Tuesday, June 18, 2013

TAADUD JEMAAH (تعدد الجماعات)

SYLLABUS USRAH THANAWI 4
SIRI III:

Sebelum ini, islam bernaung di bawah satu khilafah yang memusatkan segala gerakerja islam dengan tersusun mengikut hierarki. Namun apabila khilafah islamiyah terakhir (Uthmaniyyah) jatuh, umat islam di seluruh dunia seolah-olah hilang tempat bernaung.

Melihat kepada kekurangan besar ini, dengan pihak musuh yang sedang bersatu untuk melenyapkan islam di muka bumi ini, Allah SWT ilhamkan beberapa orang hambanya untuk menubuhkan jamaah islamiah bagi menampung peranan khilafah. Maka lahirlah jemaah islam seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Jamaat islami Pakistan , Hamas Palestin, Sarekat Islamiah dan Masyumi di tanah melayu dan beberapa lagi di serata dunia. Semua pada awalnya tertubuh atas dasar jihad dan bekerja demi mengembalikan khilafah islamiah. Masing-masing bangkit meniup kembali kesedaran untuk bersatu di atas satu wadah dan bergabung dengan jemaah di negara-negara lain dengan cita-cita dan dasar yang sama.

Namun gejala baru yang timbul setelah berdekad jemaah-jemaah ini bergerak di tempat masing-masing adalah munculnya jemaah-jemaah baru diasaskan orang islam sendiri didalam kawasan dan masyarakat yang telah wujud jemaah sedia ada. Kebanyakannya ditubuhkan kerana merasakan jemaah sedia ada tidak menjalankan gerakerja mengikut cara yang betul dan banyak kekurangan.
Lebih malang apabila jemaah baru ini menumpukan gerakerja kepada ruang yang tertentu sahaja tanpa meluaskan skopnya, iaitu tidak bersifat syumul seperti amar makruf tanpa nahi mungkar, dakwah fardi tanpa dakwah jamaai, dakwah tanpa siasah, siasah tanpa tarbiyah serta berbagai lagi kekurangan. Mereka menganggap islam itu boleh tertegak dengan cara-cara yang tertentu sahaja dan menolak cara yang digunakan pihak lain.


DAKWAH KONTEMPORARI (الدعوة المعاصرة)

SYLLABUS USRAH THANAWI 1

SIRI III:                                                                 

Kefarduan Dakwah
Ulama berselisih dalam menentukan hukum dakwah. Ada yang menyatakan Fardu Ain bagi setiap umat islam seperti Fardu sembahyang. Sesiapa yang meninggalkan dakwah adalah berdosa di sisi Allah. Firman Allah SWT:

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطيع فبلسانه فإن لم يستطيع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان
Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya, jika tidak mampu juga maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.

Ada yang menyatakan Fardu Kifayah, berdasarkan ayat:

`ä3tFø9ur öNä3YÏiB ×p¨Bé& tbqããôtƒ n<Î) ÎŽösƒø:$# tbrããBù'tƒur Å$rã÷èpRùQ$$Î/ tböqyg÷Ztƒur Ç`tã ̍s3YßJø9$# 4 y7Í´¯»s9'ré&ur ãNèd šcqßsÎ=øÿßJø9$# [ال عمران:104]  
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak (bukan semua) yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah ( buruk dan keji ). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Namun apabila melihat kepada realiti zaman sekarang, dakwah itu telah menjadi fardu bagi setiap umat islam untuk menyampaikan kesedaran islam mengikut kemampuan masing-masing kerana kerosakan yang berlaku amatlah banyak.

Harus difahami fardu kifayah bukan bererti cukup dengan seorang yang melakukannya. Ia sebenarnya bermaksud satu perbuatan jika ada yang menunaikannya dengan sempurna, barulah gugur kewajipan terhadap orang lain. Jika seorang masih belum cukup, orang lain masih berdosa jika tidak menunaikannya.


Zaman ini, kita lihat orang yang sesat lebih ramai dari orang yang sedar. Justeru itu mengkhususkan segolongan sahaja untuk berdakwah tidak mencukupi untuk menyempurnakan tanggungjawab itu kerana mungkin ramai yang tidak akan sampai padanya dakwah tersebut.

