan dan pembodohan, tanpa mereka yang mempertaruhkan nyawa demi menyatakan mana satu yang hak dan mana satu yang batil, tentu sekali kita masih berada di bawah pengaruh pemikiran barat.
Tugas yang paling utama yang mereka lakukan adalah dakwah. Dakwah bererti mengajak manusia kepada Allah. Atas dasar dakwah inilah maklumat-maklumat disampaikan kepada orang ramai yang akhirnya memilih islam.
Firman Allah SWT:
يا أيها المدثر قم فأنذر [المدثر:1-2]
Wahai orang-orang yang berselimut! Bangunlah dan berilah peringatan.
Nabi SAW seawal kenabiannya di era Makkah sudah diperintah oleh Allah SWT untuk bercakap mengenai kebenaran dan kebatilan yang selama ini mereka amalkan. Inilah yang membawa kepada tertubuhnya kerajaan islam pertama di bumi Madinah. Nabi berkempen kepada jemaah haji dari Madinah yang datang ke Mekah menunaikan haji. Daripada bilangan 7 orang, tahun kemudian bertambah 13 orang dan kepada 72 orang tahun berikutnya sehingga sewaktu nabi menjejakkan kaki ke Madinah, tiada sebuah pun daripada rumah-rumah di Madinah melainkan telah masuk islam kedalamnya.
Itulah peri pentingnya penyebaran maklumat dalam ajaran islam. Mereka yang tahu tentang kebenaran tidak hanya mendiamkan diri, tetapi pulang menyampaikannya kepada penduduk Madinah. Di lorong-lorong mereka bercakap, di pasar-pasar mereka bercakap, di rumah-rumah mereka bercerita.
Muslimin hadirin sekalian,
Islam adalah agama fitrah, iaitu agama yang bertepatan dengan hakikat semulajadi manusia. Justeru itu jika maklumat islam yang tepat sampai kepada manusia dengan jelas dan bebas tanpa ada sebarang sekatan, sudah lama islam menjadi tunjang tertinggi bagi pemerintahan negara ini. Lihatlah kebangkitan yang disebut berlaku di negara barat sepertimana yang digambarkan tadi, khabar islam kepada mereka begitu mudah sampai. Mereka umat yang mementingkan ilmu, mereka tahu islam kerana mereka mencari maklumat tentang islam.
Sewaktu tragedi 11 september yang mengkambinghitamkan islam melanda Amerika, nama islam disebut-sebut seluruh ceruk dunia membangkitkan sifat ingin tahu apakah ajaran yang dibawa islam. Seluruh kedai-kedai buku mengalami kehabisan stok al-Quran terjemahan dan buku-buku agama islam amat laris sekali jualannya. Mereka membaca,mengkaji, menilai tentang agama islam dan akhirnya dengan maklumat yang ada, mereka memilih islam sebagai anutan.
Populasi penduduk islam teramai eropah pula kebanyakannya berpusat di Bandar-bandar besar ditempat pengaksesan maklumat mudah dilakukan seperti di Rotterdam dan Amsterdam (Netherlands), Paris dan Marseille (France), Brussels (Belgium), Bradford, London dan Copenhagen di UK.
Malaysia juga tampak mengalami fenomena yang sama. Banyak seminar-seminar, wacana, perbincangan,pameran kesedaran dan perbahasan yang bersifat heavy berkenaan islam dan cabaran moden berlaku hanya di Bandar besar tempat berkumpul kebanyakan intelek seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Kerana itulah mereka tidak mudah dibeli dengan wang ringgit dan tidak tertipu dengan fitnah-fitnah murahan. Semuanya dinilai dengan adil apabila akses maklumat tidak berjaya disekat.
Namun malang sekali apabila majoriti tanah Malaysia yang hampir 6 dekad merdeka ini masih di tahap hutan belantara dan tidak mempunyai kemudahan asas yang mencukupi termasuk kemudahan mengakses maklumat sepeti rangkaian internet dan liputan talian komunikasi termasuk negeri kita, Terengganu Darul Iman. Rakyat kita seolah terputus hubungan dan miskin maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku di Malaysia hari ini. Saya percaya, masih ramai hadirin yang belum ketahui isu Sabah di serang Filipina tempoh hari. Ini kerana sumber maklumat kita sengaja dibatasi dengan saluran-saluran tertentu milik pemerintah. Kita tidak diberi kebebasan untuk menggunakan sumber tersebut secara adil.
