Subuhku sedikit terlewat daripada jemaah pertama. Malu juga rasanya kerana aku tidur di dalam kereta yang diparkir betul-betul di pintu pagar utama masjid. Mesti jemaah yang hadir awal akan melintasi keretaku dan melihat gelagatku sedang enak tidur. Letih bang tidur dalam kereta. Maybe pukul tiga baru aku terlena dek layanan special nyamuk-nyamuk yang tidak membiarkan aku bersendirian walau sesaat. Nak tutup tingkap panas, takkan nak buka aircond sepanjang malam.
Itulah kisahku pada suatu subuh di negeri serambi mekah, Kelantan Darul Naim. Aku ke sana bersempena Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-58. Aku percaya ramai yang memilih untuk tidur di dalam kereta sepertiku sepanjang 5 hari Muktamar berlangsung. Biasalah orang Pas, datang tidak dibayar, pulang tiada dihantar, kena survive sendiri pula.
Tapi aku puas berada di sana. Sejuk hati sejurus memijakkan kaki ke kota ini. Setiapkali selepas subuh bergema laungan pengajian agama bersahutan antara masjid dan surau, sehingga aku yang pada mulanya ingin segera berkhidmat diri terpaku seketika dengan penyampaian kuliah subuh di sana. Ditambah pula dengan melihat wajah-wajah pejuang Allah yang penuh jernih ikhlas di Muktamar itu, hatiku cukup damai walau terpaksa berjalan kaki hampir 1km dalam panahan mentari dek jauh kereta yang diparkir. Ada yang bertongkat ke sana, ada yang datang sekeluarga dengan bas ekspres. Abang Du, saudaraku seusrah dari Tawau Sabah juga hadir.
Syurga dunia!
Bukan calang-calang kuliah agama yang terhidang pagi itu, bahkan penuh kualiti. Syarahannya cukup kontemporarti dan merawat luka yang masih basah. Aku tak kenal ustaz yang berkuliah itu, masjid yang aku singgah itu pun aku tak kenal. Tapi pengisian di pagi hari itu kurasakan cukup untuk buat bekal hingga ke kamar tidur malam nanti. Payah nak cari kualiti seperti ini di negeri-negeri lain.
Antara yang dapat aku kongsi daripada kuliah yang buat aku terpaku itu adalah berkenaan dengan hadis ini:
عن أبي سعيد الخدري أن نبي الله صلى الله عليه وسلم قال كان فيمن كان قبلكم رجل قتل تسعة وتسعين نفسا فسأل عن أعلم أهل الأرض فدل على راهب فأتاه فقال إنه قتل تسعة وتسعين نفسا فهل له من توبة فقال لا فقتله فكمل به مائة ثم سأل عن أعلم أهل الأرض فدل على رجل عالم فقال إنه قتل مائة نفس فهل له من توبة فقال نعم ومن يحول بينه وبين التوبة انطلق إلى أرض كذا وكذا فإن بها أناسا يعبدون الله فاعبد الله معهم ولا ترجع إلى أرضك فإنها أرض سوء فانطلق حتى إذا نصف الطريق أتاه الموت فاختصمت فيه ملائكة الرحمة وملائكة العذاب فقالت ملائكة الرحمة جاء تائبا مقبلا بقلبه إلى الله وقالت ملائكة العذاب إنه لم يعمل خيرا قط فأتاهم ملك في صورة آدمي فجعلوه بينهم فقال قيسوا ما بين الأرضين فإلى أيتهما كان أدنى فهو له فقاسوه فوجدوه أدنى إلى الأرض التي أراد فقبضته ملائكة الرحمة قال قتادة فقال الحسن ذكر لنا أنه لما أتاه الموت نأى بصدره
Kata Abi Said al-Khudriy RA, bahawa RAsulullah SAW telah bersabda:
Sebelum zaman kamu pernah ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang, lalu dia bertanyakan seseorang yang paling alim pada masa itu. Dia pun ditunjukkan kepada seorang rahib. Dia pun berjumpa rahib tersebut. Kepada rahib tersebut, dia memberitahukan bahawa dia telah membunuh 99 orang, apakah kemungkinan taubatnya masih diterima. Rahib tersebut mengatakan bahawa taubatnya tidak mungkin diterima. Orang itu lalu membunuh pula raib tersebut sehingga genaplah 100 orang yang telah dibunuhnya.
