Saturday, October 13, 2012

JAWAPAN MUDAH PASAL ISU TAHALLUF DAN AMBIGA


Semalam kami berusrah, ada sahabat melontar masalah tentang satu isu iaitu tahlluf bersama DAP. Kebanyakan orang islam melayu yang sudah cenderung kepada PAS kerana mengakui kekejaman UMNO, sekali lagi keliru apabila PAS melakukan tahluf bersama DAP. Mereka sememangnya memerlukan penjelasan. Media Pro-Umno berjaya putar belit isu ini kononnya Pas sudah lari dari perjuangan. Pening juga para pengempen Pas bila berhadapan soalan-soalan ini dari orang kampung.

Mereka tidak mahu dengar jawapan dari Nas quran, hadith mahupun sirah. Itu tidak boleh meyakinkan mereka. Kerana mereka masih sangsi kuasa PAS dalam PR dalam membawa prinsip islam.

Saya cuba kongsi jawapan untuk kita hadapi soalan sebegini. Mudah-mudahan mampu membantu para pengempen untuk memenangi semula hati mereka yang terkeliru ini.


1.       PR telah membahagikan kerusi sesama parti dengan jumlah yang tidak mampu membentuk majoriti dalam Parlimen. Kalau PR menang, PAS akan minta dasar islam dilaksana. Kalau rakan dalam PR menolak, kita akan keluar PR, lalu hilanglah majoriti PR dalam parlimen. Pas boleh minta BN sertai mereka untuk kembalikan kuasa jika mereka sanggup benarkan dasar islam digunapakai dan BN tidak akan menolaknya kerana mereka sememangnya inginkan kuasa.

Kesimpulannya, PAS punya kuasa pemutus.

2.       Mereka sememangnya tahu UMNO jahat yang memudaratkan. Cuma mereka curiga dengan PR, kemungkinan juga bakal memudaratkan. Minta sahaja mereka pilih yang paling baik antara dua. Kaedah ini kita panggil "أخف الضررين" ataupun memilih mudarat yang paling ringan antara dua mudarat. Takkan sebab calon suami mereka pernah berbohong, mereka lebih suka memlih pembunuh sebagai calon suami baru kan.

3.       Lihat negara Timur Tengah yang lain yang dikuasai oleh gerakan islam seperti Tunisia, Mesir, Turki. Ada tak agenda hudud dalam pemerintahan mereka. Hanya Pas setakat ini yang mencanangkan hudud untuk dijalankan di Malaysia. Pas lebih berpegang teguh dengan prinsip jika dibanding dengan gerakan lain. Matlamat Dr Mursi ingin gubal perlembagaan yang lebih adil, Dr Rashid Ghanousyi pula jelas menyatakan mereka belum berfikir lagi untuk menjalankan syariat islam di Tunisia. Erdogan pula sehingga hari ini hanya mementingkan kebajikan dari syariat islam.


Satu lagi soalan adalah pemilihan ambiga sebagai pengerusi bersih. Beliau non-muslim tu. Nak ikut ke cakap dia untuk turun perhimpunan Bersih.

1.       Sokong tuntutan bersih tak bermakna sokong Ambiga. Sesiapapun yang jadi pengerusi bersih, tetap kita sokong sebab kita menyokong kebaikan dalam tuntutannya.
Adakah salah kita menyokong  Skuad bolasepak Malaysia pimpinan Rajagopal dan Ong Kim Swee kerana mereka kafir?

2.       Sedang dalam sebuah pasar raya milik seorang melayu islam, tiba-tiba kita melihat ada penipuan harga/ timbangan pada barangan jualan mereka. Rupanya ramai yang sedar perkara terbabit. Bangkit seorang paderi kristian minta orang ramai protes  harga di kedai tersebut. Adakah sebab dia seorang non-muslim, kita menolak untuk protes harga tersebut sebaliknya merelakan sahaja sehingga diri sendiri tertipu?

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....