Tuesday, October 30, 2012

MELAYU DAN PRU 13


“salam ce try jawab soklan ni dalam blog deme...
isu ketuanan melayu... <-------- font="font">Umno memainkan sentimen bahawa jika PR memerintah, hak orang melayu dan bumiputera akan tergadai"

Inilah mesej yang saya terima yang membawa saya menulis entri ini. Rasanya memang inilah antara persoalan yang membuahkan keraguan didalam benak anak-anak muda dan mereka yang inginkan perubahan. Mereka sedar akan kerajaan hari ini sudah terlalu bahaya untuk terus diberikan amanah. Namun adakah Pakatan Rakyat mampu menjamin kepentingan orang melayu dalam negara andai diberi mandat?

Saya cuba kongsikan apa yang termampu. Pertamanya saya terangkan siapa sebenarnya melayu Malaysia dari sudut sejarah, kemudian saya akan bahagikannya jawapan kepada tiga sudut pandangan. Pertamanya dari sisi agama, kedua dari sisi perundangan, dan ketiga, politik

SEJARAH MELAYU MALAYSIA

Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil dari percampuran di antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara.


Wednesday, October 24, 2012

KHUTBAH HARI RAYA AIDIL ADHA 1433H/2012M PENGORBANAN DEMI PERJUANGAN




YANG PERTAMA

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرا، و الحمد الله كثيرا.

الحمد لله الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملاوهو العزيز الغفور.

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، البدر الدجى و السراج المنير.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا وحبيبنا وشفيعناوقدوتنا وإمامنا محمد أشرف الأنبياء والمرسلين ، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه ألى يوم الدين. أما بعد.

فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، فتزوده، فإن خير الزاد التقوى.

Wahai hamba-hamba Allah sekalian, saya berpesan pada diri dan siding jemaah sekalian agar bertaqwa kepada Allah dengan erti kata sebenarnya, iaitu mentaati segala perintah serta menjauhi laranganNya. Kejayaan hanyalah untuk mereka yang beriman

Betapa beruntungnya kita menjadi orang islam, kerana berada dalam agama fitrah, agama yang meraikan tuntutan semula jadi manusia. Antara tuntutan-tuntutan tersebut adalah menyambut perayaan. Hari ini kita pula kita dianugerahi dengan satu lagi perayaan iaitu hari raya Qurban/Aidil Adha

Muslimin dan muslimat sekalian!

Sambutan AidilAdha ini disyariatkan Allah SWT bagi mengenang sejarah korban yang dilakukan oleh Khalilullah Nabi Ibrahim AS. Baginda berkorban apa saja demi mematuhi perintah Allah SWT:

Firman Allah SWT dalam surah as-Saffat:


فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِين
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ
وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيم
قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِين
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ
وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيم



102.  Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
103.  Tatkala keduanya Telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).
104.  Dan kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,
105.  Sesungguhnya kamu Telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
106.  Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
107.  Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

Bayangkanlah wahai saudaraku sekalian,

Saturday, October 13, 2012

JAWAPAN MUDAH PASAL ISU TAHALLUF DAN AMBIGA


Semalam kami berusrah, ada sahabat melontar masalah tentang satu isu iaitu tahlluf bersama DAP. Kebanyakan orang islam melayu yang sudah cenderung kepada PAS kerana mengakui kekejaman UMNO, sekali lagi keliru apabila PAS melakukan tahluf bersama DAP. Mereka sememangnya memerlukan penjelasan. Media Pro-Umno berjaya putar belit isu ini kononnya Pas sudah lari dari perjuangan. Pening juga para pengempen Pas bila berhadapan soalan-soalan ini dari orang kampung.

Mereka tidak mahu dengar jawapan dari Nas quran, hadith mahupun sirah. Itu tidak boleh meyakinkan mereka. Kerana mereka masih sangsi kuasa PAS dalam PR dalam membawa prinsip islam.

Saya cuba kongsi jawapan untuk kita hadapi soalan sebegini. Mudah-mudahan mampu membantu para pengempen untuk memenangi semula hati mereka yang terkeliru ini.

KEMENANGAN PAS BUKAN KEMENANGAN ISLAM




Maaf jika tajuk entri ini boleh menderaukan darah segelintir pembaca terutama pendokong tegar parti Pas. Saya bukanlah bermaksud Pas bukan sebuah parti islam tulen. Saya akui jua saya adalah ahli Pas, aktivis Pas, dan Pas telah banyak berjasa dalam membentuk acuan peribadi saya. Paslah yang menyedarkan saya bahawa saya ini manuisa.

Entri ini dinukil setelah terbaca suatu laporan muka depan akhbar sinar harian hari ini (10 Oktober 2012) mengenai kenyataan seorang pimpinan Pas. Tulisan ini bukan untuk menyerang mahupun mempertahan sesiapa. Saya cuma terpanggil untuk melontar buah perkongsian atas dasar nasihat menasihati dalam beragama.

Andai Ustaz Nasha membaca entri saya ini, ingin saya nyatakan bahawa sehinga hari ini, saya masih belum berganjak dari perasaan husnu zhon terhadap Ustaz. Malahan saya bangga punya saudara seperti Ustaz, sanggup mengenepikan cemuhan, kritikan liar, kebencian dan segala ancaman demi agama tercinta. Biar hina di dunia, asalkan masyhur di kalangan penduduk langit. Pengorbanan yang Ustaz curahkan tiada tolok bandingnya.


Mungkin juga ini adalah salah satu strategi murni untuk membersihkan Pas yang dilihat sedang dilanda krisis fikrah peringkat tertinggi. Saya sedar fahaman ala mu`tazilah yang sedang menular dalam Pas hari ini cukup bahaya untuk masa depan parti jua islam.

