Saturday, August 3, 2013

FATHUL MAKKAH MENJELANG MUKTAMAR

Peristiwa penting berlaku pada bulan Ramadhan di era pengsyariatan adalah Pembukaan kota Mekah. Ia adalah bukti kemenangan yang dijanjikan Allah sekian lama buat pejuangnya. Ia adalah hasil kepintaran Rasulullah dalam berpolitik sehingga mampu masuk ke pusat pentadbiran dunia arab itu tanpa sebarang pertumpahan darah.

Kisahnya bertitik tolak dari mimpi benar nabi bahaw beliau memasuki kota Mekah, lalu dipersiapkan rombongan muslimin seramai 1500 orang untuk menunaikan umrah, namun Allah SWT menggantikan perancangan mereka dengan termeteraikan perjanjian Muslimin-Quraisy yang disebut sedabai Sulhul Hadaibiyah.

Walaupun perjanjian tersebut berat sebelah di perkiraan manusia, namun berkat adab berjemaah yang dipatuhi muslimin, Allah mengurniakan kemenangan pada islam dua tahun selepasnya. Dengan kemenangan itu, semua bangsa mengakui kehebatan orang islam dan tidak berani main-main dengan islam.

Fathul Makkah banyak mengajar kita tentang strategi dan disiplin untuk mencapai kemenangan. Antara yang dapat digariskan adalah:

1-      Sentiasa patuh akan keputusan pucuk pimpinan walaupun tidak bersetuju.
2-      Sentiasa yakin akan janji Allah untuk memenangkan islam.
3-      Berpolitik sebagai medium memartabatkan islam adalah suatu jalan yang tidak boleh diabaikan.
4-      Tidak melanggari syariat islam dalam setiap gerak kerja.
5-      Menampilkan kemegahan islam, agar musuh gerun dan tidak melawan seperti cara Rasulullah menampakkan kekuatan islam dihadapan pimpinan Quraisy, Abu Sufyan bin Harb.
6-      Oranisasi islam perlu dipimpin oleh yang celik Quran dan sumber hukum yang lain supaya tidak lari dari prinsip gerakerja islam.
7-      Organisasi juga disusun dengan teratur memanfaatkan kepakaran setiap bidang dengan pembahagian tugas yang menyeluruh.
8-      Menjaga kerahsiaan strategi dan keputusan dari tersebar.
9-      Cara memperbetul kesalahan ahli jemaah yang baik; seperti kisah Hatib bin Abi Baltaah.
10-   Harus untuk bekerjasama dengan kuffar selagi menguntungkan islam, tanpa meletakkan wala` sesama mereka.



Apabila kemenangan telah tercapai, dua perkara awal yang nabi SAW lakukan perlu diberi keutamaan.
1-      Sujud mengsyukuri anugerah itu. Tawaduk dan tidak mendabik dada mengakui kemenangan adalah kerana usaha dan strategi sendiri. Kembalikan semua pujian kepada Allah SWT.
2-      Hapuskan semua saki baki ajaran Jahiliyyah, bukan menghukum pesalah dahulu. Berusaha merubah dasar sebelum ke peringkat perlaksanaan.

(Rujukan; Fiqh Sirah Nabawiyah; Dr Muaffaq Salim Nuri)


ZAKAT DAN ANDA

Dalam kita asyik menunaikan rukun islam ketiga iaitu berpuasa Ramadhan, ada satu lagi rukun yang juga sinonim dengan Ramadhan iaitu zakat.

Tahun ini tahun kedua saya menjadi pembayar zakat. Jika pada tahun lepas tanggungannya adlaah 2 orang, tahun ini bertambah seorang lagi.



Zakat adalah suatu kewajipan yang digalas oleh golongan berharta, untuk diagih kepada asnaf yang berhak. Ini adalah satu bentuk penyeimbangan ekonomi yang diatur oleh Allah SWT supaya dapat meningkatkan taraf hidup golongan bawahan, dan agar harta tidak hanya berlegar dikalangan orang berada sahaja.

