“salam ce try jawab soklan ni dalam
blog deme...
isu ketuanan melayu... <-------- font="font">Umno memainkan sentimen bahawa jika PR memerintah, hak orang melayu dan bumiputera akan tergadai"-------->
isu ketuanan melayu... <-------- font="font">Umno memainkan sentimen bahawa jika PR memerintah, hak orang melayu dan bumiputera akan tergadai"-------->
Inilah mesej yang saya terima yang membawa saya menulis entri ini. Rasanya memang inilah antara persoalan yang membuahkan keraguan didalam benak anak-anak muda dan mereka yang inginkan perubahan. Mereka sedar akan kerajaan hari ini sudah terlalu bahaya untuk terus diberikan amanah. Namun adakah Pakatan Rakyat mampu menjamin kepentingan orang melayu dalam negara andai diberi mandat?
Saya cuba kongsikan apa yang termampu. Pertamanya
saya terangkan siapa sebenarnya melayu Malaysia dari sudut sejarah, kemudian saya
akan bahagikannya jawapan kepada tiga sudut pandangan. Pertamanya dari sisi agama,
kedua dari sisi perundangan, dan ketiga, politik
SEJARAH MELAYU MALAYSIA
Masyarakat Melayu di Malaysia wujud
hasil dari percampuran di antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu
Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari
luar Asia Tenggara.
*tak sempat
tulis lagi, insyaAllah edit balik lain kali sebab orang minta post segera
MELAYU MALAYSIA MENGIKUT SYARIAT
Islam membekalkan sumber pentadbiran yang
cukup untuk manusia menggalas amanah khilafah muka bumi. Soal perlantikan
pemimpin juga dititik beratkan agar hak rakyat tidak dinoda.
Antara syarat yang ditetapkan islam untuk
menjadi pemimpin tertinggi adalah mestilah mereka itu dari kalangan kerabat
yang peling berpengaruh dalam satu-satu entiti. Ini jelas disebut dalam Hadis
yang banyak riwayatnya iaitu:
الأئمة من قريش قالها ثلاثا
Pemimpin mestilah dikalangan Quraisy
(Riwayat Imam Ahmad, Juga terdapat dalam
sahih muslim dan bukhari dengan kelainan lafaz)
Tujuan nabi menetapkan kaum Quraisy
sebagai syarat pemimpin adalah kerana mereka adalah kaum yang paling
berpengaruh dikalangan masyarakat arab. Maka dari sini ulama` bersetuju bahawa
setiap pemimpin mestilah mereka yang mempunyai pengaruh kaum. Hikmahnya adalah
untuk mendapatkan sokongan dan mambantu dalam setiap perkara yang ingin
dilakukan dan mengelakkan sabotaj. Secara fitrahnya manusia akan lebih
percaya,membela dan menyokong mereka yang sebulu dengan mereka.
Contoh paling senang dalam sukan bola
sepak. Masing-masing hatta yang tidak meminati bolasepak juga pasti akan
menyokong negeri atau kelab masing-masing walaupun permainan mereka hampeh.
Anggota tentera akan menyokong ATM, kakitangan Sime Darby akan menyokong Sime
Darby FC, anak jati Selangor akan menyokong pasukan Selangor, MPPJ atau PKNS
Justeru itu, melayu adalah kaum teras
dalam Malaysia. Merekalah yang paling layak menjawat jawatan tertinggi negara.
NASIB MELAYU MENGIKUT PERUNDANGAN
Malaysia adalah sebuah negara
berperlembagaan. Setiap kerajaan mana-mana negara sekalipun haruslah memerintah
berdasarkan perlembagaan yang ada samada kerajaan hari ini atau PR. Dan
perlembagaan negara memperuntukkan cukup untuk umat melayu. Barang siapa Antaranya:
1.Islam sebagai agama persekutuan.
Perkara 3(1) perlembagaan persekutuan
menyebut:
Islam ialah agama bagi Persekutuan;
tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
Bahagian Persekutuan
Peruntukan ini langsung tidak bercanggah
dengan prinsip islam. Cuma yang tinggal adalah memperkenalkan islam dengan
maksud adDeen (cara hidup) dan bukan dengan istilah religion seperti
yang difahami kebanyakan orang hari ini. Agama-agama lain juga bebas diamalkan
dibawah payung pemerintahan kerana islam tidak pernah memaksa orang lain
menganutnya seperti Firman-firmanNya yang banyak, antaranya:
لكم دينكم ولي دين
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agama ku
(Surah al-Kafirun)
لا إكراه فى الدين
Tiada paksaan dalam memilih agama (Surah
al-Baqarah)
Perkara 160(2) perlembagaan menafsirkan:
"Orang Melayu" ertinya
seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut
adat Melayu
2.Hak istimewa bumiputera
Perkara 153 perlembagaan Malaysia
memperuntukkan Melayu sebagai kaum asal Malaysia menikmati keistimewaan tertentu
melebihi kaum-kaum lain. Namun kaum lain juga berhak mendapat hak-hak tertentu
dengan adil. Perkara ini dirasakan adil memandangkan kepada sistem pentadbiran sekarang
yang manganut ideolodi Kapitalisme, yang hanya menguntungkan pemodal-pemodal
besar- orang kaya bertambah kaya,miskin bertambah miskin.
