Wednesday, October 9, 2013

KHUTBAH HARI RAYA AIDIL ADHA 2013/ 1434 H: ROH TARBIAH DALAM IBADAH HAJI DAN KORBAN.


YANG PERTAMA

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،

ألله أكبر كبيرا و الحمد الله كثيرا

الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام، وفضلنا على كثير من الأمم.

فنحن قوم أعزنا بالإسلام، فإذا ابتغينا الإسلام بغيره أذلنا الله

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. وأشهد أن محمدا عبده ونبيورسوله

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الأشرف، الرحمة للعالم، الصادق في الكلام،المنقذ من الظلام، سيد السلام، والقائد للدعاة وذي الهمم، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه ألى يوم القيام،

 أما بعد.

فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، فتزوده، فإن خير الزاد التقوى.

Wahai hamba-hamba Allah yang dirahmati sekalian! Saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri, supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya diiringi rasa takut kepada Allah di mana jua kita berada.

Muslimin dan muslimat sekalian!

Alhamdulillah, Allah SWT masih berikan kesempatan kepada kita,untuk sama-sama berada pada hari yang penuh barakah ini. Hari yang Allah SWT syariatkan untuk kita sama-sama bergembira disamping mengenang harga sebuah pengorbanan yang ditunjukkan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu terutama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail alaihima salam.

Tahniah dan syabas kita ucapkan di kejauhan ini pada saudara mara yang diberi kemuliaan oleh Allah SWT untuk melakukan ibadah haji di tanah suci mekah. Sempurnalah bagi mereka rukun islam kelima. Sabda Rasulullah SAW:

من حج لله فلم يرفث ولم يفسق، رجع كيوم ولدته أمه

Barangsiapa yang mengerjakan haji, dalam keadaan dia tidak bercakap keji dan berbuat kesalahan, nescaya dia akan pulang seperti hari dia dilahirkan ibunya. [HR Bukhari dan Muslim]

Semoga Allah juga bakal mengurniakan pada kita keizinan untuk menurut jejak langkah mereka-mereka yang sedang beribadah di tanah suci ketika ini.

Ibadah haji yang mereka tunaikan itu adalah selaras dengan tuntuan Allah SWT menerusi FirmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 196:

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ 

Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah.


Allah SWT tidak akan sekali-kali mengsyariatkan sesuatu perkara melainkan disana ada kebaikan untuk manusia baik dunia dan akhirat. Ia termasuklah pengsyariatan haji. Para alim ulama menyatakan antara hikmah perintah haji dilakukan adalah untuk mentarbiah diri umat islam itu sendiri.


Yang pertamanya supaya dapat membentuk diri memutuskan hubungan dengan dunia bagi menjalinkan hubungan dengan Allah SWT. Mereka diajar untuk meninggalkan segala kekayaan di negeri masing-masing, meninggalkan sanak saudara dan teman-teman, meninggalkan aktiviti-aktiviti rutin seharian semata-mata untuk menghadap Allah SWT. Pakaian kebiasaan mereka diganti dengan kain ihram. Semua lapisan masyarakat baik raja, pemerintah, pembesar negara, pegawai tinggi atau rendah malah seluruh rakyat mengenakan pakaian yang sama.

Keuda, kita juga dididik menerusi ibadah ini, untuk melakukan aktiviti yang menjamin kesihatan tubuh badan. Berjalan, berlari-lari anak, melontar dan sebagainya adalah contoh betapa islam amat mementingkan aspek-aspek pentarbiahan jasmani ini, apatah lagi apabila Nabi SAW sendiri bersabda:

المؤمن القوي خير وأحب إلى الل من المؤمن الضعيف
"Orang mu`min yang kuat itu lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah dari mu`min yang lemah." 
[HR Muslim]

Tetapi amat malang bagi umat pada hari ini. Sangat ramai yang kurang menghayati dan mengamalkan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian. Mereka lebih selesa berada lama dalam ruang berhawa dingin daripada menikmati udara segar ciptaan Allah. Menaiki kenderaan lebih digemari ke berbanding berjalan kaki, lebih suka memilih lif daripada tangga dan sebagainya.

Ini tidak termasuk soal pemilihan makanan harian. Tiada langsung mereka beringat tentang diet yang seimbang, Inilah pun penyakit-penyakit kronik di Malaysia. Di saat rakyat negara lain bergelut dengan ajal untuk mencari sesuap makanan, kita pula mati akibat makan berlebihan!