Setelah itu dia mencari orang yang paling alim lagi pada zamannya, lalu ditunjukkan kepadanya seorang alim. Ia lalu mengatakan kepada orang alim tersebut bahawa dirinya telah membunuh 100 orang, apakah mungkin jika dia bertaubat, taubatnya akan diterima? Orang alim tersebut menjawab, "Ya, masih diterima. Siapakah yang boleh menghalangi antara seseorang dan taubatnya ?". "Sekarang, pergilah engkau ke kampung ini dan ini, kerana di sana terdapat orang yang beribadah kepada Allah. Beribadahlah kepada Allah bersama mereka. Janganlah engkau kembali ke kampungmu, kerana kampungmu itu kampung yang teruk."
Orang itu pun lalu berangkat. Ketika dia sedang dalam perjalanan, tiba-tiba maut datang menjemputnya. Melihat kejadian itu, bertengkarlah malaikat pembawa rahmat dan malaikat yang bertugas menyeksa. Malaikat rahmat berkata, "Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat secara ikhlas kerana Allah". Malaikat azab berkata, "Benar, namun dia belum berbuat kebaikan sama sekali?". Seterusnya, datanglah malaikat lain yang menyerupai dirinya dalam bentuk manusia untuk mengadili pertengkaran mereka.
Malaikat itu berkata, "Kalau begitu, ukurlah akan kamu jarak dari sini ke kampung yang ditinggalkan dan ke kampung yang hendak dituju lelaki itu; ke kampung mana yang lebih dekat, bererti dialah yang berhak ke atas orang ini". Kedua-duanya lalu sama-sama mengukur dan ternyata kedudukan orang tersebut lebih dekat pada kampung yang ditujunya. Akhirnya, malaikat rahmat pun membawa orang tersebut.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Terdapat lima pengajaran yang boleh di kongsi sepertimana syarahan ustaz itu.
1. KEBANGKITAN DALAMAN UNTUK BERUBAH
Fitrah manusia. Walau sejahat mana pun seseorang itu, mereka tetap manusia dan mereka tetap punya hati. Walau sehitam manapun dosa yang melitupi merah hati sesorang, di sana masih ada hati kecil yang sentiasa mengajak kepada kebenaran. Samada besar atau kecil kesalahan yang dilaku, tiada manusia yang hatinya tidak menegur. Pasti mereka pernah terbentak dan terlintas untuk berundur dari perbuatan jahat yang dilakukan, cuma kekuatan iman yang menentukan kesudahannya.
Setelah melakukan jenayah paling dahsyat seantero dunia, Beliau ingin berubah. Ada satu kebangkitan dari dalam dirinya untuk melakukan perubahan. Dan apabila kebangkitan ini memuncak, tiada yang mampu menghalang. Jika dihalang jua, binasalah penghalang laksana rahib yang berfatwa itu.
Itulah yang kita sedang saksikan di alam nyata ketika ini. Kebangkitan yang berlaku dari kesedaran pemuda-pemuda, setelah sekian lama terkongkong dek penguasa tirani, akhirnya satu persatu kebangkitan itu menakluk bumi arab. Ianya bukan kerja mana-mana gerakan, bukan rancangan mana-mana entiti, tapi ia datang dari hati kecil manusia, yang bersatu lalu melonjak semangat seluruh rakyat untuk berjuang atas dasar kebenaran.