Majoriti rakyat termiskin adalah kalangan
umat melayu dan mereka harus dibela. Ekuiti, kuota dan rizab untuk bumiputera
adalah untuk memajukan mereka supaya boleh bersaing dengan kaum-kaum lain di
Malaysia
Hal ini juga tidak bercanggah dengan
syarak. Pertamanya kerana sejarah sendiri memperakui orang melayu adalah tuan
rumah asal bagi Malaysia dan selayaknya mendapat akses yang lebih terhadap
khazanah rumah merekaberbandingyang datang kemudian. Ianya boleh dikiaskan
seperti harta rampasan perang dalam islam yang diperuntukkan sebanyak 4/5
kepada tentera yang terlibat dalam membebaskan negara tersebut.
3. Bahasa Melayu
Perkara 152(1) memperuntukkan bahawa:
Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu
Untuk maju kehadapan, kita mestilah
mengekalkan identiti kita yang sebenar. Slogan ‘bahasa jiwa bangsa’ perlulah
diamlakan sesungguhnya. Negara-negara maju tidak mewajibkan rakyatnya belajar
bahasa lain tetapi cukup sebahagian sahaja cendikiawan yang belajar lalu
menerjemahkan ilmu dalam bahasa asal
kepada bahasa masing-masing. Tamadun islam, Amerika, Jepun, Jerman maju
kerana terus mengekalkan bahasa asal mereka, bukan mengagungkan bahasa lain seperti
yang diamalkan sekarang. Dalam seminar antarabangsa, konvensyen, siding dan
sebagainya kita dapat melihat bagaimana Iran menggunakan bahasa Parsi untuk
berinteraksi, jepun dengan bahasa jepun, Mesir dengan bahasa Arab, tetapi
mengapa wakil Malaysia bertutur dalam bahasa Inggeris?
4.Raja Melayu berpelembagaan.
Fasal IV perlembagaan menjelaskan tetntang perkara ini
Kesimpulannya, Yang Di Pertuan Agong
menggalas tugas besar dalam perlembagaan supaya memastikan hak orang melayu
terjamin.
Dari sudut pandang syariah pula,
perlembagaan yang ada haruslah di hormati dan dipatuhi kerana ia adalah lambang
perjanjian raja-raja melayu yang menandatangani perlembagaan tersebut untuk
memperoleh kemerdekaan dari pihak British.
Sabda Rasulullah SAW:
المسلمون على شروطهم إلا شروطا أحل حراما
وحرم حلالا
Orang-orang islam
wajib mematuhi syarat-syarat perjanjian mereka melainkan jika syarat itu
menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal
MELAYU MELALUI SKOP POLITIK HARI INI
Sistem demokrasi yang kita pakai pada hari
ini membenarkan bukan melayu turut serta dalam sector perundangan. Namun ini
tidak akan menggadai nasib melayu sekiranya kuasa majoriti yang menjadi point
of business demokrasi tidak tergugat.
Jika kita melihat dari sudut fakta, Kerusi
melayu diparlimen masih menjadi majoriti. Samada ianya diwakili oleh pemimpin
UMNO,PAS,PKR ataupun DAP, ianya masih milik orang melayu. Ianya hanya akan
menjadi ancaman sekiranya kerusi melayu itu ditandingi oleh orang bukan melayu.
Contohnya jika PAS menggunakan calon bukan melayu untuk bertanding di parlimen
yang dimenangi oleh orang melayu BN lalu PAS menang, maka 1 kerusi melayu telah
terkorban. Tetapi apabila PAS membawa wakil melayu untuk bertanding di Parlimen
milik Cina MCA-BN, lalu PAS menang, maka PAS telah berjaya menambah kerusi
orang melayu di Parlimen seperti Dr Mariah Mahmud yang menang keatas kerusi
Kota Raja mengalahkan penyandang sebelum ini daripada India BN juga Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dan Fuziah Salleh yang
menang atas tiket PKR mengalahkan calon bukan melayu BN, masing-masing di Hulu
Selangor dan Kuantan.