Muslimin dan muslimat sekalian,

Antara bentuk tarbiah yang diperkenalkan dalam ibadah haji adalah ikatan ukhuwah dikalangan umat islam. Pada waktu inilah mereka berpeluang untuk berkumpul dari seluruh dunia, berkenalan antara satu sama lain dan bersatu dengan niat sama.

Firman Allah SWT:
إِنَّمَا المُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَينَ أَخَوَيْكُم
Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara saudaramu.
[al-Hujurat:10]

Allah SWT juga berfirman dalam surah yang sama, pada ayat ke 14:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan 
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.

As-Syahid Dr Ramadhan al-Buthi menyatakan dalam fiqh sirahnya, islam adalah agama yang amat menggalakkan kehidupan bermasyarakat, bukannya agama rahbani yang hanya mementingkan hubungan antara diri dengan tuhan sahaja seperti agama-agama yang lain.

Buktinya, dalam sehari kita dituntut untuk berhimpun 5 kali sehari semalam di peringkat tetangga berdekatan melalui sembahyang fardu berjemaah. Seminggu sekali di peringkat mukim, kita juga dituntut untuk berhimpun dalam ibadah solat jumaat. Setahun sekali pula, umat islam sedunia akan berkumpul di Mekah untuk menunaikan syariat haji.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Antara ibadah yang juga dituntut di hari ini dan 3 hari tasyrik yang lain, adalah ibadah korban. Bahkan sebahagian ulama' menyatakan ianya suatu kewajipan bagi mereka yang kaya dan berada.

Firman Allah SWT dalam surah a-Kautsar:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Ibadah ini disyariat bertujuan untuk mengenang kembali nilai pengorbanan keluarga Nabi Allah Ibrahim. Keluarga tersebut adalah lambang sebuah ikatan darah daging yang diikat dengan simpulan akidah yang mantap sehingga sanggup berkorban apa saja demi menurut perintah Allah SWT.

Kita juga boleh mengambil iktibar sebagai tarbiah untuk diri. Lihatlah pengorbanan jiwa seorang ayah. Nabi Ibrahim yang baru dikurniakan anak setelah hampir sedekad menanti, diarahkan pula untuk ditinggalkan di sebuah padang pasir tidak berpenghuni. Tiada sumber hidup, tiada segala-galanya. Bapa mana yang tidak luluh jiwa melihat tanggungannya berkelana tanpa jagaan di tanah sunyi itu. Tetapi atas dasar wala' kepada Allah, semua itu diketepikan. Baginda tahu, Allah SWT tidak akan mengsia-siakan keluarganya selagi dia menjaga suruhan Allah.

Sabda Rasulullah SAW:

احفظ الله يحفظك
Jagalah kepentingan Allah, nescaya Allah akan menjaga kepentinganmu.

Begitu juga pengorbanan Isterinya Saidatina Hajar. Walaupun pada mulanya terasa berat diri untuk menurut perintah suaminya, tetapi apabila diberitahu bahawa itu adalah suruhan Allah, beliau dengan rela hati menyatakan kesanggupan.

Allah tidak sia-siakan ketaatan itu begitu sahaja. Atas usaha dan ikhtiar tulang empat kerat wanita itu, yang mencari air ke sana ke mari untuk bayinya Nabi Ismail, Allah kurniakan padanya sebuah mata air, yang tidak pernah kering sehingga hari ini. Dengan itu bertukarlah keadaan, dari padang pasir membentuk sebuah kota tumpuan dunia. Pakar-pakar telah mengesahkan bahawa air yang mengalir dari bumi di celahan kaki Nabi Allah Ismail itu juga menjadi air yang paling kaya dengan nutrisi dan khasiat di dunia ini.

Itulah hadiah sebuah pengorbanan!

Nabi Ismail juga merekodkan kisah pengorbanan yang agung. Beliau meletakkan nyawanya sebagai bayaran untuk taat kepada Allah. Apabila Nabi Ibrahim menyatakan mimpinya, supaya beliau di sembelih di tangan bapanya sendiri, Nabi Ismail tidak sedikitpun bimbang dan memberontak, sebaliknya merelakan sahaja tuntutan itu.