Zakat adalah sistem percukaian cara islam. Ia mendahului sistem percukaian manusia dari sudut pengamalan mahupun kerelevanan. Kerana cukai bawaan kapitalis tidak membantu bahkan menyusahkan golongan susah, sedangkan zakat tidak diambil dari si miskin, bahkan diagihkan pula.

Saya percaya jika zakat mampu diurus sebaiknya oleh Majlis agama, tidak akan ada golongan merempat dan gelandangan di Malaysia ini, melihatkan kepada hasil bumi dan pendatapatan KDNK tahunan negara. Bahkan akan berlaku pula lebihan yang boleh disalurkan kepada negara lain yang berdekatan.

Tapi malangnya institusi tersebut tidak berjalan seperti yang diharap. Kontroversi dan penyelewengan selalu kedengaran. Pasti ada berita amil yang tidak menyerah wang kutipan zakat, harta zakat diguna pada bukan asnaf, dan hari ini kita mendengar isu tiada agihan zakat untuk fakir dan miskin.

Dengan kutipan semakin meningkat dari tahun ke tahun sehingga mencecah puluhan juta setahun bagi sesebuah negeri (itupun bukan semua yang bayar), mengapakah masih wujud miskin tegar dan homeless?

Akhir kata, Zakat dan sedekah adalah satu bentuk penyucian harta pencarian kita yang sentiasa bercamour baur anatar halal dan haram. Berzakatlah kerana mereka yang tidak berzakat akan memakan harta haram dalam simpanan mereka sendiri kerana padanya ada hak orang lain yang tidak diberikan. Sebab itulah Umar al-Khattab RA pernah tidak memotong tangan mereka yang sabit mencuri di zaman pemerintahannya, kerana mungkin harta yang dicuri adalah memang milik pencuri miskin itu, yang tidak ditunaikan haknya oleh si kaya kedekut.


Tanpa zakat, masyarakat akan porak peranda dan islam tidak mampu bersaing dengan ummah lain. Maka tidak hairanlah Saidina Abu Bakar RA memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat, sperti diperangi golongan murtad walau mereka masih mengamalkan sembahyang, puasa dan ibadat lain.

25 RAMADHAN/ 2 OGOS/ SURAU ALMUSTAQIM KG BANGGOL PAUH

(Baca sini untuk kupasan lebih lanjut tentang zakat)

Thursday, August 1, 2013

KHUTBAH HARI RAYA AIDIL FITRI 2013/ 1434 H “MANIFESTASI PUASA MEMBENTUK SENSITIVITI AGAMA ”


YANG PERTAMA

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرا، و الحمد الله كثيرا.
الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام، وفضلنا على كثير من الأمم.
فنحن قوم أعزنا بالإسلام، فإذا ابتغينا الإسلام بغيره أذلنا الله
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، البدر الدجى و السراج المنير.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد، الرحمة المهداة، قائد الدعاة ةالمجاهدين، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه ألى يوم القيامة. أما بعد.
فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، فتزوده، فإن خير الزاد التقوى.

Wahai hamba-hamba Allah yang dirahamati sekalian! Saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri, supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya diiringi rasa takut kepada Allah di mana jua kita berada.

Muslimin dan muslimat sekalian!

Setinggi tahniah dari mimbar ini kepada semua, atas kejayaan mengharungi Ramadhan selama sebulan. Semoga segala hikmah

16 KHASIAT SEDEKAH



1.MEMADAMKAN KEMURKAAN ALLAH

Sabda Rasulullah SAW:

إن الصدقة سر تطفئ غضب الرب تبارك وتعالى
Sesungguhnya sedekah itu adalah satu rahsia yang memadamkan kemurkaan tuhan yang Maha Mulia
[HR Tabrani]

2.MENGHAPUSKAN DOSA DAN KESALAHAN

Sabda Rasulullah SAW:

