Friday, February 14, 2014

PERBALAHAN SYIAH-SUNNI RACUN YAHUDI (KHUTBAH JUMAAT MASJID BUKIT GASING 14/2/14)

Khutbah Pertama
  
الحمد لله الذي لم يتخذ ولدا ولم يكن له شريك في الملك ولم يكم له ولي من الذل وكبره تكبيرا

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له. له الأسماء الحسنى والصفات العلى

وأشهد أن محمدا عبده ورسوله الرحمة المهداة والسراج المنير

اللهم صل وسلم وبارك على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا وإمامنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهديه إلى يوم الدين

أما بعد

فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، وتزودوا، فإن خير الزاد التقوى.

Wahai hamba-hamba Allah sekalian, saya berpesan pada diri saya sendiri dan kepada sidang jemaah sekalian agar bertaqwa kepada Allah dengan erti kata sebenarnya, iaitu mentaati segala perintah serta menjauhi laranganNya. Kejayaan hanyalah untuk mereka yang beriman.

Allah SWt telah berfirman di dalam kitabNya:

(وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ)

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha terhadapmu sehingga engkau menurut ajaran mereka. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

[Al-Baqarah:120]

Sidang jumaat sekalian

Al-Quran adalah himpunan kata-kata Allah, yang diturunkan kepada rasulNya yang dipilih dikalangan manusia, bertujuan untuk memandu manusia memilih cara hidup terbaik untuk berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.



Nabi-nabi adalah pemimpin umat zaman berzaman semenjak keberadaan manusia di dunia. Selepas berakhirnya riwayat hidup Nabi Muhammad SAW, tugas para nabi digalas oleh para alim ulama. Sabda Rasulullah SAW:


 إن العلماء ورثة الأنبياء وإن الأنبياء لم يورِّثوا دينارًا ولا درهمًا، إنَّما ورَّثوا العلم، فمن أخذَه أخذ بحظٍّ وافر". 

Sesungguhnya ulama' adalah pewaris para nabi. Dan para nabi tidak mewariskan harta mahupun wang ringgit, tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa yang menerimanya, makan dia telah mengambil satu bahagian yang bernilai.
[HR Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah]

Justeru itu para nabi dan ulama selepasnya sentiasa mendatangkan kebenaran yang diperintahkan oleh Allah, terutamanya mengenai apa yang disebut oleh Al-Quranul Karim.

Al-Quran bukan sekadar cerita mengenai umat zaman dahulu, bukan jua sekadar pesanan untuk kaum arab, dan bukan jua sekadar berita tentang hari akhirat, apatah lagi sekadar perhiasan di dinding rumah atau sebagai hantaran perkahwinan semata-mata. Ia sebenarnya adalah buku panduan untuk hidup sebagai seorang manusia.

Sidang jumaat sekalian!

Antara yang disebut oleh al-Quran adalah sebagaimana firman yang kita bacakan di awal tadi, bahawasanya ada suatu hakikat yang mesti kita fahami dalam hidup, iaitulah berkenaan dengan kaum yahudi dan nasrani. Dua golongan ini tidak akan sesekali membiarkan kita hidup tenang, selagi mereka tidak berjaya memesongkan kita dari islam, dan memaksa kita mengikut petunjuk mereka.

Hal ini patut disedari oleh semua umat islam, bukan hanya segelintir yang berkecimpung dalam bidang dakwah semata-mata.

Sebelum Rasulullah SAW dibangkitkan menjadi nabi lagi, golongan yang disebut sebagai ahli kitab ini telah menyimpan kesumat dendam terhadap umat islam. Peristiwa pertemuan Rasulullah dengan Rahib Buhaira di Syam menjadi bukti wujudnya hasad dikalangan mereka. Setelah disahkan bahawa anak yang dibawa oleh Abu Talib itu adalah Muhammad bin Abdullah, si rahib meminta mereka berdua pulang kembali ke Mekah, membatalkan perdagangan mereka, kerana bimbang sebahagian ahli kitab akan membunuhnya.

Perkara ini berlarutan sehingga ke zaman kenabian. Walau tidak dinafikan ada antara mereka yang benar-benar mengamalkan ajaran kitab suci sebelum al-Quran, tetapi lebih ramai yang telah terseleweng dan menganggap umat islam adalah ancaman terbesar mereka.

Selain dari yahudi yang tinggal di Madinah seperti bani Quraizah, bani Nadhir dan bani Qainuqa', Nabi SAW juga menghadapi ancaman dari Rom yang dipimpin oleh gereja nasrani. Siri-siri peperangan sentiasa berlaku dikalangan mereka seperti perang Mu'tah dan perang Tabuk.

