YANG PERTAMA
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرا، و الحمد الله كثيرا.
الحمد لله الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملاوهو العزيز الغفور.
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، البدر الدجى و السراج المنير.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا وحبيبنا وشفيعناوقدوتنا وإمامنا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين ، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه ألى يوم الدين. أما بعد.
فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، فتزوده، فإن خير الزاد التقوى.
Wahai hamba-hamba Allah sekalian, saya
berpesan pada diri dan siding jemaah sekalian agar bertaqwa kepada Allah dengan
erti kata sebenarnya, iaitu mentaati segala perintah serta menjauhi laranganNya.
Kejayaan hanyalah untuk mereka yang beriman
Betapa beruntungnya kita menjadi orang
islam, kerana berada dalam agama fitrah, agama yang meraikan tuntutan semula
jadi manusia. Antara tuntutan-tuntutan tersebut adalah menyambut perayaan. Hari
ini kita pula kita dianugerahi dengan satu lagi perayaan iaitu hari raya
Qurban/Aidil Adha
Muslimin dan muslimat sekalian!
Sambutan AidilAdha ini disyariatkan Allah SWT bagi mengenang sejarah korban
yang dilakukan oleh Khalilullah Nabi Ibrahim AS. Baginda berkorban apa saja
demi mematuhi perintah Allah SWT:
Firman Allah SWT dalam surah as-Saffat:
Firman Allah SWT dalam surah as-Saffat:
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِين
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ
وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيم
قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِين
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ
وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيم
102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur
sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku
Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah
apa pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang
diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang
yang sabar".
103. Tatkala keduanya Telah berserah diri dan
Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).
104. Dan kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,
105. Sesungguhnya kamu Telah membenarkan mimpi itu.
Sesungguhnya Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat
baik.
106. Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang
nyata.
107. Dan kami tebus anak itu dengan seekor
sembelihan yang besar.
Bayangkanlah wahai saudaraku sekalian,
Seorang bapa yang menunggu cahayamata
berpuluh tahun lamanya hingga ke tua. Apabila akhirnya Allah kabulkan doa untuk
punyai zuriat, diarahkan pula supaya disembelih dengan tangan bapa itu sendiri.
Sanggupkah kita melupakan perasaan sayang dan kasihan kita terhadap anak kita
sendiri demi menurut perintah Allah dan RasulNya?
Firman Allah SWT: (Surah Al-Mujadalah)
(لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ ۖ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ اللَّهِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
22. Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman
pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang
menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau
anak-anak atau Saudara-saudara ataupun keluarga mereka. meraka Itulah
orang-orang yang Telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka
dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. dan dimasukan-Nya mereka ke dalam
surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah
ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan
rahmat)-Nya. mereka Itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya
hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.
Itulah maksud pengorbanan yang sebenar
di hari mulia ini. Bukan dengan hanya menunaikan haji di tanah haram
semata-mata. Bukan juga dengan menyertai ibadah korban haiwan ternakan, atau
menghadiri majlis korban sahaja, bahkan dengan menghayati maksud pengsyariatan
ibadah korban dengan sedalam-dalamnya.
Agama islam adalah agama yang amat
sinonim dengan erti pengorbanan. Rasul-rasul pilihan Allah SWT dikalangan
manusia adalah contoh terbaik untuk kita pelajari dari mereka uslub dan cara
untuk berkorban. Kerana merekalah hamba yang paling banyak menerima ujian.
Sahabat-sahabat pernah bertanya kepada
Rasulullah SWT:
أي الناس
أشد بلاء؟
(Siapakah orang yang paling teruk ujiannya?)
(Siapakah orang yang paling teruk ujiannya?)
Jawab
Rasulullah SAW
الأنبياء
ثم الأمثال فالأمثال
(Para nabi, kemudian yang mencontohinya dan yang mencontohi pencontohnya)
(Para nabi, kemudian yang mencontohinya dan yang mencontohi pencontohnya)
Selain dari
Nabi Ibrahim yang dituntut untuk mengorbankan anaknya, juga Nabi Ismail yang rela berkorban nyawa, Nabi-nabi lain
juga berkorban segenap ruang hidup. Nabi Zakaria mengorbankan nyawanya untuk
dibunuh hingga terbela dua tubuhnya digergaji.