والصدقة تطفئ الخطيئة كما تطفئ الماء النار
Dan sedekah itu memadamkan kesalahan sebagaimana air yang memadamkan api
[HR Tirmizi]

3.PERISAI DARI API NERAKA


Sabda Rasulullah SAW

فاتقوا النار، ولو بشق تمرة
Takutlah kepada api neraka, walau hanya dengan sebelah buah tamar
[HR Bukhari dan Muslim]

4.BERADA DI BAWAH NAUNGAN DI PADANG MAHSYAR KELAK

Sabda Rasulullah SAW:

السبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله: { رجل تصدق بصدقة فأخفاها، حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه }
7 Golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari tiada naungan selain dari nanganNya…. (antaranya):
 Lelaki yang bersedekah dalam keadaan sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diderma tangan kanan.
[HR Nasaie]

5.PENAWAR PENYAKIT
Sabda Rasulullah SAW:

داووا مرضاكم بالصدقة
Ubati penyakitmu dengan bersedekah
[HR Abu Daud, Tabrani dan Baihaqi]

6.PELEMBUT HATI

Sabda Rasulullah SAW:

إذا إردت تليين قلبك فأطعم المسكين، وامسح على رأس اليتيم
Jika kamu mahu melembutkan hatimu maka berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepada anak yatim.
[HR Ahmad]

7.MALAIKAT SENTIASA MENDOAKAN KITA

Sabda Rasulullah SAW:

ما من يوم يصبح العباد فيه إلا ملكان ينزلان فيقول أحدهما: اللهم أعط منفقاً خلفاً، ويقول الآخر: اللهم أعط ممسكاً تلفا
Tidak akan datang waktu pagi kecuali padanya turun dua malaikat, salah satunya berkata: Ya Allah, berilah ganti pada yang menderma itu. Seorang lagi berkata: Ya Allah berilah kebinasaan pada yang kedekut.
[HR Bukhari dan Muslim]

8.DIGANDA PAHALA DAN GANJARAN

Firman Allah SWT:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ
Bandingan orang yang menginfakkan harta mereka ke jalan Allah adalah seperti mereka yang menanam satu biji benih, daripada satu biji itu tumbuh 7 tangkai, daripada setiap tangkai tumpuh pula 100 biji, dan allah akan menggandakan bagi sesiapa saja yang dikehendakinya.
[al-Baqarah:261]

13. PELABURAN UNTUK MENGGANDA HARTA

Firman Allah SWT:

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً
Barang siapa yang meminjamkan hartanya kepada Allah dengan pinjaman yang baik nescaya akan diganda baginya dengan gandaan yang banyak
[al-Baqarah: 245]

12.PENERANG HATI

مثل البخيل والمنفق كمثل رجلين عليهما جبتان من حديد من ثدييهما إلى تراقيهما فأما المنفق فلا ينفق إلا اتسعت أو فرت على جلده حتى يخفى أثره، وأما البخيل فلا يريد أن ينفق شيئاً إلا لزقت كل حلقة مكانها فهو يوسعها ولا تتسع

Rasulullah menggambarkan bandingan orang yang kedekut dan dermawan adalah seperti dua orang yang memakai pakaian besi dari dada ke bawah. Yang menderma akan meluaskan baju tersebut sehingga padan tanpa sakit atau kesan. Yang kedekut akan merasa sempit baju itu walaupun dia cuba meluaskannya.
[HR Bukhari dan Muslim]

13.BUKTI KEIMANAN

Sabda Rasululllah SAW

والصدقة برهان
Dan sedekah adalah bukti
[HR Muslim]

14.PENYUCI HARTA

Firman Allah SWT:

خذ من أموالهم صدقة تطهرهم وتزكيهم بها
Ambillah daripada harta mereka itu sedekah, supaya dapat menyucikan dan membersihkan harta dengannya.
[Sod : 575]

15.MENAMBAH KASIH SAYANG

Sabda Rasulullah SAW:

تهادوا تحابوا
Saling bertukar hadiahlah kamu, nescaya kamu akan saling mengasihi
[HR Bukhari]

16.MENINGGIKAN DARJAT

Firman Allah SWT:

لن تنالوا البر حتى تنفقوامما تحبون
Tidak akan sampai seseorang ke darjat kebaikan sehinggalah dia menginfakkan apa yang disayanginya.