Berbalik pada tajuk di atas, ini bukan surat terbuka untuk Ustaz Nasha, bahkan suatu tulisan umum untuk semua ahli jemaah islam.

Thursday, August 16, 2012

KHUTBAH HARI RAYA AIDIL FITRI 2012/ 1433 H “ SIFAT TAQWA LAHIR DARI KECEMERLANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK”


(Khutbah ini diedit dari teks khutbah hari raya yang disediakan oleh Dewan Ulama` PAS Negeri Terengganu dengan mengalih tulisan kepada rumi disamping mengubah sedikit gaya bahasa, penambahan dalil-dalil Quran dan isu-isu semasa, serta meringkaskan beberapa bahgian tanpa menjejaskan fokus utama khutbah. Terima kasih buat isteri tercinta yang sudi menaipkan kembali teks khutbah ke tulisan rumi dengan penuh tekun dan ikhlas. Hanya Allah mampu mengganjar anugerah yang setimpalnya.)




KHUTBAH PERTAMA
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرا، و الحمد الله كثيرا.

الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام، وفضلنا على كثير من الأمم.

فنحن قوم أعزنا بالإسلام، فإذا ابتغينا الإسلام بغيره أذلنا الله

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، البدر الدجى و السراج المنير.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد، الرحمة المهداة، قائد الدعاة ةالمجاهدين، وعلى آله وصحبه ومن اتبع هداه ألى يوم القيامة. أما بعد.

فيا عباد الله أوصيكم وإياي بتقوى الله وطاعته، فتزوده، فإن خير الزاد التقوى.
Wahai hamba-hamba Allah yang dirahamati sekalian! Saya berpesan kepada kamu dan kepada diri saya sendiri, supaya bertaqwa kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya diiringi rasa takut kepada Allah di mana jua kita berada.

Muslimin dan muslimat sekalian!

Tuesday, August 14, 2012

SURAT TERBUKA KEPADA JAKIM BERHUBUNG ISU ZAKAT OKU



Pertamanya ucapan syukur kepada Ilahi dan terima kasih kepada yang berkenaan atas kesudian membaca surat ini sebagai sebuah pandangan dalam menentukan asnaf zakat kepada OKU. Suara ini ditulis hanyalah untuk menyahut tuntutan al-Quran supaya bertolong menolong dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan.

1.       Pertamanya tentang prinsip bantuan yang diberikan, saya melihat matlamatnya haruslah membantu tidak hanya sekadar untuk mencukupkan bekalan semasa sahaja, tetapi haruslah bantuan tersebut mampu untuk membuatkan mereka keluar dari senarai layak menerima zakat. Dengan kata lain, bantuan haruslah digandakan agar mereka boleh menjadikannya sebagai modal perniagaan, membeli asset penjana pendapatan, ataupun supaya mereka terasa sudah tidak tergolong lagi dari kalangan yang memerlukan bantuan kebajikan.

2.       Saya bersetuju dengan pandangan bahawa secara principal OKU memang layak untuk menerima bantuan, cuma untuk memasukkan mereka dibawah asnaf tertentu memerlukan perbincangan khusus supaya dapat didokumentasikan dan agar tidak berlaku masalah di kemudian hari.

Monday, August 13, 2012

MERAKYATKAN RAKYAT MELALUI ZAKAT

Tahun ini buat pertama kalinya saya akan membayar zakat fitrah untuk diri saya sendiri, juga untuk orang dibawah tanggungan saya iaitu isteri tercinta. Sehingga artikel ini ditulis, saya masih belum menunaikannya. Harap-harap sempat la saya kejar amil itu untuk selesaikan segera tanggungjawab ini.

Zakat, sepertimana juga puasa adalah antara rukun islam yang wajib ditunaikan. Barangsiapa mengingkarinya maka terlucutlah pangkat islam di dada secara automatik.

Zakat adalah bentuk cukai dalam islam. Tanggungjawab memungut cukai adalah terletak dibahu pemerintah dan kerajaan. Ianya berpaksikan Firman Allah SWT:

خذ من أموالهم صدقة تطهرهم وتزكيهم بها...[التوبة:84]

Apa yang ingin saya kongsikan adalah keindahan islam itu yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Dengan kewaijpan berzakat ini membuat saya lebih beriman bahawa agama islam ini cukup sempurna. Ia bukan sekadar membicarakan aspek kerohanian adat istiadat ritual ibadat semata-mata, malah turut merangkumi soal pentadbiran sesebuah negara. Bahkan mendahului perundangan ideologi lain dari sudut kesaksamaan.

Zakat secara umumnya akan dipungut dari orang kaya (harta simpanan melebihi jumlah yang ditetapkan) untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan mengikut asnaf yang ditetapkan. Semakin kaya seseorang itu, semakin besar jumlah zakat yang harus dibayar.

Islam tidak melarang seseorang itu mencari kekayaan material bahkan islam menggalakkan lagi berbisnes. Ianya sunnah Baginda SAW disamping mata pencarian yang paling tinggi menjana pendapatan. Namun disana terdapat etika dan disiplin dalam berbisnes, antaranya ialah berzakat. Ini yang membezakan dengan sistem manusia lain.

Sistem Kapitalis contohnya dengan slogan ‘government has no business to get in to the bussiness’, semua pemilikan sesebuah Negara itu diswastakan kepada individu dan mereka bebas mentadbir mengikut kemahuan tanpa batas. Maka berleluasalah sistem riba`, sistem piramid/ponzi, penipuan, rasuah, judi yang menindas golongan lain. Persaingan sihat tidak lagi berlaku dalam perniagaan malah bertukar kepada peperangan ekonomi.