Lalu jadilah apa yang kita alami hari ini. Sedar-sedar sahaja sudah runtuh, sedar-sedarsahaja sudah naik harga, sedar-sedar sudah disaman!
Tapi masih ramai yang tidak nampak kepincangan negara. Telinga dan mata kepala mereka disumbat dengan maklumat berat sebelah, segala keburukan tampak indah dan segala kebaikan dihentam sepuas hati. Kerana itu jugalah mereka ini begitu mudah diperdaya dengan wang ringgit. Walau jumlah bantuan yang diterima itu hanya seciput dari cukai-cukai yang terpaksa mereka tanggung saban tahun, mereka tetap terpedaya. Inilah projek pembodohan yang serupa seperti perlakuan firaun yang dikisahkan dalam al-Quran:
فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْماً فَاسِقِينَ [الزخرف:54]
Maka dia (Firaun) memperbodohkan kaumnya lalu mereka mentaatinya. Sesungguhnya merekalah golongan yang fasik.
Antara pembodohan yang dilakukan, Allah berfirman didalam surah Ghafir ayat 36-37:
وقال فرعون يا هامان ابن لي صرحا لعلي أبلغ الأسباب ( 36 )
أسباب السماوات فأطلع إلى إله موسى وإني لأظنه كاذبا وكذلك زين لفرعون سوء عمله وصد عن السبيل وما كيد فرعون إلا في تباب
Dan berkata Firaun pada menterinya Haman, Binakan untukku satu bangunan pencakar langit, supaya aku dapat mencapai langit. Lalu aku akan melihat (adakah benar ada) tuhan Musa, tetapi aku masih rasakan dia (Musa) menipu. Begitulah dihiasi bagi Firaun keburukannya dan ditutup dari jalan (kebenaran). Dan tiadah pembodohan Firaun itu melainkan mendapat balasan neraka. Muslimin sidang jumaat yang diberkati sekalian,
Saya menyeru kepada semua supaya dalam keterbatasan sumber maklumat yang ada, kita menjadi seperti golongan ansar yang membawa berita islam ke Madinah seperti yang diceritakan sebentar tadi. Di kedai-kedai kopi, di pejabat, pusat membeli belah, malahan di meja makan bersama keluarga sekalipun, kita jadikan semua itu tempat kita berdakwah.
Nyatakan segala maklumat yang kita tahu berlaku. Bercakaplah apa saja yang boleh menyedarkan umat islam tentang bahaya yang mereka hadapi dan perlunya mereka bertindak dan membuat perubahan. Kempenlah apa saja yang menguntungkan masa depan islam. Dakwah tidak semestinya bercakap perihal akhirat semata, dakwah tidak disyaratkan membaca ayat al-Quran atau hadispun.
Isu harga barang, isu jenayah menggila, isu murtad, hiburan tanpa batas masa dan kerosakan moral anak-anak muda juga boleh menjadi satu maudhu dakwah untuk mengajak orang kembali kepada islam. Asalkan ianya membawa kebaikan kepada manusia, ia adalah dakwah. Inilah yang dinamakan sebagai amar maaruf nahi mungkar. Firman Allah SWT:
كنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ. (آل عمران: ١١٠)
Kamu adalah sebaik-baik umat, dikeluarkan kepada manusia untuk mengajaka kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah.
Mulia kita adalah kerana dakwah, kerana penyebaran maklumat dan informasi. Islam juga adalah agama yang amat mementingkan maklumat.
Nabi SAW sendiri menyatakan bahawa jihad yang paling afdal adalah menyampaikan maklumat yang benar kepada pemerintah yang zalim sepertimana hadis:
أفضل الجهاد كلمة الحق عند سلطان جائر [رواه أبو داود والترمذي والنسائي]
Betapa islam amat mendidik umatnya supaya berilmu, pada tiap-tiap minggu kita diwajibkan berkumpul untuk mendengar ceramah mingguan yang menggantikan dua rakaat zohor iaitu khutbah jumaat ataupun ceramah jumaat dalam bahasa kita. Barangsiapa yang hadir setelah khatib menaiki mimbar, atau tidak member fokus kepada amanat khatib maka tiadalah baginya pahala jumaat. Ini semua adalah kerana kepentingan maklumat mingguan untuk menerangkan tentang isu-isu semasa yang berlaku, di samping menyedarkan umat islam sentiasa akan bahaya dan peluru-peluru baru musuh dalam menghancurkan islam.
