Monday, May 27, 2013

KITA BELUM BERSEDIA MENANG

Ada yang tidak berpuashati sehingga tidak mampu menerima hakikat kalah dalam PRU13?

Alasannya
..Sebab BN main tipu la kite kalah
..Sebab BN tabur duit la kite kalah
..Sebab SPR berat sebelah la kite kalah
..Sebab blackout la kite kalah
..Sebab pengundi hantu la kite kalah

Satu soalan,
Kalau tuhan nak kita kalah, boleh ke kite menang?

Ingat balik..musuh sentiasa punya kelebihan dari pelbagai sudut dalam perlawanan dengan islam..Perang badar, perang Khandaq, Mu`tah, Khaibar, Hunain, semuanya islam tak cukup tentera, tak cukup kelengkapan.. mereka manipulate semua bangsa sekitar arab utk membenci seterusnye memerangi islam.. Sampaikan orang yg gi haji ke mekkah pun di provok nye..

Tapi..
Saat pertembungan waktu itu, islam menang...kenapa kite pula asyik kalah? sudah 13 kali PRU masih kalah?

Itu kerana yang memenangkan kita bukan kekuatan kita, bukan strategi kita, bukan azam kita, bukan bilangan dan kelengkapan kita,
Tapi taqwa dan sabar...

Yang mengalahkan kita juga bukan muslihat musuh, bukan hebatnye strategi mereka, bukan ramainya bilangan mereka dan banyaknya kelengkapan mereka,

TAPI TAQWA DAN SABAR KITA MASIH BELUM KUAT UNTUK MENJEMPUT PERTOLONGAN ALLAH..

Monday, May 6, 2013

PRU13 DAN PERANG HUNAIN


Alhamdulillah, akhirnya terluang kembali masa untuk mencoret dinding maya dengan perkongsian baru, setelah lebih sebulan menyepi tanpa calitan.

Semalam ketika aku menjalankan rutin maghrib di Kuala Terengaanu, berkuliah di surau-surau yang sudi menerima, ada beberapa babak yang sedikit berlainan daripada biasa yang ku alami. Pertama, aku berjaya hadir awal ke masjid iaitu sebelum azan berkumandang (takde apa yang pelik pun ni). Kedua bilal dan siak surau tak datang-datang  walaupun waktu maghrib dah lama masuk. Akhirnya kami solat dengan hanya melaungkan iqamah oleh kerana terlalu lewat. Ketiganya bilangan makmum, hanya 3 orang! Padahal jarak surau dan rumah-rumah berdekatan hanya sejauh sebuah kereta dan biasanya paling kurang pun jemaahnya tidak kurang dari satu saf.

Waktu memulakan kuliah, para hadirin mempamer wajah sugul tak bermaya. Itu aku faham kerana parti islam tidak berjaya mendapat tempat sebagai kerajaan di Terengganu. Mereka tunduk semahunya seolah kematian anak. Tak sampai hati pula aku untuk terus menyambung pengajian kitab Sunnatullah karangan Dr. Abdul Karim Zaidan.