Thursday, January 24, 2013

SAYANGI IBUBAPA (بر الوالدين)

SYLLABUS USRAH IDADIE 1
SIRI I

Firman Allah SWT:
وقضى ربك ألا تعبدوا إلا إياه وبالوالدين إحسانا إما يبلغن عندك الكبر أحدهما أو كلاهما فلا تقل لهما أف ولا تنهرهما وقل لهما قولا كريما ًَ واخفض لهما جناح الذل من الرحمة وقل رب ارحمهما كما ربياني صغيرا
[الإسراء:23-24]
Dan tuhanmu telah menetapkan supaya jangan menyembah kecuali diriNya dan berbuat baiklah terhadap ibubapa, samada telah lanjut usia salah seorang atau keduanya maka jangan berkata "uff" dan jangan menyakitinya dan berbicara dengan kata-kata yang baik. Dan rendahkanlah bagi mereka dirimu supaya menyayanginya dan katalah; tuhan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasuhku sejak kecil

ووصينا الإنسان بوالديه حملته أمه وهنا على وهن وفصاله في عامين أن اشكر لي ولوالديك إلي المصير وإن جاهداك على أن تشرك بي ما ليس لك به علم فلا تطعهما وصاحبهما في الدنيا معروفا واتبع سبيل من أناب إلي ثم إلي مرجعكم فأنبئكم بما كنتم تعملون
[لقمان:14]
Dan kami menasihati manusia supaya mengambil berat akan ibubapa mereka; ibu mereka telah mengandungkan mereka dalam keadaan susah dan bertambah-tambah susah dan menyusukan mereka selama dua tahun. Bersyukurlah padaKu dan kepada ibubapamu, kepadaKu tempat kembali. Jika mereka memaksamu untuk syirik padaKu nescaya jangan dituruti tetapi dampingilah mereka di dunia ini baik-baik. Ikutilah jalan mereka yang insaf kepadaKu, kemudia kepadaKu tempat kepulanganMu maka akanKu beritakan apa yang telah kamu kerjakan.
Hadis:
جَاءَ رَجُلٌ اِلى الرَسُول الكَرِيم محمد صلى الله عليه وسلم وقال له :
يارسولَ الله مَن أَحَقُّ النَاس بصُحْبَتِي ورِعَايَتِي ؟ فقال الرسول :أُمُّك 
قال ثم مَن ؟ فقال الرسول :أمك
قال :ثم من ؟ فقال الرسول :أمك
قال ثم من ؟
فقال الرسول عليه أفضل الصَلاة والتَسليم :أّبُوك [متفق عليه]

Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, siapa yang lebih berhak untuk aku dampingi dan lindungi?
Jawabnya SAW: Ibumu
ditanya lagi:kemudian siapa? Jawabnya SAW: Ibumu
ditanya lagi:kemudian siapa? Jawabnya SAW: Ibumu
ditanya lagi:kemudian siapa? Jawabnya SAW: bapamu

الكَبَائر: الإِشراكُ بِالله وعُقُوقُ الوَالِدَينِ وَقَتلُ النَفسِ [رواه البخاري]
Antara dosa-dosa besar: Menyekutukan Allah, derhaka terhadap ibubapa, dan melakukan pembunuhan.

ADAB-ADAB
1. Sepertimana ayat pertama, Allah SWT menggandingkan pengabdian terhadapNya dengan berlaku baik terhadap ibubapa, menunjukkan besarnya peranan berbuat bik terhadap ibubapa.
2. Memberi salam ketika masuk dan keluar dari rumah serta mengucup tangan keduanya.
3. Tidak mengangkat suaranya ketika bercakap dengannya melebihi ketinggian suara ibubapa.
4. Memenuhi permintaanya dengan segera selagi tidak meminta dalam perkara maksiat.
5. Menyahut apabila dipanggil dan bergegas ke arahnya walaupun sedang bersembahyang sunat.
6. Menggembirakan hati mereka dan sering memberi hadiah pada mereka.
7. Menjaga harta benda mereka.
8. Menjaga kehormatan mereka di mata masyarakat.
9. Tidak mengganggunya berehat/tidur dan tidak masuk ke biliknya kecuali setelah diizin.
10. Jangan mencapai makanan sebelum dijamah ibubapa ketika makan bersama.
11. Meminta pandangan dan menerima nasihat mereka.
12. Memperbanyak ziarah ke atas pusaranya jika telahmeninggal dunia.
13. Melaksanakan wasiatnya
14. Mendoakan mereka sentiasa.

Dikisahkan bahawa dahulu ada seorang lelaki berketurunan arab yang amat tinggi ilmunya dan tinggal berdua bersama ibunya. Beliau terkenal dan dihormati masyarakat kerana keilmuannya. Suatu hari beliau bercadang untuk ke Mekah mendalami ilmu selama 10 tahun. Ketika hasrat itu disuarakan pada ibunya, dengan berat ibu itu meminta ditangguhkan dahulu niatnya memandangkan dirinya yang sudah uzur dan anaknya itulah satu-satunya waris yang beliau ada. Namun si anak tetap berkeras dengan keputusannya lalu ditinggalkan ibunya keseorangan dengan penuh kesedihan tanpa kerelaan.

Dalam perjalanan ke Mekah, beliau singgah bermalam di sebuah masjid di perkampungan. Kebetulan berlaku kes kecurian di salah sebuah rumah di situ. Pencuri asalnya melarikan diri apabila dikejar orang kampung ke dalam masjid. Apabila orang kampung memasuki masjid itu, dengan pantas pencuri berteriak “Cepat, pencuri itu ada di dalam masjid ini, Itu dia!” sambil menuding ke arah lelaki yang ingin menuju ke Mekah itu. Tanpa sebarang soal selidik, lelaki malang itu terus ditangkap dan dijatuhkan hukuman potong tangan dan kaki serta matanya dicungkil. Lelaki itu kemudiannya dihantar balik ke hadapan rumah ibunya.

Si anak cuba berlakon sebagai seorang pengemis meminta roti dari ibunya dan minta disuapkan kerana tangannya kudung. Apabila ibunya keluar dan tunduk untuk mendekati wajah si anak itu, lantas beliau merebahkan mukanya ke pangkuan ibunya menangis meminta ampun atas kesalahannya. Ibu itu menerima kemaafan beliau namun semua itu telah terlambat 

Rujukan:
ADAB ISLAMIAH; Dr Khair Fatimah – Maktabah Darul Khair


No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....