Ketika Nabi Ismail berbaring sedia untuk disembelih, Allah gantikan tempat beliau dengan seekor kibash untuk dijadikan korban. Itulah awal pengsyariatan korban haiwan ternakan.
Sabda Rasulullah SAW kepada anaknya:

يا فاطمة قومي فاشهدي أضحيتك ، فإنه يغفر لك بكل قطرة من دمها كل ذنب عملتيه
Wahai Fatimah, bangunlah dan saksikanlah korbanmu. Sesungguhnya ia mengampunkan bagimu setiap dosa yang kamu lakukan pada setiap titisan darah yang mengalir. [HR Thobrani]

Keluarga Nabi Ibrahim menunjukkan sebuah keluarga contoh. Pakar-pakar tarbiah juga menyatakan antara wasilah pertama pentarbiahan islam adalah keluarga umat islam itu sendiri. Bapa perlu memainkan peranan untuk membekalkan anak isteri dengan kesedaran islam. Ibu pula adalah tempat anak-anak meluahkan segala-galanya.

Kerosakan anak-anak muda berpunca dari rumah tangga yang kosong dari pengisian tarbiah. Si bapa hanya serahkan urusan mendidik anak kepada ibu. Si ibu pulanmeletakkan kepercayaan kepada pendidik di sekolah, lebih-lebih pada ibu yang bekerja. Yang mereka tahu hanya memarahi dan memukul anak-anak yang bersalah tanpa pendedahan dan penerangan terlebih dahulu.

Itulah antara punca terbesar rosaknya gaya hidup anak muda kini. Kajian mendapati sebilangan besar pelaku jenayah mempunyai latar belakang keluarga yang buruk. Antaranya kerana ibubapa bercerai, didera, terlalu dimanjakan, atau ibubapa sendiri yang terlibat dalam aktiviti jenayah.

Kepada siapa kita mahu salahkan kejadian bunuh yang makin berleluasa. Kearah manakah jari telunjuk ini perlu dihalakan dengan kes-kes buang bayi di asrama-asrama dan sekolah. Siapa lagi yang perlu menjawab isu-isu perogol bawah umur, isu dadah, lumba haram dan bermacam lagi masalah. Ada anak-anak yang bebas menulis dan bertutur kata-kata kufur di dalam internet tanpa mereka sendiri sedari.

Siapakah yang bertanggungjawab dihadapan Allah terhadap semua ini?

Anak-anak adalah jelmaan ibubapanya. Jangan salahkan persekitaran walau ianya boleh mempengaruhi, kerana ibubapa boleh membersihkan anasir luar itu apabila pulangnke rumah. Soalnya, adakah ibubapa peka dan sanggup untuk menggalas tanggungjawab ini.

Sabda Rasulullah SAW:

ما من مولود إلا يولد على الفطرة فأبواه يهودانه وينصرانه ويمجسانه
Tidaklah seseorang itu dilahirkan melainkan atas keadaan fitrah yang suci. Maka ibubapanyalah yang menjadikannua sebagai yahudi, kristian atau majusi. [HR Muslim]

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Bercakap soal tarbiah islamiah memang luas perbahasannya. Cukuplah kita beberapa perkara tadi sebagai suatu contoh betapa penting sebuah pendidikan bercorak islam anjuran al-Quran dan Sunnah. Tiada lain yang dapat menyelamatkan kita dari masalah-masalah dunia hari ini melainkan dengan petunjuk yang Allah telah sediakan.

Marilah kita hidupkan kembali suasana tarbawi di kalangan umat islam. Penuhilah program-program keagamaan setempat. Bentuklah usrah-usrah di kalangan penduduk kampung, rakan sepejabat mahupun teman sepengajian dahulu. Tiada ruginya kita berhabis sejam dua dalam sebulan atau seminggu untuk duduk berbincang masalah agama atau apa jua isu, supaya tidak terus hanyut dengan tipudaya musuh islam.

بارك الله لي ولكم في الكتاب والسنة، ونفعني وإياكم بالآيات والحكمة. أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولجميع المسلمين والمسلمات إنه هو الغفور الرحيم.

KHUTBAH KEDUA

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، و لله الحمد،

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له. و أشهد أن محمد عبده ورسوله.

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاة. أما بعد.

فياعباد الله، أوصيكم و أياكم بتقوى الله فقد فاز المتقون. و تزودوا فإن خير الزاد التقوى.

