Monday, December 24, 2012

HUJAH MENOLAK SUNTIKAN IMUNISASI


Sebelum mengulas lebih lanjut, saya bukan doctor. Saya tulis hanya untuk berkongsi apa yang saya nyatakan pada doktor semasa dipanggil kerana memilih untuk tidak menyuntik vaksin kedalam badan anak sepertimana artikel lepas (baca sini).

Tiga hujah saya gunakan nyatakan pada doktor tersebut iaitu:

1.Status halal diragui



Vaksin adalah suntikan yang diberi untuk membantu manusia membina antibody tersendiri. Setiap vaksin mewakili virus penyakit tertentu. Ia berasal dari bahagian badan virus yang lemah, kemudian dicampur dengan bahan lain sebelum disuntik ke dalam badan manusia.


Falsafahnya adalah apabila disuntik, antibodi badan kita akan dirangsang untuk melahirkan antibody yang lebih kuat. Apabila badan kita terkena virus yang kuat di kemudia hari, sistem imun badan kita yang telah dilatih vaksin itu berupaya melawannya.

Yang menjadi keraguan adalah bahan yang diguna untuk penghasilan vaksin. Ianya menggunakan benda yang tidak halal seperti abdomen khinzir, jantung monyet dan beberapa haiwan lain yang masih hidup.

Walaupun majlis fatwa telah mengharamkan beberapa vaksin yang berasal dari khinzir, tapi masih banyak lagi vaksin alternative yang belum diharamkan.

Jika logo halal JAKIM sendiri dipertikai piawaiannya, ini pula perkara rumit yang melibatkan kementerian lain.




Walaupun binatang yang digunakan itu halal dimakan, tetapi vaksin diambil dari binatang yang masih belum disembelih. Umat islam dilarang menggunakan bangkai ataupun anggota badan haiwan yang masih hidup sebagai makanan dan ubatan.

Ramai yang menjawab hukumnya harus jika dhoruroh, saya akan jawab pada point kedua tetapi soal makanan amat perlu dititik berat kerana ia akan membentuk darah daging manusia. Jika terdapat bahagian badan kita ini haram, doa susah untuk diterima, hati akan menjadi keras dan penyakit lain mudah singgah.

Umat islam harus memahami bahawa halal haram yang ditetapkan oleh syara` itu sebenarnya menjaga maslahah untuk manusia di samping menghindar keburukan di dunia ini. Kaedah sumber maslahah yang masyhur dalam ilmu usululfiqh adalah:

ما حسنه الشارع فهو حسن وما أقبحه الشارع فهو قبيح
Apa yang terpuji oleh syarak itulah kebaikan dan apa yang dicela syarak itulah keburukan.

Ini akidah ahli sunnah, berbeza dengan muktazilah yang menilai kebaikan dan keburukan itu mengikut akal sehingga membelakangi syarak.

2. Ada alternatif lain.

Vaksin bukanlah dalam kategori dhoruri sepertimana yang disangka pengkaji hukum terdahulu. Ianya hanya satu ramalan kemungkinan yang tidak boleh mengorbankan hukum asal. Ini terdapat dalam perbahasan fiqh aulawiyat iaitu tidak boleh mengorbankan maslahat yang jelas hanya kerana mafsadah yang samar-samar.

Saya memilih rawatan homeopati sebagai alternatif untuk melawan virus itu. Homeopati sendiri adalah cetusan idea seorang pakar perubatan konvensional Jerman, Dr Samuel Hahnemann yang fed-up dengan sistem perubatan konvensional yang tidak menyembuhkan tetapi sekadar menyembunyikan penyakit atau menipu badan dari merasa sakit.

Falsafah rawatan homeopati amat saya kagumi kerana dekat dengan ciri-ciri istimewa islam, iaitu syumul. Di masa perubatan moden percaya bahawa mengembalikan sistem tubuh dengan normal hanya melibatkan aspek fizikal semata-mata, rawatan homeopati pula turut melibatkan aspek emosional dan spritual dalam memangkin kenormalan sistem.