Seorang paderi kristian menulis dalam satu laporan tentang perkembangan kristianisasi di kalangan masyarakat muslim kuhusunya di Mesir, beliau menyatakan
“Islam akan terus kekal menjadi bongkah batu yang besar, yang akan menghalang pelayaran bahtera krisitanisasi selagimana empat perkara ini masih ada di kalangan mereka iaitu al-Quran, Universiti al-Azhar, Himpunan mingguan jumaat dan Muktamar tahunan haji.”
بارك الله لي ولكم في الكتاب والسنة، ونفعني وإياكم بالآيات والحكمة. أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولجميع المسلمين و المسلمات إنه هو الغفور الرحيم.
الحمد لله الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له. و أشهد أن محمد عبده ورسوله. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاة. أما بعد.
فياعباد الله، أوصيكم و أياكم بتقوى الله فقد فاز المتقون. و تزودوا فإن خير الزاد التقوى.
Muslimin sekalian!
Marilah pada hari ini kita merasakan besarnya nikmat iman dan islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah Taala. hanya kematian di dalam iman dan islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firmannya:
يأيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته، ولا تموتن إلا و أنتم مسلمون [ال عمران:102]
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan mati di dalam keadaan beragama islam.Seterusnya saya menyeru dihari yang penuh barakah ini, kita mengenang mereka yang tidak senasib dengan kita, terutama bagi mereka yang dilanda pergolakan seperti Syria, Palestin dan Burma. Mereka juga adalah saudara-saudara kita yang wajib diberi pertolongan semampu mungkin. Paling tidak pun adalah dengan senantiasa mengambil tahu khabaran mereka disana seterusnya mendoakan kemenangan yang Allah SWT janjikan kepada mereka.
Sabda Rasulullah SAW:
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه [رواه البخاري ومسلم]
Tidak beriman seeorang hamba itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertim dia kasih terhadap dirinya.
Pada hari yang mulia dan penuh barakah ini marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyampaikan islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada baginda dirakamkan melaui selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah di dalam al-quran:
إن الله وملائكته يصلون على النبي، ياأيها الذين آمنوا صلو عليه وسلموا تسليما
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam keatasnNya dengan sesungguhnya.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا إبراهيم وعاى آل سيدنا إبراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد.
اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم و الأموات. ربنا اغفرلنا ذنوبنا وذنوب والدين ورحمهم كما ربونا صغيرا. ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم.
اللهم أعز الإسلام و المسلمين، وأذل الشرك والمشركين، و النفاق والمنافقين و الظلم و الظالمين، اللهم إنا نجعلك في نحور أعدآئنا ونعوذ بك من شرورهم، اللهم رد كيدهم على نحورهم. اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم، و سلط عليهم كلبا من كلابك.
اللهم انصر إخواننا المجاهدبن و المستضعفين في فلسطين، وفي غزة، وفي العراق, وفي كشمير، وفي شيشان، وفي جنوب تايلند،وفي بورما، وفي سوريا وفي مصر و في كل مكان. اللهم قو عزائمهم، واجمع كلمتهم، وثبت أقدامهم، وانصرهم على أعدآئهم.
اللهم آت أنفسنا تقواها،وزكيها أنت خير من زكاها، أنت وليها ومولاها. اللهم أرنا الحق حقا ورزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا ورزقنا اجتنابه. اللهم أصلح سلطاننا، وأئمتنا وولاة أمورنا،واجعل ولايتنا في من خافك واتقاك يا رب العالمين.
ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا و ترحمنا لنكونن من الخاسرين. ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما، ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله و صحبه وسلم، والحمدلله رب العالمين.
ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا و ترحمنا لنكونن من الخاسرين. ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما، ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله و صحبه وسلم، والحمدلله رب العالمين.
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....