,Muslimin dan muslimat  sekalian

Marilah pada hari raya ini kita merasakan besarnya nikmat iman dan islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah Taala. Hanya kematian di dalam iman dan islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firmanNya:

يَا أَيُّهَا الذين آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ، وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَ أَنتُم مُسلِمُونَ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan mati di dalam keadaan beragama islam.
[Ali Imran:102]

Seterusnya marilah kita merenung kembali beberapa adab yang dianjurkan oleh islam dalam menyambut perayaan terbesar ini.

Seperti juga Aidilfitri, disunatkan juga pada AidilAdha ini untuk kita mandi sebelum mengerjakan solat hari raya, berwangi-wangian dan mengenakan pakaian yang paling baik yang kita miliki. Selain dari itu, disunatkan kita menyegerakan solat hari raya bagi mengerjakan ibadah korban pula.

Kita juga disunatkan untuk bertakbir selepas solat, bermula tenggelamnya matahari 9 Zulhijjah, sehinggalah tenggelam matahari pada 13 Zulhijjah. Ibadah korban juga boleh dilewatkan sehingga hari tasyrik yang ketiga.

Nabi Allah Muhammad berpesan didalam hadisnya yang berbunyi:

: إن الله كتب الإحسان على كل شيء ، فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة ، وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة ، وليحد أحدكم شفرته ، وليرح ذبيحته

Sesungguhnya Allah menetapkan keelokan pada setiap sesuatu. Maka jika kamu membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang elok. Dan apabila kamu menyembelih, maka sembelihlah dengan elok, dan tajamkanlah alat sembelihannya, dan tenangkanlah binatang sembelihannya. [HR Muslim]

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Pada hari ini juga kita seharusnya tidak lupa mengenangkan nasib umat islam sedunia terutamanya di negara-negara yang dihantui dengan konflik agenda barat. Alhamdulillah, banyak badan-badan kebajikan yang menganjurkan ibadah korban di negara-negara malang ini termasuk kepada pelarian Sudan, penduduk Mindanao, Kemboja, pelarian Syria dan yang terbaru buat pejuang-pejuang Mesir. Inilah peluang untuk kita menghulurkan bantuan semampu yang mungkin sebagai bekalan untuk dijawab dihadapan Allah SWT nanti.

Sabda Rasulullah SAW.
لَا يُؤمِنُ أَحَدُكُم حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Tidak beriman seseorang itu sehinggalah mereka mengasihi saudaranya seperti mereka mengasihi diri sendiri.

Muslimin dan muslimat sekalian!

Pada hari yang mulia dan penuh barakah ini juga, marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyampaikan islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada baginda dirakamkan melaui selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah di dalam al-quran:

إنَّ اللهَ ومَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَبِيِّ، يَا أَيُّهَا الذِينَ آمَنُوا صَلُّو عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam keatasnNya dengan 
sesungguhnya.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد.

اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم و الأموات. ربنا اغفرلنا ذنوبنا وذنوب والدينا ورحمهم كما ربونا صغيرا. ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقون بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم.

اللهم أعز الإسلام و المسلمين، وأذل الشرك والمشركين، و النفاق والمنافقين و الظلم و الظالمين،

 اللهم إنا نجعلك في نحور أعدآئنا ونعوذ بك من شرورهم، اللهم رد كيدهم على نحورهم. اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم، و سلط عليهم كلبا من كلابك.

اللهم انصر إخواننا المجاهدبن و المستضعفين في فلسطين، وفي غزة، وفي العراق, وفي كشمير، وفي شيشان، وفي جنوب تايلند،وفي بورما، وفي سوريا  و في مصر وفي كل مكان. اللهم قو عزائمهم، واجمع كلمتهم، وثبت أقدامهم، وانصرهم على أعدآئهم.

اللهم آت أنفسنا تقواها،وزكيها أنت خير من زكاها، أنت وليها ومولاها. اللهم أرنا الحق حقا ورزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا ورزقنا اجتنابه. اللهم أصلح  سلطاننا، وأئمتنا وولاة أمورنا،واجعل ولايتنا في من خافك واتقاك يا رب العالمين.

ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا و ترحمنا لنكونن من الخاسرين. ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما، ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله و صحبه وسلم، والحمدلله رب العالمين.

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد 

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....