Contoh mudah ialah manusia. Secara fizikal majoriti manusia mampu melawan kezaliman pemimpin. Tetapi apabila ada rasa takut, tidak yakin, malas dan tidak mahu menyebabkan mereka tidak melawan.
Itulah dia hemeopati! Bukan sahaja menguatkan fizikal untuk melawan penyakit, tatapi juga membina emosi dan semangat untuk melawan penyakit.

Kerajaan sendiri mengecualikan ubatan homeopati daripada didaftarkan di bawah Kementerian 
Kesihatan kerana ianya tidak mengandungi molekul ubat, bahan kimia atau kesan sampingan sepertimana ubat lain. Tetapi ia disalah tanggap oleh masyarakat dengan memahami ubat yang tidak didaftarkan Kementerian adalah tidak selamat.

Ia bukan perubatan herba, ia perubatan alaf baru!

Justeru itu vaksin tidaklah dhoruri kerana masih ada jalan lain untuk merawat penyakit.

Mungkin ada yang memilih untuk mengikut pemakanan cara nabi sahaja tetapi bagi saya, pembaharuan dalam perubatan harus juga dilakukan. Bukan tidak mengiktiraf perubatan nabawi tetapi manusia tubuh badan manusia mutakhir ini telah dipenuhi bermacam-macam bahan kimia samada melalui makanan moden atau ubatan atau vaksin yang ibubapa terima sewaktu mereka kecil dahulu. Oa sedikit sebanyak melemahkan kesempurnaan manusia. Tambahan pula, pembangunan perubatan nabawi tidak berjalan dengan pesat dan agak ketinggalan.

Lagipun, setiap ubatan perlulah mengikut nasihat doktor berkenaan dos. Tersilap ambil kuantiti mungkin akan menyebabkan masalah lain pada bayi. Contohnya susu kambing. Ia baik untuk berbagai penyakit termasuk sakit kuning untuk bayi. Tetapi ianya panas dan jika tersilap dos, mungkin anak akan demam panas. Saya lebih memilih anggur hita sebagai rawatan sakit kuning kerana ianya juga makanan nabi.

Ubatan tradisional tiada pantauan pakar perubatan. Perubatan nabawi juga susah ingin mencari pakar. Sebab itulah homeopati yang saya pilih.

Satu saranan imunisasi yang diajar nabi adalah bertahnik menggunakan bahan berglukos seperti kurma atau buah lain bersama air zam-zam. Itu saya amalkan.

3. Kesan sampingan

Diakui bahawa perubatan moden memang mempunyai kesan sampingan tertentu. Ini dokor tidak perlukan hujahan kerana dia sendiri menyedarinya. Ada yang makan ubat darah tinggi, tiba-tiba datang kencing manis. Bapa mertua saya kini menghadapi kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung walaupun sebelum menerima rawatan, sakitnya hanyalah jantung.

Perubatan moden juga senantiasa menjadikan manusia sebagai bahan ujikaji. Kandungan dosnya sama dalam setiap model ubat tetapi tahap tubuh manusia tidak sama.Doktor akan cuba beri ubat mengikut dos paling rendah, apabila berlarutan ditambah dos dan apabila surut, dos dikurangkan. Ini akan mengundang ketidakstabilan sistem tubuh kerana setiap dos ubat itu mengandungi kandungan dadah tertentu yang menjadi painkiller tetapi bukan diseasekiller .

Rakan saya pernah disuntik satu ubat ketika demam panas. Entah apa tak kena, sakit beliau berubah menjadi semakin pelik dan mengerikan. Tubuh kurus kering, tenaga turun ke tahap 1% hingga orang ingat akan mati. Mujurlah dibawa berjumpa pengamal perubatan islam dan pulih kembali seperti sediakala.

Ubatan moden memaksa pengambilnya menjadi mat ubat seumur hidup. Ia tidak membuang penyakit, ia hanya menyembunyikan penyakit dari manusia. Apabila kesan ubat hilang, penyakit datang kembali.