[Ali Imran:92]

(Dari kitab Sahih Targhib - Syeikh Nasiruddin Albani)

24 RAMADHAN/1 OGOS 2013/ SURAU ALMUTTAQIM PEKAN AJIL

Wednesday, July 31, 2013

KERANA MULUT BADAN BINASA


Daripada Muaz bin Jabal Radhiallahu anhu (dalam sebuah hadith yang panjang) ...Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda:
''Sukakah engkau hai Muaz! aku khabarkan tentang asas perkara ini (asas agama Islam) dan tiang-tiangnya serta puncaknya? Lalu Muaz menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Beliau SAW kemudian bersabda: ''Asas perkara ini adalah Islam, dan tiang-tiangnya adalah sembahyang dan puncaknya adalah jihad''.

Kemudian Baginda SAW bersabda pula:
''Sukakah aku khabarkan kepada engkau punca bagi yang demikian itu semuanya?''. Aku menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Lalu Beliau SAW memegang lidahnya sambil bersabda: ''Peliharalah ini baik-baik''. Aku bertanya: ''Ya Rasulallah! Apakah kami akan diseksa dari sebab lidah kami?'' Lalu Nabi SAW menjawab: ''Ibu engkau kehilangan engkau, bukankah ramai nantinya orang yang akan disungkurkan (dicampakkan) ke dalam neraka adalah berpunca dari mulut mereka sendiri''.
[ HR Tirmizi]
  
Lidah merupakan anugerah Allah SWT yang besar kepada manusia. Ia walaupun kecil tetapi

Tuesday, July 30, 2013

LAILATUL QADR

Nabi SAW jika datangnya 10 malam terakhir, dia akan mengikat kainnya (menjauhi isterinya dari tempat tidur), menghidupkan malamnya, dan mengejutkan ahli keluarganya,

Itu semua gara-gara meneka malam lailatul qadr. Tidak dinafikan nabi adalah hamba yang paling berkualiti amalannya. Namun dia tidak pernah melepaskan peluang mencari malam agung itu.

Satu malam bersamaan 83 tahun ibadat non-stop! Kita hidup di dunia pun belum tentu sampai 70 tahun. Jika sampai pun, bukannya kita beribadat sejak dari lahir. Mungkin ada yang baru kembali ke pangkal jalan pada usia 40an.

Hebatnya Lailatul Qadr! Dua rakaat pada malam itu mungkin dapat menampung segala dosa dan maksiat yang pernah kita lakukan seumur hidup.

Lalu mengapakah tuhan sembunyikan malam itu dari kita?

TIGA PEMBINASA: RIYA’

 Riya` merupakan salah satu antara dosa hati yang membinasakan dalam diam mengikut hadis:

Tiga perkara yang membinasakan;
1.       Kedekut yang ditaati (Hasad)
2.       Hawa nafsu yang dituruti (Riya`)
3.       Bangga seseorang terhdapa dirinya.(Ujub)

Riya` secara umumnya bermaksud segala amal kebaikan yang dilakukan, bertujuan selain dari kepada Allah SWT. Ia termasuklah melakukannya untuk mendapat gelaran manusia, memikat hati, bodek, jawatan, habuan dunia dan sebagainya.

Riya’ juga dikenali dengan syirik kecil menurut hadis nabi SAW.



Persamaan syirik dan dan riya’ adalah kerana meletakkan martabat Allah sama dengan makhluk. Jika syirik kita mempercayai ada kuasa selain Allah yang boleh menentukan kejayaan kita di dunia, mengurnia rezeki atau memudaratkan kita selainNya, riya’ pula

Saturday, July 27, 2013

MESIR DAN SEDEKAH

Bagi mereka yang celik isu semasa, pasti tahu apa yang berlaku hari ini di timur tengah. Dan bagi yang mengkaji hadis nabi, pasti mengimani kebenaran sabdanya bahawa umat nabi SAW akhir zaman ini akan dihurung musuh sebagaimana hurungan pemangsa terhadap makanannya dalam hadis yang berbunyi:

يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها
[HR Abu Daud dll.]