Sistem Sosialis pula tidak membenarkan langsung rakyat mengaut keuntungan melebihi had yang ditetapkan. Jika tidak, semua lebihan tersebut akan menjadi milik kerajaan. Lahirlah pula golongan yang pasif dan tidak produktif dalam bisnes kerana mereka hanya bekerja sedangkan keuntungannya untuk kerajaan. Rejim pemerintah pula yang kaya raya hasil usaha keringat rakyat jelata.

Islam dengan sifat wasatiyyahnya berada di tengah-tengah. Sektor-sektor asas dikekalkan dibawah tanggungjawab pemerintah dan tidak dibisneskan seperti hartanah awam, air, petrol dan elektrik. Selain dari itu rakyat bebas membuka perniagaan dengan syarat etika yang ditetapkan itu dijaga.
Dengan kita giat berniaga sehingga mengaut keuntungan berganda, secara tidak langsung kita meningkatkan ekonomi umat islam melalui zakat. Kekayaan yang kita perolehi turut dikecapai golongan tidak berkemampuan.

Bagaimana pula untuk mengutip cukai daripada bukan islam? Itu tidak menjadi maslah. Islam kaya dengan sistem pentadbiran. Bukan islam akan dikenakan cukai yang dipanggil jizyah. Perkiraannya adalah mengikut peratus pendapatan.

Sedar atau tidak sebenarnya kita tertanggung dengan beban cukai yang terlalu banyak. Kerperluan asas pun tidak terkecuali. Kita ambil contoh gula. Harga sebenar tanpa cukai RM1.50, tapi kerajaan menjual kepada peraih RM1.80, dengan 0.30 cukai tak langsung. Daripada peraih ke pemborong, kepada peruncit sehinggalah sampai ke tangan kita, harganya menjadi RM2.30! Secara tidak langsung cukai sebanyak RM0.30 ditanggung oleh pengguna.

Angka ini mungkin tidak tepat, Cuma sekadar memberi gambaran keadaan.

Yakinlah saya dengan mengerti peranan zakat ini bahawa tawaran Negara Berkebajikan sebenarnya mampu membawa semula nama Malaysia di persada dunia dengan memperkenalkan sistem islam seperti yang dibahaskan tadi. Tidak usah khuatir kepada non muslim yang tdak mahu mengamalkan sistem islam di Malaysia kerana itu mungkin melanggar kepercayaan agama mereka, dan kita harus menghormatinya. Cuma yang menjadi masalah bila kita sendiri teragak-agak untuk mempercayai keupayaan sistem islam mendepani modenasasi. Lagi besar masalah bagi mereka yang islam, lagi berkuasa namun tetap menolak sistem islam.

Tak perlu ciplak sistem orang lain mentadbir negara. Lupakah kita nenek moyang kita pernah mentadbir keseluruhan dunia. Era muhammadi sahaja punya tiga dinasti agung seperti Umawiyyah, Abasiyyah dan Uthmaniyyah. Era sebelumnya juga lebih hebat! Kita ada Iskandar Zulkarnain yang kekuasaannya bermula dari ufuk terbitnya matahari sehinggalah ke ufuk terbenamnya ke dasar dunia. Kita juga ada Nabi Sulaiman yang memerintah seluruh makhluk tuhan termasuk jin, syaitan dan binatang. Islam lebih sarat dengan pengalaman berbanding barat, tinggal kita sahaja yang lupa daratan sehingga bahasa sendiri pun dianak tirikan.

Bagi saya, soal kenapa non muslim menolak islam bukan kerana diskriminasi ajaran islam terhadap penganut agama lain. Soal tidak memahami agama islam juga mungkin benar, tapi mungkin dikalangan golongan pertengahan dan bawahan sahaja. Sebagai kalangan yang celik maklumat dan peka sekeliling, golongan atasan dan pemimpin mereka sepatutnya sudah mempunyai asas tentang agama islam. Cuma mereka tersekat dari memahaminya secara jelas kerana prinsip islam berbeza dengan pengamalannya. Rakan-rakan sepangkat mereka dari kalangan muslim tidak beramal dengan ajaran mereka sendiri. Freehair, tonggang arak, langgan pelacur, menipu, rasuah, riba serta banyak lagi dosa yang dilakukan membentuk persepsi meragukan dalam kotak pemikiran non muslim. Lebih memarahkan lagi persepsi mereka terhadadap islam apabila institusi yang bertanggungjawab untuk menjaga agama turut diseleweng penganutnya sendiri seperti lembaga zakat, tabung haji dan yayasan-yayasan lain.

Jika perkara ini dapat diatasi, samada dengan pemerintah muslim mengubah akhlak mereka atau muslim lain mengubah individu yang memerintah, saya yakin bukan islam bukan sahaja boleh menerima, bahkan terpesona dengan islam lalu menjadi saudara baru kita. Ini kerana non muslim di negara kita tidak berfikiran seperti melayu, mereka tiada istilah perkauman sempit ataupun sifat ekstremis agama. Mereka berfikiran terbuka berlandaskan pengetahuan dan kebaikan hidup secara keseluruhannya. Apa-apa yang menguntungkan kehidupan mereka, pasti tidak teragak-agak untuk memilihnya.

Sedarlah kita sebenarnya belum ada lagi satu pun negara islam dapat mentadbir islam secara menyeluruh untuk dijadikan role model kepada agama lain. Inilah penyebabnya doktrin islamofobia masih menebal di benak manusia.

Benarlah ungkapan emas dari Malik bin Nabi (atau mungkin Hasan AnNadawi) bahawa ”ruginya dunia kerana lemahnya umat islam.”

Akhir kata, zakat fitrah pula adalah zakat berkadar tetap dari setiap orang muslim yang mampu (bukan hanya orang jaya). Asal disyariatkan membayarnya adalah bermula masuknya Syawal sehingga sebelum sembahyang raya agar orang kurang upaya turut sama boleh beraya. Tapi ulama` berfatwa boleh dibayar awal untuk mengelak kesukaran membayar.

