Monday, December 3, 2012

SECEBIS RAHSIA DOA




"Doa tunjang ibadah", "doa senjata orang beriman", "doa pengubah laluan takdir", "doa penghukum kezaliman".

Ini antara intipati berbagai hadis Rasulullah berkenaan kuasa doa. Direct to the point entri ini adalah untuk menyatakan pandangan terhadap isu doa yang sengaja dibawa oleh media pro-kerajaan untuk mengalihkan isu kezaliman yang semakin membarah

Isu dah lama berlaku, tapi atas perminataan seorang ahli usrah untuk ditulis mengenai isu ini, saya turuti jua kemahuannya. Menjadi kewajipan setiap muslim untuk menasihati apabila diminta berbuat demikian.



LAKNAT/KEHANCURAN DALAM AL-QURAN.

Firman Allah SWT

[ويل للمصلين. الذين هم في صلاتهم ساهون [الماعون:4
“Celakalah orang-orang yang bersembahyang. (iaitu) Mereka yang bersembahyang dalam keadaan lalai”

Secara jelas kecelakaan ini dituju kepada orang islam kerana hanya mereka yang dikira bersembahyang.

AMALAN NABI MUHAMMAD SAW:

Tidak pernah direkod nabi mendoakan kecelakaan sesama muslim. Namun bukan semua benda yang nabi tidak lakukan itu tidak boleh kita lakukan. Nabi tidak pergi haji menaiki kapal terbang, tidak membayar zakat dengan Ringgit Malaysia, sembahyang dalam aircond atau berbuka dengan sirap limau. Tetapi itu dibolehkan oleh cendikiawan-cendikiawan islam zaman-berzaman.

Bahkan dalam hadis yang diwasiatkan kepada Muaz bin Jabal sendiri supaya menjauhi doa orang yang dizalimi kerana tiada diantaranya dan Allah itu hijab/penghalang. Secara mafhumnya, nabi melarang Muaz berlaku zalim dalam pungutan zakat kerana ia akan mengundang doa bala dari mereka yang dizalimi. Muaz itu islam, tapi Rasulullah tidak mengingkari doa ke atas Muaz jikalau dia berlaku zalim.

Lafaz Hadithnya adalah:

عن ابن عباس - رضي الله عنهما - أن النبي -صلى الله عليه وسلم - بعث معاذاً إلى اليمن وقال له : ( اتق دعوة المظلوم ، فإنها ليس بينها وبين الله حجاب
 [رواه البخاري ومسلم].
Daripada Ibnu Abbas RA, bahawasanaya Rasulullah SAW telah mengutus Muaz ke Yaman dan telah bersabda padanya: “Takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab antara dia dengan Allah.”
[HR riwayat Bukhari dan Muslim] 

Nabi berpesan supaya takuti doa mereka, dan doa yang logik untuk ditakuti adalah doa keburukan dan kehancuran, justeru itu nabi sendiri tidak mengingkari keharusan berdoa dalam bentuk ini walaupun sesama muslim atas dasar memerangi kezaliman. Dalam istilah usul, hadis ini disebut hadis taqrir dimni.

Lagi Hadith daripada Anas bin Malik:

دعوة المظلوم وإن كان كافرا ليس دونها حجاب
[رواه أحمد في مسنده]
“Doa orang dizalimi walaupun kafir, tiada hijab”

ETIKA BERDOA

1. Sebaik-baiknya didahului dengan doa supaya di cucuri hidayah sebelum didoakan kehancuran kerana itu lambing kemaafan dan memaafkan itu lebih tinggi ganjarannya.

Firman Allah SWT:

وإن تعفوا أقرب للتقوى
[سورة البقرة:]
"Dan jika kamu memaafkan, itu adalah terlebih dekat dengan sifat ketaqwaan"

2. Jangan menyebut nama individu secara direct, kerana kemungkinan kita tersalah anggap. Disangka dia yang menzalimi, rupa-rupanya dia hanyalah kambing hitam manusia lain. Gunakan lafaz umum yang terbukti kejahatannya seperti Hancurkan kezaliman, hancurkan musuh Allah, atau pertubuhan yang secara jelas zalim terhadap manusia seperti Zionis.

3. Periksa dahulu kebenaran maklumat sebelum menghukum seseorang itu berlaku zalim atau tidak kerana ia boleh mendatangkan dosa.

يا أيها الذين آمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم
[سورة الحجرات]
“wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu dari terlalu banyak bersangkaan. Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu bakal mengundang dosa.”