Tiada yang mampu menghalang kebangkitan dalaman yang tercetus ini.Water cannon itu mandian mereka, bom asap itu makanan mereka. Peluru, cota dan gari cukup mudah bagi mereka. Bagi yang berani menghalang mereka, rasailah bahana penangan hati nurani insani!
2. Bahaya fatwa salah
Hadis ini membezakan antara mereka yang berfatwa mengikut akal dan yang berfatwa mengikut nas, serta kelebihan mereka yang berilmu.
Rahib itu mungkin baik, tapi dia masih belum cukup ilmunya. Fatwanya sesat sehingga membangkit kemarahan di permukaan akal yang waras. Dia fikir mana mungkin dosa sebesar itu diampuni tuhan, sedangkan seorang pun dibunuh dengan sengaja sudah kekal di dalam neraka menurut firman Allah.
Tapi akal bukanlah penyelesai masalah. Justeru itu rahib pula yang menanggung akibat. Mulut celupar tanpa berlandas ilmu telah dicantas kerana melanggari fitrah. Tuhan itu maha pemurah, tiada apa yang tidak boleh diampuni tuhan selagi usia masih berbaki. Diakan tuhan Diakan tuhan yang Maha Pengampun.
Hari ini masih ada yang sanggup berfatwa songsang. Orang yang tidak berilmu begitu berani cakap soal ilmu. Masalah agama dirujuk kepada orang bukan pakar. Berani sungguh mereka mencabar fitrah.
Ada ustaz yang bercakap soal jihad, dengan jawabnya jihad itu sudah tiada zaman kini, boikot itu kerja orang bodoh, dan rakyat Palestin harus keluar dari tanahair mereka demi menyelamat diri. Dengan nada penuh bongkak dia menegur, “kita kena berpijak di bumi yang nyata.”
Bangang sungguh ustaz ini. Dia telah calarkan maruah agama. Islam dilihat penakut dan mangsa buli. Kalau ada orang nak aniaya kita, kita kena lari dan terus lari.
Orang seperti ini tidak perlu diajar dengan dalil. Kita tanya ustaz ini, kemana mereka nak lari? Dengan apa mereka semua nak lari? Adakah ustaz jamin mereka akan selamat kalau lari? Perompak masuk rumah ustaz, dengan sukacitanya ustaz angkat kaki dan lari cari rumah lain pula. Rumah tu tunggu ada bala tentera dulu baru boleh pertahan.
Orang pelawa kita untuk singgah makan di gerai Mekdi, kita jawab “Tak nak lah, aku boikot dah. Sekali aku kena caj kat RM1000 satu pinggan. Mahal gila beb. Aniaya orang betul. Kalau kita tak boikot nanti dia akan still kekal dengan harga tu.”
Jawab orang itu ”Haishh..mana boleh kamu tolak macam tu. Dia kan jual makanan halal. Kamu telah haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Bertaubatlah”
Mungkin ini ustaz sudah buta hati dengan habuan dunia. Perjuangan menuntut kemerdekaan itu adalah tuntutan fitrah setiap manusia. Islam mengajar mereka supaya hidup bebas tanpa sebarang kongkongan, menentang sebarang bentuk penjajahan fizikal baik mental kerana itu menafikan sifat semulajadi manusiawi.
Ustaz ini sudah menempah jalan kecelakaan. Sebagaimana tuhan ajar kepada rahib ini usah laser berbicara, insaflah pula wahai peniaga agama sebelum terlambat!
3. TIDAK BOLEH HALANG ORANG MASUK ISLAM
“Dan apakah yang boleh menghalangmu dari bertaubat?” Ujar orang alim yang beramal dengan ilmunya.
Pintu islam terbuka luas bagi seluruh manusia. Al-Quran juga tidak dihad hanya untuk kegunaan orang islam sahaja. Semua manusia ada hak untuk masuk islam.