Asal bentuk bayaran pula adalah makanan asasi yang kita makan yang tidak terlalu murah dan terlalu mewah. Namun melihat kepada peredaran masa dan keperluan semasa, adalah terlebih baik untuk kita berzakat dengan wang ringgit mengikut harga semasa sesebuah negeri. Mereka boleh memilih keperluan yang sepatutnya.

Kita boleh membayar terus kepada asnaf yang ditetapkan, atau mewakilkan kepada amil yang bertugas. Saya memilih untuk memberikan kepada amil kerana mereka lebih tahu siapa yang lebih utama menerimanya.  Tapi saya periksa dahulu latar amil tersebut dan kemana zakat itu disalur. Bukan ingin terlalu merumitkan urusan, tetapi bimbang sistem zakat tidak membantu meningkatkan taraf umat islam jika tidak diurus dengan betul. Kadangkala saya lebih memilih amil kampung di suaru-surau daripada yang bertauliah kerana tahun lepas di daerah saya sahaja (Kuala Terengganu), 72 orang amil berdaftar tidak menyerahkan hasil zakat kepada pusat pungutan zakat. 

Monday, July 30, 2012

LETERAN RAMADHAN


Saya ditugaskan untuk menyampaikan tazkirah subuh hampir setiap pagi sepanjang bulan Ramadhan. Pelawaan mengejut yang diterima dari sebuah surau yang hanya meminta selepas selesai solat subuh pertama ramadhan ini dipenuhi dengan rela. Kitab Mestika Hadis terbitan Jabatan Perdana Menteri (yang kini diharamkan sendiri oleh kerajaan) jilid ketiga telah tersedia di atas meja kuliah untuk saya kupas saban pagi.

Dalam banyak-banyak kupasan isu puasa yang dijamu, ada suatu tajuk yang dirasakan tidak patut saya kongsi hanya bersama penduduk kawasan surau tersebut. erlu disebar sebagai teguran buat semua kaum masyarakat. Ianya adalah berkaitan dengan sepotong hadis ringkas nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
((صوموا تصحوا))
"Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat."

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

Islam adalah agama bukan rekaan manusia. Ianya adalah satu jalan hidup yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada seluruh manusia supaya dapat menjalani kehidupan dengan cara yang betul dan sukses. Tiada  ketetapan samada yang terdiri dari ibadat, muamalat, munakahat, jinayah mahupun jihad melainkan ianya untuk meluruskan cara hidup yang paling tepat. Hanya pencipta yang tahu keperluan ciptaannya. Dengan kata lain, semua ketetapan, peraturan, undang-undang, sistem rekaan manusia yng bercanggah dengan ajaran islam adalah salah,sesat dan tidak akan membawa kemakmuran dunia.

Salah satu keajaiban agama islam adalah hikmah/kebaikan yang ada bagi manusia di sebalik tuntutan ritual/upacara ibadat. Antaranya puasa. Secara zahir ianya hanya satu perlakuan berdasarkan kepercayaan agama. Amat sedikit yang sanggup menahan lapar dan dahaga jika tidak dijanjikan ganjaran. Sekali imbas, menahan lapar dan dahaga itu tak ubah seperti ritual-ritual penyeksaan diri ajaran agama-agama lain seperti pengorbanan jiwa manusia untuk dipersembahakan kepada tuhan, upacara thaipusam penganut agama hindu, sambutan hari karbala` oleh puak syiah serta bermacam lagi bentuk ibadat penyeksaan diri ajaran-ajaran lain lain. Mereka percaya akan beroleh syurga dan restu tuhan dengan pengorbana sebegitu.

Namun begitu, hadis nabi tadi melihatkan betapa agam islam yang diturunkan oleh Pencipta Maha Bijaksana itu tidak akan menyuruh melakukan sesuatu perkara sia-sia walaupun dalam bab ibadat. Sabda tersebut menggambarkan ajaran islam ini bukan hanya sesuai sesuai untuk pengamal politik, pengamal ilmu psikologi, pendidikan, pentadbiran, perniagaan semata-mata, bahkan sesuai juga bagi pengamal kesihatan.

INDAH KHABAR DARI RUPA

Tapi itu hanya gambaran teori semata-semata. Islam memang indah khabar, tapi perlaksanaannya seringkali tersasar dari khabar. Kita pelik apabila ramai yang tidak mahu berpuasa bimbang kesihatan akan terjejas, bahkan memang ramai yang ditimpa penyakit berpunca dari menjalani ibadah puasa. Ada yang gastrik, ada yang sampai pitam, ada yang sesak nafas, tidak kurang juga yang terlibat dalam kemalangan jalanraya kerana mendakwa terlalu letih memandu dek terpaksa berlapar dahaga di siang hari. Produktiviti kerja juga terjejas di bulan puasa.  Masyarakat lebih banyak menghabiskan masa di siang hari dengan tidur. Pelajar lemah untuk menangkap pelajaran di mana-mana ististusi pengajian tidak seperti bulan-bulan yang lain.

Adakah ini bermakna apa yang dibawa islam itu dusta semata? Nauzubillah. Sebenarnya kitalah yang mendustai ajaran islam. Inilah yang berlaku apabila kita beragama tanpa berfikir, menganut tanpa mempersoal. Puasa yang kita faham adalah tidak makan dan minum di siang hari, itu sahaja. Bagaimana cara makan dan minum di malam harinya langsung tidak diambil kira.

Islam adalah sebuah pakej yang lengkap, yang tidak akan dinamakan sebagai sebuah ajaran andai hanya diamal sebahagian yang disukai dan meninggalkan yang tidak disukai. Ingin hidup dengan islam yang sempurna, hiduplah dengan contoh bergerak yang sengaja Allah pilih dari kalangan kita (manusia) untuk ditiru kehidupannya. Jika berpuasa, puasalah cara nabi, bukan puasa ikut cara hati jika betul ingin puasa yang dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan produktiviti kita.

