Wednesday, July 2, 2014

TARBIYAH LAPAR (KHUTBAH JUMAAT 4/7/2014 MASJID KAMPUNG BATIN)

YANG PERTAMA

الحمد لله الذي لم يتخذ ولدا ولم يكن له شريك في الملك ولم يكم له ولي من الذل وكبره تكبيرا
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له. له الملك وله الحمد وهو قاهر فوق عباده وهو السميع البصير
وأشهد أن محمدا عبده ورسوله هو الإمام المتقين وسيد الدعاة والمجاهدين وهو المبعوث رحمة للعالمين
اللهم صل وسلم وبارك على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهديه إلى يوم الدين. أما بعد
فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، وتزودوا، فإن خير الزاد التقوى.

Wahai hamba-hamba Allah sekalian, saya berpesan pada diri dan sidang jemaah sekalian agar bertaqwa kepada Allah dengan erti kata sebenarnya, iaitu mentaati segala perintah serta menjauhi laranganNya.

Berbicara tentang taqwa, sedarkah wahai hadirin sekalian, kita sekarang ini berada di bulan yang  sinonim TAQWA. Allah SWT telah berfirman di dalam kitabNya:

يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذينمن قبلكم لعلكم تتقون
Wahai sekalian orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana yang diwajibkan ke atas golongan yang sebelum darimu, supaya kamu beroleh ketaqwaan. [alBaqarah:172]

Ayat di atas merupakan dalil kewajipan berpuasa ke atas seluruh umat Islam. Allah SWT juga menetapkan kewajipan puasa kepada setiap hamba-hambaNya sebelum dari generasi Nabi Muhammad SAW lagi. Ini kerana, puasa merupakan suatu latihan, ataupun Tarbiyyah langsung daripada Allah SWT kepada hambaNya, supaya mampu membentuk satu benteng yang dinamakan sebagai TAQWA, untuk digunakan bagi menghadapi cabaran-cabaran dan ujian yang disajikan sepanjang hidup di atas muka bumi.

Sudah menjadi fitrah, bahawa tujuan penciptaan manusia di atas muka bumi ini adalah untuk diuji, sebagaimana yang Allah SWT sebut dalam surah al-Mulk ayat 2:

الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا
Dialah tuhan, yang telah menciptakan kematian dan kehidupan, untuk menguji kamu, siapakah antara kamu yang paling baik amalannya [Al-mulk:2].





Semua yang bernama manusia, tak kira  putih atau hitam, lelaki atau wanita, islam mahupun bukan islam, semuanya akan diuji oleh Allah SWT mengikut kadar kekuatan diri mereka. Bagi umat Islam khususnya, apabila mereka mengaku beriman, Allah SWT akan terus berikan mereka ujian hinggalah mereka bertemu tuhan.

Firman Allah SWT:

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون
Adakah manusia itu menyangka, bahawa mereka akan dibiarkan oleh Allah SWT begitu saja, tatkala mereka menyatakan, kami telahpun beriman? Sedangkan mereka belumpun diuji.
[al-Angkaboot:2]

Tuhan juga menempelak golongan-golongan yang menyangka akan masuk syurga dengan mudah, tanpa menerima kesusahan hidup terlebih dahulu. Firman Allah SWT

ام حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما ياتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب
Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga semudah itu, sedangkan belum tiba ujian sepertimana yang telah menimpa orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa dengan kesengsaraan, kemudharatan bahkan goncangan hidup, sehinggalah Rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya berkata; bilakah akan muncul pertolongan dari Allah? Ketahuilah, pertolongan dari Allah sudahpun dekat.
[al-Kahfi:7]

Hadirin sidang jumaat sekalian,
Ujian antara lainnya bertujuan untuk menapis dan memilih kalangan hambaNya. Hanya yang benar-benar bertaqwa akan berjaya menghadapi ujian Allah yang sangat hebat itu. Tanpa sifat taqwa, seseorang akan mudah rebah di pertengahan jalan, sebelum sempat bertemu tuhan.
 
Ramai orang hanya memahami ujian dengan kesusahan dan kesengsaraan hidup. Bagi mereka, jika mereka tidak ditimpa susah atau sakit, itu bermakna tuhan kasih kepada mereka dan iman mereka telah terbukti.

Ini adalah satu fahaman yang silap. Sebenarnya semua yang berlaku di atas muka bumi ini adalah berupa ujian dari Allah SWT. Ujian bukan hanya menguji fizikal dan tubuh badan, bahkan ia turut menguji akal fikiran dan iman.

Bahkan ujian imanlah yang lebih berat dan utama untuk ditangani, kerana inilah yang bakal menentukan keputusan nasib kita di akhirat kelak, adakah berjaya ke syurga ataupun gagal lalu di sumbat ke neraka.