Artis ke, penyangak antarabangsa ke, ketua polis ke, mafia ke, alcoholic even ninja assassin sekalipun, layak menerima islam, dan lagi mereka layak berada sebaris dengan pejuang islam.
Sebagaimana mereka berhak menerima islam, mereka juga berhak berbakti untuk islam. Tiada syarat utama untuk amar makruf dan nahi mungkar kerana ianya adalah tugas seluruh umat. Yang suka menyanyi amar makruf melalui nyanyian. Yang suka bersukan bawa qudwah melalui sukan. Yang professional, ikut style mereka. Yang pandai berlakon, lakonkan kemuliaan islam. Mudah kan kalau faham islam semacam ini?
Tup-tup, ada juga yang complaint golongan sebegini naik pentas dakwah. Dakwah hanya untuk ustaz-ustazkah? Kenapa perlu di ekslusifkan agama ini? Mereka bukan keluarkan fatwa baru pun. Mereka bukan buat kerja istinbat hukum pun di atas pentas itu sampai tak layak untuk mereka.
Mereka hanya sampaikan islam yang dah beruluh terang. Sabda Rasulullah SAW:
بلغوا عني واو آية
“Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat.”
Berdasarkan kisah pembunuh 100 orang yang diberi syurga itu, tak mustahil kalangan artis yang insaf ini lebih mulia di sisi tuhan berbanding kita yang hanya tahu mengkritik ini. Jangan hanya berbangga dengan sembahyang yang tak pernah miss
4. KENA HIJRAH JIKA INGIN BERUBAH
Antara faktor yang membentuk peribadi manusia adalah suasana kehidupannya. Ia amat mempengaruhi jati diri seseorang. Lantas keluar dari kepompong suasana itu adalah langkah perlu untuk memperbaiki diri. Tinggalkan rakan-rakan lama anda seketika, Keluar dari kumpulan anda sementara, dan hijrahlah dengan jasad serta roh.
Tindakan sebilangan artis, punk rock kapak bagai yang memilih untuk bersama perjuangan islam bukanlah suatu yang menghairankan. Perjuangan islam iu dihuni beribu orang yang ikhlas hatinya, didokong oleh ribuan yang membelakangkan dunia demi akhirat, diimani oleh seluruh yang mendamba keampunan ilahi. Orang seperti inilah yang pantas didampingi golongan yang mencari erti kehidupan sejati. Mereka perlu faham bahawa untuk menjadi baik itu bukan sekadar membaiki diri, bahkan mereka perlu bekerja untuk membina kebaikan itu semaksima mungkin.
Membelek realiti membantu kita memahami situasi ini. Dahulu ada artis yang memilih untuk bertudung setelah pulang dari Mekah, menangis-nangis cerita perihal keinsafannya. Tapi beliau tidak tinggalkan dunia lamanya. Rakan-rakan lama masih mengelilinginya. Publisiti tetap menjadi buruannya.
Akhirnya dia tewas. Tudung hanya tinggal tudung. Airmata itu rupanya amat murah. Gelak tawanya kembali berhilai bingit di kaca TV mengajak orang bergosip meratah daging saudara sendiri.
Ada yang asalnya bertudung, menyertai kehidupan bersama golongan artis dan akhirnya hanya mengenakan bunjut kecil macam sarang tebuan di atas kepala. Katanya tak nak hipokrit dan ingin jadi versatile. Semua ini kerana hijrah yang tidak sempurna.
Islam tidak minta mereka tinggalkan minat mereka, jauh sekali minta mereka pulaukan rakan taulan yang lama. Cuma mereka perlu cuba untuk bersama dengan orang yang baik. Mungkin untuk sementara sehingga mereka kuat untuk menghadapi godaan dunia lama mereka, mereka perlu asingkan diri.
Seawal kaki mereka langkah untuk menuju jalan yang baru, tanamkan azam untuk kembali mengajak rakan lama bersama.
No comments:
Post a Comment
Guane gamok? komen skit....