Ramadhan adalah waktu rehat bagi sistem tubuh badan kita. Bayangkan sebuah jentera berenjin yang beroperasi sepanjang tahun tanpa henti atau diservis. Sudah tentulah jangka hayatnya tidak tahan lama. Manusia juga begitu. 24jam sehari darah mengalir dalam badan kita. 24jam sehari jantung mengepam darah. 24jam sehari buah pinggang bekerja mengasingkan keperluan dan lebihan dalam badan kita. 24 jam sehari perut memproses makanan-makanan yang kita makan. Walaupun kita tidur, ianya tetap bekerja!
Tiba Ramadhan adalah rahmat bagi sistem tubuh kita. Salur darah mengecil lalu mengurangkan penat membawa aliran darah. Jantung tidak lagi mengepam darah yang banyak. Buah pinggang, perut dan sistem perkumuhan juga meminimumkan rutin harian mereka. Inilah yang disebut nabi berpuasalah, nescaya kamu akan menjadi sihat!

PESTA IBADAH KE PESTA KEDARAH?




Namun ada yang menganggap jika siang hari tidak boleh makan, malam hari aku bebas makan. Lalu diqadha semua waktu makan siangnya yang biasa. Sarapan digantikan dengan berbuka maghrib, makan tengahari diganti dengan moreh/ makan lepas terawih, dan makan malam pula diganti dengan makan lewat malam/sahur. Itu tidak campur lagi makan-makan yang lain.

Sia-sia sajalah puasa mereka. Tabiat makan begitu sebenar hanya mengundang lebih banyak penyakit daripada dia tidak berpuasa. Tiada seorangpun pakar perubatan yang menyatakan bahawa makan di malam hari dan lebih berkhasiat dari makan siang. Sebab itulah islam menyarankan agar disegerakan berbuka serta dilewatkan sahur, agar kita tidak mengamalkan makan pada waktu yang boleh mngundang oenyakit terutamanya kegemukan.

Tambahan pula, ramadhan kita di Malaysia amat `meriah`. Namun kemeriahannya bukan kerana kedatangan bulan yang penuh rahmat, keberkatan, keampunan dan kebaikan ini, tetapi kerana boleh memuaskan nafsu makan sepuas-puasnya. Bazar ramadhan menyediakan pelbagai makan yang tidak boleh ditemui pada bulan yang lainnya.

Saya satu ketika sebelum datang bulan ramadhan mengidam untuk makan ayam pusing. Puas mencari gerai menjual menu tersebut namun hasilnya hampa. Perasaan hati memang amat kempunana waktu itu. Tiba bulan puasa, setiap ceruk bazar, wajib akan ada ayam tersebut sampaikan yang mengidam ini pun naik muak melihatnya. Kurma dan bubur lambuk juga adalah hidangan sinionim dengan bulan ramadhan.

Kesimpulannya, masyarakat akan lebih terfikirkan juadah daripada terawih apabila disebut ramadhan, masyarakat akan lebih teringat mercun dari sedekah. Masyarakat akan ingat jualan murah dan diskaun gila dahulu sebelum ingat pengampunan dari api neraka. Mereka lebih suka fikir untuk berniaga dari berbakti. Hari-hari yang dilalui sibuk menyenaraikan apa menu berbuka harian, sehingga terlupa menyenaraikan apa dosa harian yang dilakukan.

Padahal jika dilihat juadah yang menimbun di bazaar itu, amat sedikit yang berkhasiat. Semuanya terdiri dari makanan bergoreng, berais, tinggi kalori, lemak, gula dan sebagainya. Apakah semua makanan ini adalah tuntutan agama kita? Ataupun ianya amalan Nabi kesayangan kita?
Dalam tak sedar kita dah cemarkan ibadat puasa. Kebanyakan kita menghabiskan perbelanjaan berlipat ganda lebih dari bulan-bulan yang lain, bukan kerana kebajikan, tetapi kerana memuaskan nafsu perut kita sendiri.

Seorang Mufti Saudi menangis apabila datang soalan dari seorang warga Somalia. "Sahkah puasa kami jika tidak bersahur dan berbuka?"




Gaya hidup bulan puasa juga memainkan peranan dalam membentuk kehidupan yang sihat. Sengaja Allah SWT menjadikan malam ramadhan itu penuh dengan keberkatan untuk beribadah, antaranya tadarrus al-Quran. Ulama-ulama semenjak zaman tabiin apabila tiba bulan ramadhan, mereka akan meninggalkan ibadat-ibadat sunat yang lain kerana ingin focus kepada al-Quran. Ada yang khatam setiap hari, kebanyakannya tiga hari sekali dan ada yang kurang. Pokoknya ibadah ini dilakukan waktu malam mengikut sunnah bahawa Rasulullah bertadarus al-Quran dengan malaikat jibril  saban malam ramadhan.

Namun kita melebihkan tidur melampaui keperluan. Itulah penyebab utama kelesan di bulan puasa. Ada yang tidak bangun sahur dengan alas an sebelum tidur malam sudah makan untuk sahur walaupun belum pukul 12 tengahmalam. Ada juga yang bangun sahur, tetapi selepas itu tidur kembali semada sebelum subuh, atau sebelum duha. Ini semua gaya hidup bukan ajaran islam (walaupun diamalkan majoriti golongan ustaz). Nampak remeh, tapi sedikit sebanyak kita sebaai duta islam telah membawa imej buruk pada pandangan non-muslim, lalu menjauhkan mereka daripada mendekati agama ini. Jika dakwah/ menyebar islam itu Fardu Ain bagi setiap muslim mengikut pandangan ulama kontemporari, lalu apakah hukumnya menyebar persepsi negative terhadap islam?

