Thursday, August 1, 2013

KHUTBAH HARI RAYA AIDIL FITRI 2013/ 1434 H “MANIFESTASI PUASA MEMBENTUK SENSITIVITI AGAMA ”


YANG PERTAMA

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرا، و الحمد الله كثيرا.
الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام، وفضلنا على كثير من الأمم.
فنحن قوم أعزنا بالإسلام، فإذا ابتغينا الإسلام بغيره أذلنا الله
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، البدر الدجى و السراج المنير.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد، الرحمة المهداة، قائد الدعاة ةالمجاهدين، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه ألى يوم القيامة. أما بعد.
فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، فتزوده، فإن خير الزاد التقوى.

Wahai hamba-hamba Allah yang dirahamati sekalian! Saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri, supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya diiringi rasa takut kepada Allah di mana jua kita berada.

Muslimin dan muslimat sekalian!

Setinggi tahniah dari mimbar ini kepada semua, atas kejayaan mengharungi Ramadhan selama sebulan. Semoga segala hikmah
daripada bulan mulia tidak pergi begitu saja dari kita dengan perginya bulan Ramadhan yang lalu. Yang terpenting adalah hikmah taqwa sebagai asas kepada semua keperibadian islam yang lain.
Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيكُمُ الصِيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَذِينَ مِن قَبْلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقُونَ
Yang bermaksud Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas umat yang lebih dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
[al-Baqarah:148]

Sebuah kata-kata hikmah ada menyebut:
كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ رَمَضَانِيًا
Jadilah hamba Allah, jangan jadi hamba Ramadhan

Dalam kita bersuka di hari kemenangan ini, Janganlah kita sekali-kali leka dari mengenangkan nasib umat islam di serata dunia pada hari ini. Semua mereka adalah sanak saudara kita, yang perlu kita ambil cakna, sebagaimana caknanya kita terhadap sanak saudara sedarah bila tibanya syawal

Mereka disana adalah saudara seakidah kita. Walau kita tiada pertalian darah, walau tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi kita punya talian persaudaraan, yang diikat dengan hubungan ukhuwwah islamiah.
Firman Allah SWT:
إِنَّمَا المُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَينَ أَخَوَيْكُم
Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara saudaramu.
[al-Hujurat:10]

Mengasihi mereka adalah bukti keimanan kita kepada Allah dan rasulNya.
Sabda Rasulullah SAW.
لَا يُؤمِنُ أَحَدُكُم حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Tidak beriman seseorang itu sehinggalah mereka mengasihi saudaranya seperti mereka mengasihi diri sendiri.

Muslimin dan muslimat sekalian,

Melihat fenomena umat islam hari ini, benarlah sabda Rasulullah SAW:
يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا

Aku bimbang akan datang suatu masa nanti, seluruh umat manusia akan menghurungi kamu seperti binatang pemangsa yang menghurung makanannya.
[HR Abu Daud dll.]

Lihatlah saja apa yang berlaku di timur tengah pada hari ini, bermula di Palestin yang sekian lama dihantui penjajah Yahudi, Iraq yang masih tidak aman dari kawalan Amerika, setiap hari akan berlaku pembunuhan sesama muslim, Rakyat Syria pula menghadapi kerajaan bangsa mereka sendiri, yang menganut fahaman syiah sesat lagi jahat.



Terbaru adalah kisah sadis penggulingan kerajaan Mesir yang sah, dibawah kempimpinan Dr Muhammad Mursi mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan sebagai proksi Ikhwanul Muslimin. Beliau menang dalam suatu proses pemilihan yang paling adil dalam sejarah demokrasi dunia, tanpa sebarang penipuan, tanpa politik wang, tanpa ugutan dan tanpa campur tangan luaran. Malangnya kerajaan yang sah ini tidak kekal lama. Dunia begitu cemburu dengan kemenangan islam, sehingga sanggup mereka menggadai prinsip pegangan demi bersatu menentang islam.