Ramai orang mampu untuk menghadapi peringkat ujian kehinaan hidup seperti miskin, sakit, susah dan sebagainya. Mereka lebih mudah untuk meluangkan masa untuk melakukan suruhan Allah kerana waktu ini mereka tidak punya ramai kenalan untuk bersama. Kawan yang sedia ada pun akan menjauhinya. Tiada orang yang mahu berurusan dengannya dan dia juga tidak mampu untuk berurusan dengan orang, apatah lagi untuk berjoli ke sana ke mari, kerana dia tidak mempunyai modal seperti kata orang, "No money, no business!". Hanya Allah SWT sahajalah yang setia bersamanya setiap waktu.

Tetapi apabila dia diuji di peringkat ujian kemuliaan hidup seperti kekayaan, kesihatan, dan kuasa memerintah, peringkat inilah yang kebanyakan orang tewas dan lemas. Asal sahaja hendak beribadat, ada panggilan masuk untuk urusan bisnes. Asal sahaja ingin ke majlis ilmu, sampai surat appointment dengan bank, kroni, urusan tender projek dan sebagainya. Ramai orang yang ingin berjumpa untuk menjalinkan kerjasama berasaskan material, dan begitulah sehingga waktu yang sebelum ini luas untuk beribadat kepada Allah menjadi semakin sempit dan semakin sempit, lalu akhirnya ada saja kewajipan-kewajipan yang ditinggalkan. Itulah bahayanya ujian kesenangan.

Ada juga mereka yang diwaktu susah sentiasa berfikir, alangkah indahnya jika aku kaya, aku akan mendermakan sebahagian besar hartaku untuk Islam dan orang yang memerlukan. Cukuplah aku hidup dalam kesederhanaan.

Tetapi apabila dikurnia kekayaan, banyak sahaja benda yang ingin mereka beli dengan kekayaan itu. Kalau sebelum ini hanya menggunakan motosikal buruk yang mudah diselenggara, namun hari ini mereka sibuk dengan servis, modifikasi dan menghias kenderaan mewahnya sehingga sanggup ke luar negara, semata-mata untuk mencari alat-alat ganti kenderaan. Kalau dulu mereka tinggal di rumah kecil yang mudah diuruskan, tapi hari ini mereka sibuk untuk menambah-nambah perabot dan hiasan untuk memenuhkan ruang rumah yang luas itu. Akhirnya yang disedekahkan hanyalah lebihan setelah semua kepuasan nafsu mereka dicapai. Ini lah yang banyak berlaku.

Tuhan tidak sesekali lupa janji dan rintihan kita sewaktu susah, dan semua itu akan dipersoal oleh Allah di akhirat kelak.

Perkara ini dijelaskan melalui firman Allah SWT:

فأما الإنسان إذا ما ابتلاه ربه فأكرمه ونعمه فيقول ربي أكرمن. وأما إذا ما ابتلاه فقدر عليه رزقه فبقول ربي أهانن. كلا! بل لا تكرمون اليتيم ولا تحاضون على طعام المسكين وتأكلون التراث أكلا لما وتحبون المال حبا جما 
Adapun manusia itu, apabila mereka diuji oleh tuhan mereka dengan kemuliaan dan kenikmatan, mereka berkata Tuhanku telah memuliakan aku. Adapun apabila mereka diuji dengan rezeki yang sekadar, mereka berkata Tuhanku telah menghinakan aku! Jangan sekali-kali bertanggapan demikian! Sebenarnya kamulah golongan yang terhina, kerana kemuliaan hidup itu tidak digunakan untuk membantu anak-anak yatim. Juga kamu tidak terdorong untuk memberi makan kepada orang miskin. Dan kamu memakan harta pusaka dengan rakusnya, serta kamu sayang kepada harta benda secara tamak dan haloba. [al-Fajr: 16-21].

Saudaraku sidang jumaat sekalian!

Marilah pada hari dan bulan yang mulia ini, kita merasai proses tarbiyah yang Allah SWT lakukan terhadap diri kita. Lapar dan dahaga adalah satu terapi untuk merawat penyakit-penyakit diri, samada penyakit jasmani ataupun rohani.

Dari sudut jasmani, ramai pakar-pakar perubatan memperakui puasa adalah cara hidup yang amat menyihatkan. Bahkan banyak doktor-doktor menasihatkan pesakitnya supaya berpuasa untuk merawat beberapa penyakit yang mereka hadapi. Cukuplah dengan sepotong hadis sebagai pegangan kita betapa puasa ini menyihatkan. Sadba Rasulullah SAW:

صوموا تصحوا
Berpuasalah! Nescaya kamu akan sihat!

Dari sudut rohani pula, ramai pakar-pakar tazkiyatul nufus memperakui kesan menahan lapar terhadap hati dan sikap. Imam al-Ghazali menyebut di dalam kitab Ihya Ulumuddinnya, bahawa terdapat 10 faedah dari rasa lapar.


  1. Pertamanya mengaktifkan sistem badan masusia, 
  2. kedua membuka hati untuk merasai kekhusyukan, 
  3. ketiga menundukkan ego diri, 
  4. keempat merasai sendiri kepayahan hidup orang-orang susah, supaya kita tidak melupakan mereka, 
  5. kelima menundukkan syahwat dan mengawal diri, 
  6. keenam mengurangkan rasa mengantuk, 
  7. ketujuh memudahkan amal ibadat, 
  8. kelapan menyihatkan badan, 
  9. kesembilan menjimatkan harta supaya boleh digunakan untuk tujuan lain, dan 
  10. kesepuluh melahirkan rasa untuk berkorban demi orang lain.