REVOLUSI MASJID/SURAU

Ingin sekali saya kupas perbahasan ulama tentang cara nabi berbuka, bersahur dan beribadat mengikut pandang sudut kesihatan. Ingin juga saya berbicara mengikut skop psikologi, kerana itu banyak tercatat dalam kitab-kitab terdahulu. Namun diri ini tidak berdaya lantaran aku bukan ahlinya.

Saya amat yakin lemahnya kesedaran umat islam berkenaan faedah kesihatan, keselamatan, kemakmuran dan kemajuan sistem islam adalah kerana masjid surau hanya memfokuskan pengajian fekah ibadat, tauhid, akhlak, akhirat dan sedikit muamalat. Sudut kesihatan, pembangunan , perniagaan, geografi, astronomi, biologi, psikologi langsung tidak berkumandang. Sampai bila kita nak maju. Bagus bercakap tentang akhirat kerana islamlah satu-satu sistem hidup yang tidak memisahkan zahir dan batin, dunia dan akhirat. Akan tetapi jangan hanya fokus kepada akhirat sahaja. Umat islam juga perlu cemerlang dalam ilmu keduniaan. Kita bukan nak didik orang supaya jadi macam paderi Kristian, tapi menjadi umat yang boleh memimpin umat lain. Sedarlah bahawa semua kehebatan dan kemajuan ilmu itu berasalnya dari islam. Beleklah sejarah sebagai buktinya.

Kita tidak boleh salahkan ustaz-ustaz, tak boleh nak salahkan tok imam/lebai kerana memang mereka tidak belajar ilmu itu semua. Yang harus bertanggungjawab adalah para  doktor, professor, pensyarah, guru, jurutera, saintis dan professional lain. Mereka sepatutnya perlu diberi ruang di masjid untuk berbicara isu bidang masing-masing.

Kita tidak pula minta mereka berbicara perbahasan ilmu kalam yang panjang. Tak perlu mereka huraikan rukun-rukun wudhu`. Cukup sekadar beri sedikit pencerahan kepada orang kampung kehebatan ilmu moden yang bertepatan nas syarak untuk mencelikkan umat islam. Biar orang silam boleh jadi umat paling bijak mengatasi Jepun, Amerika, Britain, Jerman.

Tuan Guru Nik Aziz dulu lagi pernah berpesan agar al-Quran tidak hanya ditafsir oleh ahli agama, tetapi turut ditafsir oleh geng-geng professional. Mereka tidak perlu tafsir seluruh ayat yang ada. Cukup sekadar tafsir ayat –ayat yang ada kaitan dengan bidang masing-masing. Tiru macam tafsir Qurratul Ain,yang hanya menafsir sedikit dari isi alQuran sehingga ulama mewajibkan berwudu` sebelum memegang kitab tafsir tersebut, kerana ia seolah-olah al-Quran dek sedikitnya tafsiran yang ada.

Bukankah al-Quran sarat dengan penceritaan kejadian di langit, pergerakan bintang matahari, peredaran planet serta sistem siang dan malam? Bukankah al-Quran padat dengan isu-isu kesihatan serta ubat-ubat seperti madu, zam-zam, kurma, delima dan sebagainya? Bukankah ia juga penuh dengan fakta sejarah,geografi dan arkeologi? Takkan pak-pak lebai boleh bercakap benda-benda ini semua.
Lihat sajalah hasil tangan seorang ahli sains sosial Mesir, Syed Qutb yang menulis tafsir zilalul Quran, yang hari ini diterjemah ke setiap bahasa dunia sehingga ulama` mengiktiraf sebagai tafsir terbaik zaman ini. Beliau bukanlah dikalangan agamawan, tapi kesedaran terhadap umat islamlah yang membuatkan dirinya berjaya melakukannya.

Bayangkan jika kita dapat mendengar di setiap khutbah jumaat, nasihat kesihatan atau bahaya wabak terbaru dari seorang doktor, cerita alien dan planet lain berserta tayangan slide dari seorang angkasawan, sejarah zaman dinasour oleh pakar arkeologi, atau sekurang-kurang motivasi dari seorang pakar psikologi. Tidakkah ini akan memberikan nafas baru dalam khutbah jumaat Malaysia lalu meluaskan ruang untuk manusia berbakti untuk islam? Tidakkah ini akan mencerahkan kembali kelesuan pendengar ketika berkhutbah pada waktu lunch break? Tidakkah cara ini boleh menarik hatta bukan islam untuk mendekati islam?

Kepada fundamentalis pragmatis islam, cuba berikan hujah kenapa cadangan saya ini tidak syarie?

Wednesday, June 6, 2012

BERSIH 10.0 PUN AMBE READY!!



“Selamat berjuang  ustaz.” Ucapan ringkas dari salah seorang jemaah suaru AlHidayah, Alor Kuda itu sudah cukup untuk menguatkan hatiku bahawa pemergianku sekejap lagi tidak berseorangan, malah ditemani rimbunan doa dari orang ramai.

Jam menunjukkan sudah pukul 8.55 malam.  Aku terus melangkah keluar dari surau itu, bimbang rombongan bas yang menanti jam 9 malam akan meninggalkanku. Tiba-tiba aku disapa seorang lelaki lingkungan akhir 50an. Tidak semena-mena dihulurkan padaku segenggam wang buat bekalan jihadku. Lelaki yang masih tidak kukenali itu lantas bertanyakan tentang jadualku untuk ke Kuala Lumpur malam itu sambil tangannya ‘bersilat’ untuk terus memasukkan wang tersebut ke dalam poket jubahku setelah aku enggan menyambut hulurannya.

“Mungkin dia juga inginkan pahala jihad.” Getus hatiku.