Lihatlah sendiri hakikat, Amerika menyumbang hampir 40 bilion untuk menyokong kerajaan tentera sekarang, Israel turut membantu dari sudut politik dan pelobian. Yang paling menyedihkan adalah berita ucapan tahniah dari kerajaan Arab Saudi, pemimpin beragama islam yang memegang amanah menjaga dua tanah haram. Beliaulah orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada jeneral tentera sejurus penggulingan Dr. Mursi.

Ini tidak termasuk dana khas sebanyak 1 billion yang disalurkan kepada tentera dari negara tersebut. Begitu juga orang-orang persendirian yang mempunyai kepentingan dalaman, tergolong dari orang-orang korporat yang memiliki syarikat-syarikat besar, tidak kisah berhabis sejuta dua demi memastikan survival materialis mereka tidak tergugat.



Benarlah apa yang Allah SWT firmankan dalam surah al-Anfal ayat 74:
والذِينَ كَفَرُوا بَعْضَهُم أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
Dan orang-orang yang ingkar terhadap ajaran islam itu saling bertolong-menolong.

Kisah nusantara kita juga tidak kurang sadisnya. Kenanglah bagaimana perjuangan umat islam di wilayah Pattani Darussalam yang sekian lama berjuang menuntut kemerdekaan dari Thailand. Mereka pada asalnya adalah rumpun kita dibawah Persekutuan Tanah Melayu sebelum dijajah oleh kerajaan Siam. Hari ini mereka masih berlawan dengan kerajaan sendiri.

Begitulah juga di Selatan Thai seperti Yala dan Narathiwat. Memori kita tidak akan dapat melupakan kekejaman Siam membunuh saudara kita dalam satu peristiwa berdarah di Takbai.



Cerita dari timur laut tidak kurang hebatnya. Sehingga hari ini umat islam Filipina tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Mujahidin kita di wilayah Mindanao disisih dan dicop sebagai pengganas oleh junta rejim Filipina sekian lama. Tidak sedikit dari mereka yang gugur syahid hanya kerana cita-cita menghirup udara sebuah kebebasan.

Sebuah kajian mendedahkan bahawa drama di Lahad Datu juga merupakan antara agenda terancang Filipin untuk menyekat kemaraan islam Mindanao yang tidak pernah jemu melaungkan kalimah Allah.

Umat islam Rohingya dari wilayah Rakhine di pinggir Myanmar turut dimusuhi atas dasar agama. Kerajaan Myanmar hanya melihat sahaja penderaan kaum eksremis Buddha terhadap saudara kita, bahkan turut serta dalam mengusir mereka di bawah undang-undang Burma Citizenship Law of 1982. Mereka tidak pernah mendapat kerakyatan di negara sendiri. Tokoh kebebasan Myanmar, Aung San Suu Kyi yang selama ini lantang mengkritik kekejaman kerajaan Myanmar, seolah bisu apabila berhadapan dengan isu umat islam Myanmar.

Khutbah ini bukan bermaksud untuk merosakkan mood beraya Hadirin dan Hadirat sekalian. Tetapi hakikat ini dirasakan tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja. Sepatutnya graduan Universiti Ramadhan seperti kita sudah mampu melahirkan ummah yang memiliki sensitivity sendiri terhadap saudara mereka. Bukankah berlapar dahaga itu bermaksud supaya kita menjiwai perasaan mereka saudara yang susah dan tidak punya apa?

Mereka bukan sahaja saudara kita, mereka juga adalah dari kejiranan terdekat kita. Siapa lagi yang membela mereka jika tidak kita?

Yang diperangi itu adalah abang-abang kita, yang dibunuh itu ibubapa kita sendiri, yang dirogol adalah adik-adik kita, yang ditanam hidup-hidup sebenarnya anak-anak kita. yang diseksa itulah ahli keluarga kita. Dimana nilai kemanusiaan dalam diri kita. Apakah nikmat yang tuhan kurniakan selama ini telah menyebabkan hati kita keras lalu hilang sifat belas?