Sebaliknya pula, mereka yang suka memenuhkan perut mereka dengan makanan, adalah dicela oleh baginda SAW. Sabdanya:

ما ملأ ابن ابت آدم وعاء شرا من بطنه. حسب ابن آدم لقيمات يقمن صلبه
Tiadalah bekas yang lebih keji untuk dipenuhkan selain dari perutnya. Oleh itu bercukuplah dengan beberapa suapan untuk menggagahkan sulbinya sahaja. Jika dia tidak mampu, maka berilah satu pertiga perutmu untuk makanan, satu pertiga untuk air dan satu pertiga untuk nafasnya.
[HR Tirmizi]

Saidatina Aisyah menyatakan:

أول بدعة حدثت بعد رسول الله (ص) الشبع
Bidaah buruk yang pertama berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW adalah makan sehingga kenyang.

Yang paling penting, biarlah rasa lapar ini benar-benar mendidik kita untuk membina taqwa buat meneruskan jalan-jalan hidup yang penuh dengan ujian tuhan ini. Dengan taqwa yang terbina pada bulan Ramadhan ini, yang kaya akan menjadi dermawan, yang sihat akan rajin bekerja untuk Islam, dan yang berkuasa akan berusaha untuk memastikan tanggungjawab mereka melaksanakan segala undang-undang Islam dijalankan.

Jadilah hamba Allah, jangan jadi hamba Ramadhan. Kekalkanlah dengan keinsafan yang dimiliki ketika ini, walaupun selepas Ramadhan menutup tirainya, sehingga kita bertemu dengan Allah SWT.

FirmanNya:

يأيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته، ولا تموتن إلا و أنتم مسلمون 
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan mati di dalam keadaan beragama islam. [Ali Imran:102]


بارك الله لي ولكم في الكتاب والسنة، ونفعني وإياكم بالآيات والحكمة. أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولجميع المسلمين و المسلمات إنه هو الغفور الرحيم.

KHUTBAH KEDUA

الحمد لله الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له. و أشهد أن محمد عبده ورسوله. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاة. أما بعد.
فياعباد الله، أوصيكم و أياكم بتقوى الله فقد فاز المتقون. و تزودوا فإن خير الزاد التقوى. 

Muslimin sekalian!

Marilah pada hari ini kita merasakan betapa besarnya nikmat iman dan islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah Taala.

Seterusnya saya menyeru dihari dan bulan yang penuh barakah ini, dengan rasa lapar yang dikurniakan Allah ketika ini, kita mengenang mereka yang tidak senasib dengan kita, terutama bagi mereka yang dilanda pergolakan seperti Syria, Palestin dan Burma. Mereka juga adalah saudara-saudara kita yang wajib diberi pertolongan semampu mungkin. Paling tidak pun adalah dengan senantiasa mengambil tahu khabaran mereka disana seterusnya mendoakan kemenangan yang Allah SWT janjikan kepada mereka.

Sabda Rasulullah SAW:
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Tidak beriman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya. Sepertimana mereka mengasihi diri mereka sendiri. [HR Bukhari dan Muslim]

Pada hari ini juga marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyampaikan islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada baginda dirakamkan melaui selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah di dalam al-quran:

إن الله وملائكته يصلون على النبي، ياأيها الذين آمنوا صلو عليه وسلموا تسليما
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam keatasnNya dengan sesungguhnya. [al-Ahzab:56]

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد.

اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم و الأموات. ربنا اغفرلنا ذنوبنا وذنوب والدينا ورحمهم كما ربونا صغيرا. ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم.

اللهم أعز الإسلام و المسلمين، وأذل الشرك والمشركين، و النفاق والمنافقين و الظلم و الظالمين، اللهم إنا نجعلك في نحور أعدآئنا ونعوذ بك من شرورهم، اللهم رد كيدهم على نحورهم. اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم، و سلط عليهم كلبا من كلابك.

اللهم انصر إخواننا المجاهدبن و المستضعفين في فلسطين، وفي غزة، وفي العراق, وفي كشمير، وفي شيشان، وفي جنوب تايلند،وفي بورما، وفي سوريا  وفي مصر و في كل مكان. 
اللهم قو عزائمهم، واجمع كلمتهم، وثبت أقدامهم، وانصرهم على أعدآئهم.

اللهم آت أنفسنا تقواها،وزكيها أنت خير من زكاها، أنت وليها ومولاها. اللهم أرنا الحق حقا ورزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا ورزقنا اجتنابه. اللهم أصلح  سلطاننا، وأئمتنا وولاة أمورنا،واجعل ولايتنا في من خافك واتقاك يا رب العالمين.

ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا و ترحمنا لنكونن من الخاسرين. ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما،

 ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله و صحبه وسلم، والحمدلله رب العالمين.

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....