Di samping itu, islam amat melarang seseorang mendiamkan diri dari menyampaikan petunjuk yang telah diperolehinya, Firman Allah SWT:
¨bÎ) tûïÏ%©!$# tbqßJçFõ3tƒ !$tB $uZø9tRr& z`ÏB ÏM»uZÉit7ø9$# 3yçlù;$#ur .`ÏB Ï÷èt/ $tB çm»¨Y¨t/ Ĩ$¨Z=Ï9 Îû É=»tGÅ3ø9$#   y7Í´¯»s9'ré& ãNåkß]yèù=tƒ ª!$# ãNåkß]yèù=tƒur šcqãZÏ軯=9$# [البقرة:159]
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di aalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Sasaran Dakwah (مدعو)
1.    Al-Mala` (Golongan berpengaruh) – ini adalah golongan terpenting dalam masyarakat. Keputusan, tuturkata dan keperibadian mereka boleh mempengaruhi orang lain seperti pemimpin, kerajaan, ketua kampung,bos, tauke-tauke, artis, selebriti, ketua samseng, guru, doktor, imam dan orang-orang berada.
2.    Al-Jumhur (Masyarakat Awam) – Mereka merangkumi setiap orang dan mempunyai berbagai ragam dan biasanya mewakili golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
3.    Al-Munafiq – orang yang berpura-pura mencintai agama tetapi mempunyai niat tersendiri yang lain dari matlamat menegakkan agama islam di bumi.
4.    Al-Fasik (Pelaku maksiat) – Golongan yang jauh dari kesedaran agama, dosa pahala dan ibadah.
5.    Non-Muslim – Golongan yang belum menerima islam

Dakwah perlulah mengsasarkan semua golongan ini dan tidak memilih golongan tertentu sahaja. Kerana itulah para daie perlu bergerak di bawah satu jemaah yang tersusun supaya semua golongan diatas tidak terabai. Memilih sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan satu jenayah terhadap dakwah.

Cabaran Dakwah

1.    Manusia berpaling dari dakwah – kita akan merasai betapa dakwah yang kita bawakan tidak diminati orang, ditolak mentah-mentah dan akan lari dari seruan kita. Kuliah dan tazkirah yang diatur kosong tanpa pendengar. Nasihat ibarat mencurah air ke daun keladi malah ada yang akan menarik muka masam.(Surah Nuh 5-9)
2.    Diperolok-olok,diejek dan dibenci – Kita juga akan menerima kritikan, hinaan dan berbagai lagi caci maki yang boleh meruntuhkan perasaan. Mereka akan menyentuh semua perkara bukan sahaja tentang isi dakwah yang kita sampaikan, tetapi turut menghina peribadi, kisah silam dan keluarga. Ada yang menggunakan hujah ilmiah dan tidak kurang juga yang mengarut.
3.    Reka cerita – Kita akan difitnah, cerita yang tidak betul akan disebar luas untuk membangkitkan kebencian terhadap kita dan memporak perandakan kehidupan kita.
4.    Penyeksaan – Sampai satu tahap kita akan disakiti fizikal dan mental. Penjara, batu, peluru, besi dan rantai akan menjadi sang pendakwah. Keluarga kita akan turut menerima ancaman sama walaupun tidak terlibat. Mereka akan menakutkan, mengugut sehingga setiap kehidupan yang akan kita lalui ditabur dengan duri penuh ranjau.
5.    Kesenangan dunia – Musuh akan turut menyogok kita dengan harta benda untuk menghentikan kita dari dakwah. Mereka akan tawarkan jawatan, hadiah, bantuan, harta dan kuasa demi menyekat kemaraan islam.
6.    Kesusahan hidup/ Kerjaya – kesempitan hidup mula akan terasa lebih-lebih lagi jika musuh itu lebih berkuasa dari kita. Mereka akan memecat kita dari pekerjaan, tidak memberikan kemudahan dan bantuan seperti masyarakat lain.
7.    Keluarga – golongan ini juga bakal menghalang jalan dakwah. Ibubapa tidak membenarkan kita terlibat, si isteri memujuk, anak-anak ingin bapanya seperti bapa yang lain, kaum kerabat tidak menyetujui penglibatan kita dan jiran tetangga turut menunjukkan rasa tidak senang terhadap cara kita menguruskan rumah tangga.
8.    Orang munafik/ musuh dalam selimut – Mereka adalah golongan yang berpura-pura bersamamu dalam perjuangan dakwah, namun memendam perasaan permusuhan denganmu yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkanmu.

Semua ini perlu dilalui oleh semua yang bergelar daie satu persatu. Inilah juga yang dihadapi oleh para anbiya` dan pewaris-pewarisnya. Kesabaran yang amat tinggi diperlukan untuk memperoleh ganjaran pahala dan syurga. Semakin kuat imannya, semakin kuat cabaran dan ujian untuknya. Firman Allah SWT:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ  [العنكبوت:2]
Adakah kamu menyangka manusia itu akan ditinggalkan begitu
saja setelah mereka berkata “Kami telah beriman”, sedangkan mereka belumpun diuji?

Disediakan oleh:
BADAN TARBIAH DAN DAKWAH, MAAHAD DARUL QURAN RUSILA, SESI 2013