Muslimin dan muslimat

Marilah kita renungi dan insafi perkara ini. Bangkitlah membela saudara seislam kita. Percayalah bahawa di Malaysia kita juga bakal menerima nasib seperti mereka andai kita tidak bersatu di bawah akidah yang sama. Kuffar tidak pernah tidur dari memastikan islam tidak bergerak walau selangkah.

Mulakan pertolongan ini dengan memastikan kemenangan islam mengambil alih tampuk pemerintahan di negara tercinta ini. Percayalah bahawa tiada jalan lain untuk membela umat islam, selain dari memiliki kuasa politik.

Jika diikut, jumlah negara yang diperintah oleh orang islam tidak sedikit jumlahnya. Indonesia, Malaysia, Kuwait, Saudi, Brunei, Bahrain, UAE, adalah contoh negara berharta milik umat islam. Ditambah dengan pertubuhan seperti OIC, Liga Arab, Rabithah Ulama, Majlis fatwa antarabangsa dan bermacam lagi institusi umat islam yang wujud, tapi masih belum membela kedaulatan umat islam walau seinci. Ini kerana pertubuhan-pertubuhan ini hanya berperanan di bidang kebajikan dan keilmuan semata-mata, tanpa berani mengambil pendekatan politik. Negara-negara juga lumpuh kuasa politiknya kerana diperintah oleh boneka barat.

Umat islam adalah penganut agama teramai dunia, tetapi ramai mereka adalah seperti buih-buih dilautan.

Sabda Rasulullah SAW ketika ditanya berhubung tragedi akhir zaman, adakah kerana umat islam itu sedikit? Jawab Rasulullah SAW:
بَلْ اَنْتُمْ كَثِير، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءَ كَغُثَاءِ السَيْلِ، وَلَيَنْزِعَنَّ اللهُ المَهَابَةَ مِن قُلُوبِ أَعْدَائِكُم مِنْكُم، وَلَيَقْذِفَنَّ اللهُ فِي قُلُوبِكُم الوَهنَ،
قالوا: وَمَا الوَهنُ يَا رَسولَ الله؟
قال (صلى الله عليه وسلم) : حُبُّ الدُنْيَا وَكَرَاهِيَّةُ المَوتِ

“Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?”

Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”

بارك الله لي ولكم في الكتاب والسنة، ونفعني وإياكم بالآيات والحكمة. أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولجميع المسلمين و المسلمات إنه هو الغفور الرحيم.

KHUTBAH KEDUA

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، و لله الحمد، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له. و أشهد أن محمد عبده ورسوله. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاة. أما بعد.
فياعباد الله، أوصيكم و أياكم بتقوى الله فقد فاز المتقون. و تزودوا فإن خير الزاد التقوى.

Muslimin dan muslimat  sekalian!

Marilah pada hari raya ini kita merasakan besarnya nikmat iman dan islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah Taala. Hanya kematian di dalam iman dan islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firmannya:
يَا أَيُّهَا الذين آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ،
 وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَ أَنتُم مُسلِمُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan mati di dalam keadaan beragama islam.
[Ali Imran:102]

Allah SWT masih tidak lupa untuk mengurniakan ganjaran kepada kita walaupun Ramadhan telahpun menutup tirai. Menerusi lidah Nabi SAW yang bersabda:

مَن صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتبَعَهُ بِسِتٍّ مِن شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ"
Barangsiapa yang berpuasa bulan Ramadhan, kemudian diikuti 6 hari bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun!
[HR Muslim]

Bagi yang tidak sempat untuk melaksanakan segala ibadat khusus bulan Ramadhan, mereka masih lagi berpeluang untuk mendapat ganjaran yang tinggi. Sabda Rasulullah SAW:

رِبَاطُ يَومٍ فِي سَبِيلِ اللهِ خَيرٌ مِن صِيَامِ شَهْرٍ وَقِيَامِهِ، وَإِنْ مَاتَ جَرَى عَلَيهِ عَمَلُهُ الذِي كَانَ يَعْمَلُهُ، وَأَجْرَى عَلَيهِ رِزْقُهُ، وَأَمِنَ الفَتَّانِ

Jihad menjaga sempadan (tempat pertembungan antara islam dan musuh) di jalan Allah lebih baik dari puasa sebulan beserta dengan Qiamullailnya. Jika mereka mati dalam keadaan sedang melakukan amalan itu, akan terus berjalan pahala amalan itu, dan terus diperjalankan rezekinya, dan aman daripada fitnah kubur.
[HR Muslim]

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Dalam kita meneruskan tradisi bermaafan di hari mulia ini, perlulah dijaga adab dan syariat islam dengan sebaiknya. Jangan sekali-kali kita bersalaman dengan bukan muhrim kita sesuka hati. Sepupu, saudara sabit dan ipar duai adalah mereka yang haram bersentuhan dengan kita.

Jagalah aurat dan fitnah dalam kita berpakaian di hari mulia ini. Setahun sekali bukanlah alasan untuk kita melanggar adat dan syariat yang Allah SWT tetapkan. Ketahuilah bahawa semua kecantikan yang diberikan pada kita itu hanyalah sementara, boleh ditarik balik olehNya pada bila-bila masa sahaja. Peliharalah keindahan itu khusus  untuk yang halal bagi kita sahaja seperti suami dan isteri.



Muslimin dan muslimat sekalian!

Pada hari yang mulia dan penuh barakah ini juga, marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyampaikan islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada baginda dirakamkan melaui selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah di dalam al-quran:

إنَّ اللهَ ومَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَبِيِّ، يَا أَيُّهَا الذِينَ آمَنُوا صَلُّو عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam keatasnNya dengan 
sesungguhnya.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا إبراهيم وعاى آل 
سيدنا إبراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا إبراهيم 
وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد.

اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم و الأموات. ربنا اغفرلنا ذنوبنا
 وذنوب والدينا ورحمهم كما ربونا صغيرا. ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقون بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم.

اللهم أعز الإسلام و المسلمين، وأذل الشرك والمشركين، و النفاق والمنافقين و الظلم و الظالمين،
 اللهم إنا نجعلك في نحور أعدآئنا ونعوذ بك من شرورهم، اللهم رد كيدهم على نحورهم. اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم، و سلط عليهم كلبا من كلابك.

اللهم انصر إخواننا المجاهدبن و المستضعفين في فلسطين، وفي غزة، وفي العراق, وفي كشمير، وفي شيشان، وفي جنوب تايلند،وفي بورما، وفي سوريا  و في كل مكان. اللهم قو عزائمهم، واجمع كلمتهم، وثبت أقدامهم، وانصرهم على أعدآئهم.

اللهم آت أنفسنا تقواها،وزكيها أنت خير من زكاها، أنت وليها ومولاها. اللهم أرنا الحق حقا ورزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا ورزقنا اجتنابه. اللهم أصلح  سلطاننا، وأئمتنا وولاة أمورنا،واجعل ولايتنا في من خافك واتقاك يا رب العالمين.ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا و ترحمنا لنكونن من الخاسرين. ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما، ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله و صحبه وسلم، والحمدلله رب العالمين.

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد   

8 comments:

  1. Asslamualaikum..mohon kebenaran sy nak baca khutbah ni di pagi hari raya...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..mohon kebenaran copy khutbah ni.syukran.

    ReplyDelete
  3. mohon kebenaran utk saya mengambil sedikit sebanyak intipati khutbah ini untuk bapa saya sampaikan di pagi raya... terima kasih,..

    moga tuan mendapat rahmat dari NYA..

    ReplyDelete
  4. mohon izin copy tuan

    ReplyDelete
  5. mintak izin copy khutbah ni tuan untuk kerja kursus

    ReplyDelete

Guane gamok? komen skit....