Nabi Nuh, Nabi Luth, Nabi Hud ,Nabi
Musa bahkan Nabi kita juga dituntut supaya berhijrah mengorban bangsa dan
tanahair demi memelihara agama. Apalah harga bangsa melayu dan tanah air
Malaysia jika dibandingkan dengan harga Islam. Bangsa dan tanah air tidak mampu
memelihara Iman dan Islam. Tetapi Islam dan Iman mampu memartabatkan bangsa dan
negara.
Sabda Rasulullah SAW:
ليس منا
من دعا إلى العصبية، وليس منا من قاتل على عصبية، وليس منا من مات على عصبية
Bukan
dikalanganku orang yang menyeru kepada perkauman sempit. Dan bukan dialanganku
orang yang berjuang atas dasar perkauman, dan bukan dikalanganku orang yang
mati dalam perkauman.
Sidang Hadirin
sekalian,
Pengorbanan
demi perjuangan! Itulah ungkapan yang harus difahami oleh mereka yang menyambut
Hari raya Qurban ini. Betapa islam hanya akan tertegak dengan pengorbanan
seperti yang ditunjukkan oleh Nabi-nabi sebelum kita. Kisah-kisah panjang
mereka samada dalam Quran ataupun buku-buku sejarah bukan hanya untuk dijadikan
buku cerita, bahkan menjadi syariat yang wajib dituruti dan diamalkan daripada
cara hidup, makan minum, ibadat, bersosial, berkeluarga, berkerjaya hinggalah
kepada memerintah dan mentadbir. Sedarlah wahai muslimin dan muslimat sekalian!
Allah SWT
mengutuskan nabi untuk menjadi pembimbing kepada keamanan berteraskan undang-undang
dan sistem pemerintahan al-Quran.
Firman Allah
SWT:
وما
أرسلناك إلا رحمة للعالمين (الأنبياء:107)
Dan tidak
diutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian
Alam.
Hari ini
pelbagai cara dilakukan pemerintah untuk mensejahterakan negara. Undang-undang
ciptaan manusia sering dipinda dan diperbaharui untuk mencari penyelesaian kepada
karenah sosial yang semakin meruncing. Namun perkara itu tidak mengurangkan
sedikitpun kadar ancaman bahaya jenayah terhadap rakyatnya.
Lihatlah
fakta. Sehingga ke hari ini seramai 250,204 orang anak luar nikah dilahirkan
semenjak 2007. Ini menjadikan purata kelahiran anak lar nikah adalah seramai 80
orang sehari. Statistik Bukit Aman sepanjang empat bulan pertama tahun ini
menunjukkan jenayah yang dilakukan oleh budak bawah umur 18 tahun adalah
sebanyak:
18 kes bunuh
198 kes rogol
2 kes rompak berkumpulan
bersenjata api
185 kes rompak
berkumpulan tanpa senjata api
19 kes rompakan
141 kes mendatannkan kecederaan.
Kadar sabitan dakwaan kes rasuah juga
meningkat daripada 54% pada tahun 2009, 71% tahun 2010 kepada 74% pada tahun
2011.
Hal ini turut melibatkan orang yang
bertanggungjawab menjaga keamanan kita. Tahun 2011 merekodkan seramai 130 orang
pegawai dan anggota polis terlibat dalam pelbagai kesalahan termasuk
penyalahgunaan dadah dan jenayah.
Inikah keamanan yang kita harapkan?
Adakah hari ini kita merasa lebih aman dan selamat untuk membiarkan keluarga
dan harta kita di rumah lebih daripada 10 tahun dahulu?
Allah SWT berfirman dalam surah Annur
ayat 55:
(وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاس
Allah berjanji kepada orang-orang yang
beriman dan mengerjakan amalan soleh dripda kalangan kamu, bahawa Allah
menjadikan mereka orang-orang yang memerintah negeri, seperti pernah diberi
kepada orang-orang dahulu. Dan Allah jadikan agam yang diredhaiNya (islam)
berkuasa, dan menukarkan keadaan daripada ketakutan kepada keamanan, lalu
mereka beribadat (tunduk dan patuh) kepadaKu (Allah) serta tidak menyekutukan
Aku (Allah) dengan seseuatu yang lain.
Amanah inilah yang harus kita
tunaikan. Marilah kita berkorban atas dasar perjuangan bersama-sama mereka yang
mahukan islam. Hanya syariat Allah yang mampu menyelamatkan kita dari mara
bencana ini. Segala apa yang berlaku hari ini adalah sebagai bala kerana
meninggalkan perintahNya untuk melantik mereka yang benar-benar faham al-Quran
sebagai pemimpin. Inilah maksiat yang mengundang bala yang sedang kita lakukan.