4. Boleh sekiranya disebut nama secara jelas, dengan berlapik seperti menggunakan perkataan ‘sekiranya’ sepertimana yang diamalkan oleh Saad bin Abi Waqqas dalam doanya terhadap seorang yang menuduh dirinya menyeleweng amanah gabenor yang diberikan khalifah Umar, Beliau berkata:

اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ عَبْدُكَ هَذَا كَاذِبًا قَامَ رِيَاءً وَسُمْعَةً فَأَطِلْ عُمْرَهُ وَأَطِلْ فَقْرَهُ وَعَرِّضْهُ بِالْفِتَن
 "Ya Allah, sekiranya hambamu ini menipu, bangkit mendakwa semata-mata untuk publisiti, kau panjangkanlah umurnya, lanjutkan kemiskinannya dan persembahkanlah fitnah atas dirinya". 
[HR Muslim]

juga doa Said bin Amru kepada seorang wanita bernama Urwa yang telah menfitahnya:

اللَّهُمَّ إِنْ كَانَتْ كَاذِبَةً فَأَعْمِ بَصَرَهَا وَاجْعَلْ قَبْرَهَا فِي دَارِهَا

"Ya Allah, Jika dia seorang yang menipu, Maka butakanlah penglihatannya dan jadikan tanahnya itu kuburnya sendiri."
[HR Muslim]

DOA NIK RADHI: SIAPA BENAR?

Mengikut beberapa panduan yang dinyatakan di atas, kesimpulannya adalah doa itu diharuskan bahkan digalakkan sampai ke tahap diwajibkan kerana beberapa sebab:

1. Mereka golongan yang dizalimi. Mereka rakyat Kelantan, dinafikan hak oleh kerajaan BN dari royalti petroleum, di anak tirikan kerajaan pusat dari segi bayaran geran tahunan,  bantuan kebajiakan, lebuh raya terpaksa buat sendiri dan sebagainya.

2. Tidak menyebut mana-mana individu kecuali lafaz umum UMNO dan BN. Adapun UMNO adalah parti sekular, yang memisahkan agama daripada politik, yang juga menjunjung ketuanan bangsa (asobiyah) dalam apa jua bentuk pembelaan sehingga menghalalkan yang haram. Semua itu adalah bentuk kezaliman yang nyata kerana ianya ada bukti bertulis dan nyata tanpa syak. Maksud zalim adalah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya dan berlawanan dengan makna adil.

3. Ini bukan doa pertama kepada kerajaan sebaliknya ini adalah rentetan dari kepekakan UMNO yang tidak mahu menerima tuntutan kerajaan Kelantan secara baik, juga setelah doa mohon diberi hidayah didahulukan.

4. Tidak boleh berdiam diri dari melihat kezaliman kerana ia bakal mengundang bala Allah. Apabila bala menimpa, yang tidak melakukan kesalahan juga akan terkena.
Daripada Abu Hurairah RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

إن الناس إذا رأوا ظالما فلم يأخذوا على يديه أوشك أن يعمهم بعقاب منه
“Sesungguhnya apabila manusia itu melihat kezaliman sedangkan dia tidak bertindak, dibimbangi hukuman tuhan akan terkena mereka sama”
[HR Trmizi]

Jadi doa ini adalah satu kewajipan untuk menolak kebinasaan daripada Allah dengan bersandarkan pada firman Allah SWT:

ولا تلقوا بأيديكم إلى التهلكة
“dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan”.

Akhirnya, pesanan bagi mereka yang mendakwa bahawa doa rakyat Kelantan tidak akan dimakbulkan Allah, bertaubatlah segera. Anda telah meletakkan diri seolah-olah berkuasa mengetahui kemakbulan doa seseorang, satu kuasa yang hanya dimiliki oleh Allah secara ekslusif. Sedangkan Allah SWT meminta supaya hambanya percaya bahawa dialah yang Maha Penerima Doa dan Keampunan.
Firman Allah SWT:

وقال ربكم ادعوني أستجب لكم
[سورة ص:292]
“Dan Firman Tuhanmu; Berdoalah padaKu nescaya akanKu kotakan bagimu”

5 comments:

  1. "kesimpulannya adalah doa itu diharuskan bahkan digalakkan sampai ke tahap diwajibkan"
    ----------------------------------------------

    sy brhrp bhw penyataan ini bukan dr ustz shaja, tp dr ulama2 yg laen juga..jika ia dr ustaz seorg shja, sy berharap agar ustaz takutkan Allah dlm mmberi hukum...sy tak tahu hukumnya, cuma di sini izinkan sya mengutarakan pndpt sya.