Isu yang dimainkan UMNO bahawa melayu akan
tergadai dengan PR memerintah adalah dusta sama sekali. PAS bertanding dikerusi
majoriti melayu menentang UMNO sementara DAP dan PKR banyak berada di kerusi
campuran kaum.
Berikut adalah fakta dari blog Ust Idris
Ahmad dari penulis asalnya, Kickdefella:
Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004
menyaksikan Barisan Nasional menguasai 90.4% kerusi di Dewan Rakyat. Juaranya
ialah UMNO walaupun tidak dapat mencatatkan rekod seratus peratus seperti
beberapa parti komponen BN yang lain.
UMNO kecundang 7 kerusi kepada PAS dan juga 1
kerusi kepada Parti Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA,
GERAKAN dan MIC menang dibeberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan
calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang.
Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan
yang ditubuhkan dengan penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah
mengandungi 58.1% komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang
menang dibawah BN berjumlah 41.9%.
UMNO menang 109 kerusi didalam pilihanraya
tersebut tetapi seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu.
Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008
menyaksikan prestasi terburuk BN dan juga UMNO. BN masih menubuhkan Kerajaan
dengan kemenangan 140 buah kerusi tetapi keadaan semasa hari ini, kerusi BN di
Parlimen adalah 137 bila UMNO kehilangan satu kerusi kepada PAS didalam
pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan kehilangan 2 kerusi apabila
SAPP bertindak meninggalkan BN beberapa bulan selepas PRU ke 12.
BN kini mempunyai 61.7% wakil rakyat di dalam
Dewan Rakyat manakala 38.3% lagi merupakan gabungan wakil rakyat Pakatan
Rakyat, SAPP dan Bebas yang menang di atas tiket PAS.
Ironinya, walaupun kerusi UMNO
merosot sebanyak 31 kerusi tetapi dibantu dengan kerusi wakil Melayu dari PBB,
BN hari menyaksikan peningkatan memberangsangkan penguasaan wakil rakyat Melayu
berbanding dengan Bukan Melayu di dalam BN. Hari ini wakil rakyat Melayu adalah
62.8% iaitu peningkatan hampir 5%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula merosot
dari 41.9% kepada 37.2%.
Wakil Rakyat Melayu dalam BN kini 35 orang
lebih ramai dari wakil rakyat Bukan Melayu.
Mengapa UMNO mengatakan bahawa ketuanan
Melayu didalam Kerajaan semakin merosot? Mengapa UMNO merasakan Melayu semakin
lemah sedangkan orang Melayu yang peratusannya hanya 51% dari populasi rakyat
Malaysia mempunyai suara hampir 63% dalam parti pemerintah.
Kita tinggalkan UMNO seketika kerana kita
tentu yakin UMNO tidak buta statistik. Tetapi yang menggusarkan ialah mengapa
beberapa pemimpin PAS seolah-olah rabun membaca statistik. Ini yang kita perlu
risau.
(idrisahmad.wordpress.com)
Justeru
itu, sebarang penghapusan mana-mana keistimewaan melayu perlu menggubal
perlembagaan persekutuan di Parlimen yang menuntut persetujuan 2/3 ahli. Mana
mungkin orang melayu nak gadai nasib mereka sendiri. Selagi ahli parlimen
melayu tak benarkan, hak melayu tidak akan ternoda. Andai ianya tidak dipatuhi,
Yang Dipertuan Agong berhak menjalankan tindakan undang-undang kepada kerajaan
terbabit.
Secara
khusus lagi, PR telah membahagikan kerusinya sesama parti komponen dengan jumlah
yang tidak mampu membentuk kerajaan andai salah satu dari parti tersebut
menarik diri. Justeru itu PAS juga punya kuasa dalam PR. Sekiranya mereka tidak
menghormati agama islam atau melayu, PAS akan keluar dari PR. Sebenarnya PAS
lah third force yang mempunyai kuasa penentu pemerintahan kelak. Andai
PAS berpakat dalam PR, PR mungkin akan menang. Dan jika PAS berpakat dengan BN,
BN juga akan menang. Waktu sekarang masih tidak sesuai untuk berpakat dengan BN
kerana mungkin mereka tidak akan menghormati prinsip PAS. Tetapi jika telah
kalah nanti, mereka akan bergabung menumpang PAS untuk berkuasa dan mestilah
mengikut prinsip PAS. Hebat kan politik?
Kesimpulannya
selagi kerusi melayu sekarang masih ditandingi sesama melayu, maka nasib melayu
Malaysia masih akan selamat.
NASIB
ORANG MELAYU DIBAWAH UMNO-BN
*tak sempat juga nak tulis.
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....