Firman Allah SWT menerusi surah al-Nisa' ayat 58&59:
(إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan
amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan
hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah
memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha
mendengar lagi Maha Melihat.
59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah
dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu
berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al
Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan
hari kemudian. yang demikian itu lebih baik untuk dimengerti.
Lagi Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 96-99:
Lagi Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 96-99:
(وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
(أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُم نائمون
(أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ
(أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ
96. Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri
beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari
langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami
siksa mereka disebabkan perbuatannya.
97. Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa
aman dari kedatangan siksaan kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka
sedang tidur?
98. Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa
aman dari kedatangan siksaan kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan
naik ketika mereka sedang bermain?
99. Maka apakah mereka merasa aman dari azab
Allah (yang tidak terduga-duga)? tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali
orang-orang yang merugi.
بارك الله لي ولكم في الكتاب والسنة، ونفعني وإياكم بالآيات والحكمة. أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولجميع المسلمين و المسلمات إنه هو الغفور الرحيم.
KHUTBAH KEDUA
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، و لله الحمد، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له. و أشهد أن محمد عبده ورسوله. اللهم صل وسلم على سيدنا
محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاة. أما بعد.
فياعباد الله، أوصيكم و أياكم بتقوى الله فقد فاز المتقون. و تزودوا فإن خير الزاد التقوى.
Muslimin dan
muslimat sekalian!
Marilah pada
hari raya ini kita merasakan besarnya nikmat iman dan islam yang dikurniakan
kepada kita oleh Allah Taala. hanya kematian di dalam iman dan islam sahaja
yang diredhai oleh Allah sebagaimana firmannya:
يأيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته، ولا تموتن إلا و أنتم مسلمون
Maksudnya: Wahai
orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan mati di dalam keadaan beragama islam.
Seterusnya
saya menyeru dihari yang penuh barakah ini dengan limpahan program qorban dari
orang-orang senang dan berharta ini, kita mengenang mereka yang tidak senasib
dengan kita, terutama bagi mereka yang dilanda pergolakan seperti Syria, Palestin dan Burma. Mereka juga adalah saudara-saudara kita yang wajib diberi
pertolongan semampu mungkin. Paling tidak pun adalah dengan senantiasa
mengambil tahu khabaran mereka disana seterusnya mendoakan kemenangan yang
Allah SWT janjikan kepada mereka.
Sabda
Rasulullah SAW:
لا يؤمن أحدكم
حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Muslimin dan
muslimat sekalian!
Pada hari yang
mulia dan penuh barakah ini marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan
salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyampaikan islam kepada kita
setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada
baginda dirakamkan melaui selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah di
dalam al-quran:
إن الله وملائكته يصلون على النبي، ياأيها الذين آمنوا صلو عليه وسلموا تسليما
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat
sentiasa berselawat ke atas nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkan
selawat dan salam keatasnNya dengan sesungguhnya.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا إبراهيم وعاى آل سيدنا إبراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد.
اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم و الأموات. ربنا اغفرلنا ذنوبنا وذنوب والدينا ورحمهم كما ربونا صغيرا. ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقون بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم.
اللهم أعز الإسلام و المسلمين، وأذل الشرك والمشركين، و النفاق والمنافقين و الظلم و الظالمين،
اللهم إنا نجعلك في نحور أعدآئنا ونعوذ بك من شرورهم، اللهم رد كيدهم على نحورهم. اللهم
بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم، و سلط عليهم كلبا من كلابك.
اللهم انصر إخواننا المجاهدبن و المستضعفين في فلسطين، وفي غزة، وفي العراق, وفي كشمير، وفي شيشان، وفي جنوب تايلند،وفي بورما، وفي سوريا و في كل مكان. اللهم قو عزائمهم، واجمع كلمتهم، وثبت أقدامهم، وانصرهم على أعدآئهم.
اللهم آت أنفسنا تقواها،وزكيها أنت خير من زكاها، أنت وليها ومولاها. اللهم أرنا الحق حقا ورزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا ورزقنا اجتنابه. اللهم أصلح سلطاننا، وأئمتنا وولاة أمورنا،واجعل ولايتنا في من خافك واتقاك يا رب العالمين.ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا و ترحمنا لنكونن من الخاسرين. ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما،
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله و صحبه وسلم، والحمدلله رب العالمين.
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....