    dalam islam, ada harus, ada sunat...ya,harus pas mendoa kecelakaan kpd umno krana dizalimi.

    tp sy xbrpa stuju klu ia dikatakan sbgai "bahkan digalakkan sampai ke tahap diwajibkan"?apakah kita xda pilihan lain, utk mendoakannya?

    andai kata ia digalakkan smpi ke thp diwjbkan, apa pula hukumnya mendoakan kebaikan kpd org yg mnzaliminya??bukankah itu terlebih baik?....bukankah nbi telah menunjukkan contoh yg terbaik dgn mndoakan اللهم اغفر لقومي فإنهم لا يعلمون pdhal HARUS bginya mendoakan kecelakaan?

    sy xbbrpa phm apa yg dimaksudkan "digalakkan smpi ke thp diwjbkan" melainkan ia memberi waham bhw ustz mengatakan hukumnya hmpir2 ke arah wajib dan seolah2 itulah yg terbaik.

    -----
    maaf jika sy terkasar dlm uslub sy, tp sy xbermksud demikian..tegur sy jika salah.

    ReplyDelete
  2. tmbhan:
    andai kata ia digalakkan smpi ke thp diwjbkan, apa pula hukumnya mendoakan kebaikan kpd org yg mnzaliminya??bukankah itu terlebih baik?....bukankah nbi telah menunjukkan contoh yg terbaik dgn mndoakan اللهم اغفر لقومي فإنهم لا يعلمون pdhal HARUS bginya mendoakan kecelakaan?

    bahkan kalu ikotkan, bginda terlebih aula utk berdoa demikian berbanding kita keraza kezaliman musyrikin lebih teruk dr umno..

    jd, bgaimana kita mengmbil istidlal, bhwasanya mendoakan kecelakaan terhdp umno itu wajib...

    ReplyDelete
  3. jika uslub sy kasar

    ReplyDelete
  4. wslm...tq, teguran yg baik..sy minta maaf juga kalo menimbulkan waham.. mungkin saya boleh kongsi jgk kenapa saya tulis seperti itu

    1. wajib sy bkn maksud doa celaka, tapi doa kepada org zalim,ini bersandar kpd beberapa hadis yg lain spt:

    "bantulah saudaramu samada dia zalim atau dizalimi"

    pastu, manusia ada tahap kemampuan masing2 utk menegah kezaliman,itu amar maaruf nahi mungkar yg wajib..bagi mereka yg xmampu buat ape2 selain berdoa atau lebih lemah dari tu, itlah amar maaruf yg wajib baginya..
    doa senjata orang mukmin, sunat diguna,wajib digunakan jika tiada senjata lain..
    saya telah nyatakan memaaf itu lebih baik dlm subtajuk etika berdoa, tetapi jika memaafkan itu memberi muka untuk mereka buat zalim lagi, mereka perlu dihukum.

    2. UMNO, United MALAY National Organization..melambangkan kezaliman kerana dibentuk atas dasar asobiyah..selagi nama UMNO itu masih wujud, selagi itulah mereka zalim. Hanya dengan kehancurannya menyelamatkan ahlinya.
    Bagaimana mungkin untuk didoakan kebaikan kepada UMNO selain dari kehancurannya?
    Saya minta pendapat anda dlm hal ni..

    Mungkin perlu sedikit penjelasan lagi. doa celaka adalah doa laknat, dan laknat bermaksud tidak menginginkan kebaikan kepada yg dilaknat. UMNO bukan individu yg dikenakan hukuman taklifi. Doa celaka tak membawa kepada UMNO masuk neraka, tetapi menyelamatkan ahlinya dari masuk neraka, ia berbeza dengan doa laknat yg mengharap yg dilaknat itu diazab Allah. Ahli UMNO takkan merana kerana partinya hancur, jika mereka diberi hidayah oleh Allah.

    maaf sekali lagi, ini hanya pendapat yg saya rumus dari beberapa kitab dan sarjana spt syeikh abdul karim zaidan dan islamweb. Mungkin rumusan ini tidak tepat dan perlukan lebih banyak perbahasan. Teruskan mencungkil kebenaran..Islam itu tidak sesekali melanggar fitrah :)

    ReplyDelete

Guane gamok? komen skit....