Selepas kewafatan baginda, umat islam terus diganggu oleh mereka bahkan lebih dahsyat dari sebelum kewafatan nabi. Peristiwa pembunuhan khalifah Uthman bin Affan adalah suatu kejayaan besar buat dakyah yang dibawa tokoh yahudi bernama Abdullah bin Saba, yang menyucuk jarum daripada dalam dan mengapi-apikan persengketaan antara islam sehingga terbunuh khalifah itu ditangan orang islam sendiri.

Dizaman Umawiyah, golongan Yahudi berterusan merosakkan umat islam. Mereka mewujudkan ajaran Batiniah, menaja kumpula-kumplan Syiah, Qadiani dan sebagainya untuk memecahbelahkan umat islam.

Begitu juga Nasrani, tentera salib berterusan memerangi islam zaman berzaman. Sudah berapa kali Palestin bertukar tangan daripada islam kepada musuh kerana turut direbut oleh musuh-musuh islam.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Kejatuhan khilafah Uthmaniah Turki adalah kemuncak perancangan jahat mereka. Kali ini golongan Yahudi dan Nasrani bersatu membentuk suatu pakatan sulit bernama Zionis. Pakatan tersebut melakukan kajian dan perancangan teliti begitu lama, untuk mencari jalan menghancurkan kuasa islam.

Setelah membuat suatu keputusan bahawa pertembungan secara fizikal seperti perang, tidak dapat menumbangkan islam, mereka mengatur strategi seterusnya, iaitu serangan pemikiran. Tujuannya untuk menjauhkan umat islam dari ajaran sebenarnya, dan melalaikan umat islam dari perjuangan menegakkan agama.

Ternyata strategi itu menemui kejayaan. Apabila umat islam jauh dari agama, dunia mula menjadi matlamat. Lalu pemerintah islam dibeli dengan kemewahan. Mereka sanggup menjual maruah, tanahair, anak bangsa bahkan agama sendiri demi habuan dunia.

Lalu jadilah apa yang telah terjadi. Sehingga ke hari ini, perkara tersebut masih berlarutan. Walaupun negara islam memiliki hasil mahsul yang pelbagai, ditambah dengan bilangan penganutnya yang semakin bertambah, tetapi selagi penguasa itu hanya memikirkan tentang projek untuk mengkayakan diri sendiri, selagi itulah perancangan kuffar ini tidak akan tergugat.

Pemerintah yang sudah tertipu dengan dunia ini, tanpa rasa bersalah membiarkan sahaja musuh membawa masuk cara hidup dan sistem yang bercanggah dengan islam, sistem yang tidak mengenal dosa pahala, tidak menjadikan syurga dan neraka sebagai matlamat.

Baik dalam bidang ekonomi, politik, hiburan, sosial, pendidikan, kesihatan,  kebudayaan , kesukanan mahupun keselamatan, semuanya mengikut petunjuk barat. Tiada lagi halal haram. Matlamat utamanya hanyalah untuk kesenangan dunia. Lebih malang lagi, kesenangan itu bukan untuk rakyat, tetapi untuk dua tiga orang pemerintah dan kroni sahaja.

Walaupun ada pejuang-pejuang yang sedar dan berusaha mengembalikan ajaran islam terhadap masyarakat, tetapi jika penguasa itu tidak bertukar pendirian atau bertukar orang, ia tetap tidak akan berubah.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Hari ini, angin perubahan mula bertiup dari Timur Tengah. Kebangkitan rakyat yang tidak berpuashati dengan pemerintah akhirnya berjaya merubah beberapa landskap politik di sana. Bermula dengan Tunisia, ke Libya, kemudian ke Mesir, Yaman dan sekarang ini melanda Syria. Itu membuktikan bahawa kezaliman tidak akan sesekali kekal.

Namun, musuh tradisi umat islam tetap tidak akan membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja. Mereka mengatur strategi baru untuk mengekang kebangkitan ini. Dengan bermodalkan material, mereka mencetuskan kacau bilau yang tiada sudah.

Objektif terbaru mereka ingin melakukan pemetaan baru terhadap Timur Tengah. Pemetaan berasaskan fahaman i'tiqad. Projeknya adalah mengapi-apikan permusuhan dalaman sepertimana yang dilakukan di zaman nabi dahulu. Kali ini atas dasar Sunni Syiah. Jika dulu kita melihat pertembungan ini hanya mencetuskan perang saudara, kali ini ia melebar ke tahap antarabangsa.

Sebahagian pelampau Syiah dibiayai untuk memerangi Sunni. Begitu juga kerajaan yang mendakwa Sunni, diugut dan diupah untuk terus berlawan dengan Syiah. Umat islam dipermainkan begitu sahaja. Baik Syiah atau Sunni sendiri, musuh nyata seperti Yahudi dan Nasrani yang disebut dalam al-Quran tidak lagi diperangi, bahkan dijadikan sahabat karib supaya membantu memerangi sesama islam sendiri.