Dalam kuliah maghrib yang aku sampaikan sebentar tadi, sempat aku menyentuh berkenaan himpunan bersih ini dari aspek agama. Bagiku, tiada alasan bagi seorang islam untuk tidak menghadiri himpunan ini. Sabda Rasulullah SAW:

“أفضل الجهاد كلمة الحق عند سلطان جائر”
(Sebaik-baik jihad adalah berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim)

Ya, motif himpunan bersih diadakan adalah untuk menyatakan kebenaran supaya SPR lebih telus dalam sistem pilihanraya ini dan tidak berat sebelah. Suruhanjaya yang mendapat mandate secara terus dari Yang Di Pertuan Agung itu mewakili pemimpin mereka untuk menjalankan proses pilhanraya.

Kezaliman pemimpin Malaysia hari yang telah menjemput berbagai bala bencana serta kehinaan daripada Allah SWT ini tidak lagi boleh ditahan. Tanpa menegakkan proses demokrasi yang telus ini, mungkin mereka akan terus bertindak seperti Firaun dan Namrud terhadap rakyat mereka demi mempertahankan kerajannya.
Sabda Rasulullah lagi

“لا تجتمعوا أمتي على الضلالة”
(Tidak akan berhimpun umat aku didalam kesesatan)

Selain dari mewajibkan setiap ahli PAS untuk turun ke dataran merdeka 28 April nanti, Tuang Guru Nik Aziz sendiri akan hadir. Antara ulama` lain yang akan berhimpun termasuklah Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Tuan Guru Haji Salleh serta ramai lagi cendikiawan agama, para graduan aliran agama dan pelajar agama akan hadir tanpa mengira kontra fikrah. Majoriti golongan agama bersetuju dengan himpunan ini walaupun ada sebahagian yang tidak menghadirkan diri.

Lagi sabdanya:

“من جهز غازيا فقد غزى”
(Sesiapa yang membantu melengkapkan orang yang berperang, mereka juga dikira berperang)
"من خلف غازيا فقد غزى"
(Sesiapa yang memikul tugas seseorang yang pergi berperang(disaat mereka meninggalkan harta dan anak isteri), mereka juga dikira berperang)

Hadis ini aku lurutkan ketika sesi pengajian kitab Fiqh Sirah Nabawiyyah karangan Dr Said Ramadhan al-Buthi, seorang ulama bertaraf antarabangsa dari Syria. Sengaja aku pilih hadis ini untuk mereka yang tidak berkesempatan ke himpunan bersih, bahawa mereka masih boleh memperoleh ganjaran sama seperti mereka yang bakal menelan asap dan bermandi air water-cannon di dataran merdeka kelak.
Akhirnya, aku menutup dengan sepotong lagi hadis yang berbunyi:

“الدعاء سلاح المؤمن”
(Doa adalah senjata orang mu`min)

Disebabkan himpunan ini adalah himpunan aman, hanya duduk dan bantah, maka tidak wajar untuk dibawa bersama pisau belati, parang panjang ataupun kayu besbol untuk dijadikan senjata. Namun ia tidak menolak kemungkinan bahaya yang akan menimpa jika dinilai dari sudut ketelusan kerajaan yang ada sekarang dengan akta-akta rekaan mereka itu. Yang terbaik adalah menyediakan senjata paling ampuh yang hanya akan memudaratkan mereka dengan izin Allah SWT.

Kata A.Samad Said juga dalam facebooknya:

Di pihak belah sana,
Polis ada, askar ada,
Juga pancutan air bisa,
Selain bom gas bahaya,
Malah helikopter juga.
Di pihak sini pula
Yang sedia ada hanyalah
Jersi kuning serta doa.

…………………………….

Setelah memperkenalkan diri, rupanya lelaki yang berhati murni itu adalah bekas pemain bolasepak Terengganu dan juga Kebangsaan, Hanafiah Mohsin. Beliau lebih senior dari lagenda Abdullah Ali yang kini dengan rasminya sudah mengisytiharkan diri sebagai ahli PAS. Katanya jika tidak kecederaan lutut yang dihadapinya tahun 70an dahulu, sudah tentu beliau akan mewakili Malaysia ke sukan Olimpik di Mexico.

Selesai sesi taaruf, aku terus meluncur laju meninggalkan halaman surau yang semakin kusam dengan kunjungan. Isteriku serta dua adikku sudah awal-awal lagi berada di dalam kereta untuk beredar ke tempat rombongan berkumpul. Namun mereka tidak akan ikut sama.

Aku menyertai rombongan bas yang didermakan khas oleh tauke bas ekspres Adik-beradik untuk peserta bersih. Kami yang terdiri dari berbagai lapisan umur naik dari Kg Losong Atap Zink. Wanita juga turut serta dalam rombongan ini. Ukiran semangat terbentuk begitu jelas pada raut wajah setiap ahli rombongan. Semuanya ada 4 bas, dan bas ku yang terakhir bertolak. Mataku sempat mencuri pandang gelagat seorang ibu yang mencium dahi anak lelakinya yang bakal ikut menyertai kami. Titisan jernih yang mengalir dipipi beliau jelas menandakan kecekalan jiwanya melawan gelora syahdu hatinya. Ibu mana yang inginkan anak mereka diapa-apakan. Namun dek kerana tuntutan agama, si ibu sanggup melepaskan anaknya itu, persis ibu palestin yang bangga membesarkan anaknya hanya untuk melihat mereka keluar berperang dengan Israel durjana.

Kami meneruskan perjalanan membelah bumi Malaysia dari pantai timur ke barat daya dalam pekat langit malam. Semuanya berjalan mengikut apa yang diatur. Kira-kira setengah jam selepas bas bertolak, aku sudah berada di alam mimpi hinggalah sedar tak sedar, berada di hentian Karak yang hanya berbaki setengah jam perjalanan sebelum smapia ke destinasi.