Hakikatnya mesir hari ini bukan hanya berhadapan dengan rakus junta tentera pimpinan al-Sisi, lebih dari itu mereka menghadapi gabungan kuasa besar kuffar dan munafiqin yang campur tangan dalam mempertahankan kerajaan haram itu. Saudi, UAE, Kuwait, Israel bahkan Amerika sendiri menjadi pemain utama di balik tabir kepada boneka tentera Mesir. Mereka menyuntik dana yang cukup besar sehingga 40 bilion bagi mendokongi agenda tentera Mesir meleraikan tumbukan ekspresi rakyat.

Benar jugalah apa yang Allah firmankan bahawa:

والذين كفروا بعضهم أولياء بعض
Dan orang-orang yang ingkar terhadap ajaran islam itu saling bertolong-menolong.
[al-Anfal:74]

Walaupun anutan mereka berbeza, tetapi bila menghadapi islam, mereka bersatu. Musuh islam keliling pinggang sebagaimana digambarkan nabi.

Lalu apa tindakan kita? Hanya termangu menghitung nasib? Peristiwa mesir bukan sebuah filem.Ia adalah satu episod daripada sequel panjang perjuangan islam dunia. Episod seterusnya bakal kita lihat di tempat-tempat lain, dan semestinya negara kita

Friday, July 26, 2013

PERIHAL BERBUKA

Sabda Rasulullah SAW:

للصائم فرحتان يفرحهما: إذا أفطر فرح، وإذا لقي ربه فرح بصومه
“Bagi orang berpuasa itu dua kegembiraan. Gembira bila tiba waktu berbuka, dan gembira bila bertemu tuhannya.”
[HR Bukhari & Muslim]

Ada ulama` menterjemah gembira pertama itu dengan kegembiraan di hari raya. Namun kedua-dua maksud itu menggambar kegembiraan sebenar mereka yang berpuasa.

Tanpa puasa kita mungkin lupa banyak nikmat dan rezeki yang Allah SWT kurniakan saban hari pada kita. Langsung tidak gembira bila berada di hadapan rezeki di bulan lainnya.

Seseorang akan melihat sebelah mata bila keretanya yang diparkir di hadapan rumah masih ada di situ setiap hari. Cuba bayangkan bagaimana perasaan mereka apabila suatu mereka keluar rumah, dan mendapati kereta itu tidak ada?

Masa itulah baru mereka menyesal, susah hati dan mula mengenangkan betapa besarnya jasa saat kereta itu masih wujud. Baru tahu nak bersyukur?

Tiba-tiba selepas maghrib, kereta itu dijumpai semula setelah ditinggalkan pencuri. Saat itulah barulah kita gembira yang teramat dengan kereta itu, dan mula berjanji pada diri untuk sentiasa mengawasinya. Eh, kenapa

ADA APA DENGAN AL-QURAN?

Pasti ramai sudah berbicara mahupun menulis tentang Nuzulul Quran. Tulisan ini bukan menambah semak, cuma membawa perkongsian yang ada di dada.

Al-Quran adalah peta bagi mereka yang tidak pernah menuju ke suatu destinasi yang dipanggil akhirat. Pemandu arahnya yang pernah melihat hari akhirat hanya seorang, iaitu Nabi Muhammad SAW. Amatlah siapa yang menjadikan al-Quran hanya sebagai bacaan bertajwid semata-mata, tanpa ambil iktibar darinya.

Nabi sudah tiada. Tapi ditinggalkan bagi kita sebuah peta lengkap menuju syurga. Kita tidak akan sesat sekali-kali.

Persoalannya adakah kita tahu membaca