Hadirin sekalian,

Umat islam berada dalam permainan catur mereka. Mereka yang tidak mahu memahami mainan politik jahat musuh bakal terperangkap tanpa disedari. Walaupun ada sesetengah pihak yang kita tidak setujui dan kita anggap sesat, tetapi cara kita menangani masalah tersebut kadang terlalu keras, sehingga tertutup ruang perdebatan yang diajar oleh Allah sebagaimana firmanNya:

(ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ)

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
 [ An-Nahl : 125]

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Umat islam perlu mencari jalan untuk bersatu menentang pencaturan musuh ini. Satu-satunya cara untuk mengelak dari terperangkap dalam mainan ini adalah seperti yang diajarkan oleh baginda SAW, ketika Huzaifah al-Yaman RA bertanyakan mengenai cara untuk terpelihara dari bahaya akhir zaman, Rasulullah menjawab dengan sabdanya:

تلزموا جماعة المسلمين وإمامهم
Sentiasalah bersama dengan jemaah islam dan pemimpin mereka.

Allah SWT meletakkan kepada jemaah yang menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan itu suatu cahaya. Dengan cahaya Allah itu, pimpinan jemaah akan tersuluh untuk melihat kebenaran dan penipuan, mengenal siapa sebenar kawan dan lawan.

Kerana itu nabi SAW menyebut orang yang selamat, ialah yang sentiasa bersama, bukan hanya menyokong, atau berdaftar menjadi ahli semata-mata, tetapi dengan maksud mentaati setiap arahan dan kerahan pemimpinnya samada suka ataupun tidak, selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah.

Firman Allah SWT:
  
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
[An-Nisa:174]

بارك الله لي ولكم في الكتاب والسنة، ونفعني وإياكم بالآيات والحكمة. أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولجميع المسلمين و المسلمات إنه هو الغفور الرحيم.
  
KHUTBAH KEDUA

الحمد لله الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا


أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له. و أشهد أن محمد عبده ورسوله. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاة. أما بعد.


فياعباد الله، أوصيكم و أياكم بتقوى الله فقد فاز المتقون. و تزودوا فإن خير الزاد التقوى.

Muslimin sekalian!


Marilah pada hari ini kita merasakan besarnya nikmat iman dan islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah Taala. hanya kematian di dalam iman dan islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firmannya:

يأيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته، ولا تموتن إلا و أنتم مسلمون

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan mati di dalam keadaan beragama islam.
[Ali Imran:102]

Seterusnya saya menyeru dihari yang penuh barakah ini, kita mengenang mereka yang tidak senasib dengan kita, terutama bagi mereka yang dilanda pergolakan seperti Syria, Palestin dan Burma. Mereka juga adalah saudara-saudara kita yang wajib diberi pertolongan semampu mungkin. Paling tidak pun adalah dengan senantiasa mengambil tahu khabaran mereka disana seterusnya mendoakan kemenangan yang Allah SWT janjikan kepada mereka.


Sabda Rasulullah SAW:

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه [رواه البخاري ومسلم]

Tidak beriman seeorang hamba itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertim dia kasih terhadap dirinya.
[HR Bukharo dan Muslim]

Muslimin dan sekalian!

Pada hari yang mulia dan penuh barakah ini marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyampaikan islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada baginda dirakamkan melaui selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah di dalam al-quran:

إن الله وملائكته يصلون على النبي، ياأيها الذين آمنوا صلو عليه وسلموا تسليما

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam keatasnNya dengan sesungguhnya.
[Al-Ahzab:56]


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا إبراهيم وعاى آل سيدنا إبراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد.

اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم و الأموات. ربنا اغفرلنا ذنوبنا وذنوب والدين ورحمهم كما ربونا صغيرا. ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم.

اللهم أعز الإسلام و المسلمين، وأذل الشرك والمشركين، و النفاق والمنافقين و الظلم و الظالمين، اللهم إنا نجعلك في نحور أعدآئنا ونعوذ بك من شرورهم، اللهم رد كيدهم على نحورهم. اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم، و سلط عليهم كلبا من كلابك.

اللهم انصر إخواننا المجاهدبن و المستضعفين في فلسطين، وفي غزة، وفي العراق, وفي كشمير، وفي شيشان، وفي جنوب تايلند،وفي بورما، وفي سوريا  وفي مصر و في كل مكان. اللهم قو عزائمهم، واجمع كلمتهم، وثبت أقدامهم، وانصرهم على أعدآئهم.

اللهم آت أنفسنا تقواها،وزكيها أنت خير من زكاها، أنت وليها ومولاها. اللهم أرنا الحق حقا ورزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا ورزقنا اجتنابه. اللهم أصلح  سلطاننا، وأئمتنا وولاة أمورنا،واجعل ولايتنا في من خافك واتقاك يا رب العالمين.

ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا و ترحمنا لنكونن من الخاسرين. ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما، ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله و صحبه وسلم، والحمدلله رب العالمين.

No comments:

Post a Comment

Guane gamok? komen skit....