Kami berhenti di situ kira-kira jam 6.15 untuk menunaikan solat Subuh. Aku antara yang paling akhir keluar. Kelihatan rombongan berduyun-duyun menuju masjid. Alangkah indahnya suasana itu. Disaat selimut empuk begitu manja memanggil, surau itu memuntah limpahan manusia sehingga solat berjemaah terpaksa di lakukan beberapa kali.

Teringat kisah yang aku baca berkenaan seorang tentera Israel yang lalu di sebuah masjid. Sejurus menjenguk ke dalam masjid, tentera tersebut tersenyum puas dengan katanya: “Islam akan menang jika bilangan orang yang solat subuh di masjid bersamaan dengan bilangan sembahyang Jumaat, nampaknya bilangan mereka amat sedikit. Mustahil kami akan akan kalah.”

…………………….

Kami tiba di Bandaraya Kuala Lumpur lebih kurang jam 7.15 pagi. Bandaraya itu menjemput kami dengan dengan hamparan kesunyian, mungkin kerana hari itu adalah hari cuti. Kami diturunkan di hentian PWTC. Setelah sedikit taklimat dari pemandu bas, rombongan berpecah membawa haluan masing-masing kerana masa himpunan yang dijadual bermula jam 2 petang.

Setelah menelefon Ust Khalil Abdul Hadi tentang jadual program, Aku bersama dua orang lagi rakan mengatur langkah ke Sogo melalui hentian LRT Bandaraya. Kami memilih untuk bersarapan dahulu di kafe mamak CT Selera, tidak jauh dari kompleks Sogo. Rasa teruja bila melangkah masuk ke kedai itu kerana rata-ratanya berpakaian kuning, bertubung labuh dan berserban, dan lebih mengujakan riuh rendah suasana kafe itu dimonopoli oleh dialek pantai timur, samada Kelantan atau Terengganu. Rupa-rupanya mereka terlebih dulu sampai ke sini, mungkin sejak semalam.

Roti telur bersama The O panas yang dipesan telah terhidang, tanpa menunggu lagi aku terus melahap juadah tersebut sementara dua rakanku lagi menikmati nasi lemak KL. Ternyata lidah mereka masih ‘ketimuran’ untuk menerima nasi lemak itu kerana asyik merungut tentang kepedasan sambalnya. Ya lah, Bukan sahaja Kelantan, Terengganu sendiri pun terkenal dengan makanan manisnya.

Selesai mengerjakan juadah itu, kami membuat keputusan untuk menuju ke Sogo, namun terhalang apabila terdapat sekawan polis sedang berkumpul berdekatan bangunan Sogo. Kelihatan juga ramai kelibat manusia bukan warga KL yang menuju ke arah kami, mungkin kerana dihambat polis. Aku tidak mahu mengalah. Sementara sahabat-sahabat yang lain sedang sibuk berbual dengan kenalan yang terserempak dengan mereka, perlahan-lahan aku mendekati bangunan Sogo itu sehinggalah berjaya menembusi benteng polis yang waktu itu masih di tahap raptai.

Sejurus aku lepasi kawanan polis itu, mereka terus berbaris membentuk benteng manusia melintangi Jalan Raja Laut. Dengan mendabik dada dan memasang kekuda, raut bengis pasukan keselamatan itu jelas terpampang menyebabkan orang ramai mula meluat dengan mereka. Jam baru menunjukkan hampir 9 pagi. Peserta bersih yang tidak sempat melepasi polis untuk ke bangunan Sogo mula mengerumuni benteng manusia itu sebagai tanda protes terhadap apa yang dilakukan. Namun itu semua tidak meninggalkan apa-apa bekas di hati polis yang telah di dog train sempurna.

Akhirnya ada kalangan mereka yang memilih untuk melalui jalan lain walaupun sedikit jauh untuk ke Sogo, yang menghubungkan mereka dengan Dataran Tahrir. Ada yang melalui Jalan Tunku Abdurrahman di belakang Sogo, ada yang memilih untuk menggunakan LRT, tidak kurang juga ada yang masih mengadap polis-polis itu dengan harapan benteng itu akan terburai dek kebanjiran manusia yang semakin lama semakin memenuhi lokasi itu.

Kini aku keseorangan kerana terpisah dengan rakanku yang lain. Perasaan cemas mula singgah pabila mataku melirik ke langit Kuala Lumpur, bimbang aku tersesat dalam kesibukan kota durjana itu. Megah bangunan yang terpacak memaut kaki langit sehingga menghalang cahaya mentari untuk menyentuh bumi. Kuala Lumpur menambah seriau hatiku. Aku tidak biasa keseorangan dengan kota besar ini. Hanya kerana fikirkan kami (peserta BERSIH) adalah datang membawa misi yang sama, aku sedikit lega.

Jam 10 Pagi, Sogo dibuka, aku yang masih kehilangan punca ini terus meluru masuk ke Sogo, sementara 
menanti jam 2 dengan harapan dapat bergerak je Dataran yang tidakku ketahui mana arahnya. Hampir sejam di Sogo, akhirnya ku terima mesej dari rakanku menyatakan orang ramai telah berkumpul dihadapan menara DBKL. Tanpa berlengah lagi aku terus menuju ke sana. Peserta bersih yang masih ramai di dalam Sogo langsung tidak kupedulikan.

BERSAMBUNG KE BAHAGIAN II...
*IKUTI KISAH SELANJUTNYA DAN BANYAK LAGI PERKONGSIAN DARI RAMAI LAGI LAPISAN RAKYAT DAN PESRTA BERSIH DENGAN MENDAPATKAN BUKU TRAVELOG BERSIH 3,0; MELIRIK LANGIT KOTA HARI INI...HUBUNGI 0148413672...CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!!!