Friday, March 1, 2013

ADAB BERSAMA GURU (أداب مع المعلم)


Guru adalah insan yang paling layak dihormati dan dimuliakan selepas kedua ibu bapa. Ini kerana, merekalah orang yang memberikan ilmu kepada kita dengan tidak mengenal erti penat dan jemu. Meskipun pelbagai dugaan yang datang, mereka tetap mencurahkan ilmu tanpa meminta balasan sedikitpun.

Allah S.W.T telah meninggikan peranan seorang guru dengan menyebut dalam firman-Nya :

yÎgx© ª!$# ¼çm¯Rr& Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd èps3Í´¯»n=yJø9$#ur (#qä9'ré&ur ÉOù=Ïèø9$#    [ال عمران:18]
  Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya Dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) Dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta ahli ilmu.

Rasulullah SAW bersabda :

فضل العالم على العابد كفضلي على أدناكم  ثم قال رسول الله : إن الله وملإكته وأهل السماوات والأرضين حتى النملة في حجرها وحتى الحوت ليصلون على المعلم الناس الخير    [رواه الترمذي]
 “Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi : Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”

DI ANTARA ADAB-ADAB MENGHORMATI GURU

1.       Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka.
2.       Masuk ke kelas sebelum guru datang dan berdiri apabila guru masuk ke kelas.
3.       Meninggalkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah.
4.       Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar dan tidak melakukan kerja lain seperti menconteng, membaca buku lain dan sebagainya
5.       Berusaha menyiapkan semua tugasan yang diberikan pada waktu yang ditetapkan.
6.       Tidak berbual ketika guru sedang mengajar.
7.       Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
8.       Mengucap salam setiap kali bertemu guru
9.       Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru
10.   Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru.
11.   Meminta izin sebelum melakukan setiap perkara seperti ke tandas, bertanya soalan atau hendak minum.
12.   Menghargai ilmu yang diberi oleh guru.
13.   Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
14.   Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.
15.   Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit.
16.   Tidak memusuhi guru.

KESAN TIDAK MENGHORMATI GURU KEPADA DIRI DAN ILMU

1.       Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah
2.       Tidak bermoral dan rendah budi pekerti
3.       Susah mengingati dan mengikuti ajaran guru
4.       Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur nagatif.
5.       Ilmu yang dipelajari tidak akan memberi manfaat kepadanya
6.       Sukar mengikis sifat mazmumah dalam diri
7.       Sukar menjawab soalan peperiksaan.
8.       Tidak terasa bertambah ilmu malah semakin berkurang.
9.       Menanggung dosa sekiranya guru terasa hati dengan sikap kita dan sukar untuk memaafkannya.
10.   Tidak mudah untuk berjaya.

Didalam kitab Ihya’ Ulumuddin yang ditulis oleh Imam Ghazali ada menyebut : "Adalah penting bagi seorang pelajar untuk menyerahkan dirinya ke tangan gurunya seolah-olah seorang pesakit yang menuruti arahan  doktor yang merawatnya."

Bahkan Saidina Ali pernah berkata : "Aku adalah hamba kepada orang yang telah mengajarkan aku walaupun satu huruf. Jika dia mahu, dia boleh menjual atau menjadikanku sebagai hambanya."

Pernah diceritakan juga bahawa Imam Syafie sangat menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajarnya, masuk seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu.

Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut. Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie. Padahal as-Syafie hanya belajar daripadanya cara membezakan anjing yang cukup umur dan tidak.

Pepatah arab ada menyebut:
لَوْ لَا مُرَبِّي مَا عَرَفْتُ رَبِّي
Tanpa pendidikku, nescaya takkan ke kenal tuhanku

Rujukan
- Ihya' Ulumuddin: Adab pelajar dan pengajar; Imam ghazali
- Aujazul Masalik, Syarah Al-muatta' Imam Malik; Syeikh Zakariyya al-Kandahawi

4 comments:

Guane gamok? komen skit....