Sebaik-baik ubat adalah makanan kita. Tetapi jika ubat itu dimasukkan bersama elemen bukan organisme seperti bahan kimia dari batuan, logam atau cecair luar, ia seolah menokok-tambah kejadian manusia.

Kajian menunjukkan lebih ramai yan mati disebabkan rawatan dari mati oleh sebab penyakit.

Berbalik pada vaksin, setelah generasi penerima vaksin ini meningkat dewasa, banyak penyakit baru muncul. Penyakit yang belum ada zaman dahulu semakin banyak tercetus. Ini menyebabkan bidang perubatan sentiasa mencipta vaksin baru dan baru dan jika perkara ini tidak ditangani, saya percaya masyarakat dunia masa depan akan berbekal dengan ubatan vaksin sepanjang hayat.

Polio sendiri tercetus mutakhir ini apabila manusia mula mengamal vaksin  malaria. Penyakit kanser, autoimun dan autisme juga muncul sejak zaman vaksinisasi.

Sebenarnya ada beberapa lagi pemerhatian saya tentang vaksin dan hujah yang mungkin belum mampu untuk dinyatakan di sini. Mungkin boleh yang lain kaji perkara ini dengan lebih lanjut.
1. Konspirasi Yahudi
2. Pembunuhan Dr Burhanuddin al-Helmy, pengasas homeopati Malaysia 
3. Kenapa tidak semua negara menjalankan vaksinasi?


Sumber:

70 comments:

  1. Replies
    1. "Tidak ada dalam mana-mana sekolah pembelajaran kami wujudnya vaksin haemopathy. Dan tidak ada mana-mana bukti yang dikaitkan dengan Perubatan haemopathy mewujudkan vaksin haemopathy secara pengamalan. Malah pengasas haemopathy Samuel Hahnemann juga menyokong pemberian vaksin yang diasaskan oleh Edward Jenner"
      ~ Ucapan dari Hj Zainol Azmi, Presiden Persatuan Haemopathy Malaysia, di Seminar Vaksinasi dan imunisasi Putrajaya.

      Delete
    2. "Tidak ada dalam mana-mana sekolah pembelajaran kami wujudnya vaksin haemopathy. Dan tidak ada mana-mana bukti yang dikaitkan dengan Perubatan haemopathy mewujudkan vaksin haemopathy secara pengamalan. Malah pengasas haemopathy Samuel Hahnemann juga menyokong pemberian vaksin yang diasaskan oleh Edward Jenner"
      ~ Ucapan dari Hj Zainol Azmi, Presiden Persatuan Haemopathy Malaysia, di Seminar Vaksinasi dan imunisasi Putrajaya.

      Delete
    3. "Tidak ada dalam mana-mana sekolah pembelajaran kami wujudnya vaksin haemopathy. Dan tidak ada mana-mana bukti yang dikaitkan dengan Perubatan haemopathy mewujudkan vaksin haemopathy secara pengamalan. Malah pengasas haemopathy Samuel Hahnemann juga menyokong pemberian vaksin yang diasaskan oleh Edward Jenner"
      ~ Ucapan dari Hj Zainol Azmi, Presiden Persatuan Haemopathy Malaysia, di Seminar Vaksinasi dan imunisasi Putrajaya.

      Delete
  2. Alhamdullillah...semua anak sy guna rawatan homeopati dr bayi lg...sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. jika anak masih bayi.. adakh ibu yg perlu makan, atau bleh suapkan pd bayi terus ubat homeopati.?

      Delete
    2. salam.. jika anak masih bayi.. adakh ibu yg perlu makan, atau bleh suapkan pd bayi terus ubat homeopati.?

      Delete
    3. "Tidak ada dalam mana-mana sekolah pembelajaran kami wujudnya vaksin haemopathy. Dan tidak ada mana-mana bukti yang dikaitkan dengan Perubatan haemopathy mewujudkan vaksin haemopathy secara pengamalan. Malah pengasas haemopathy Samuel Hahnemann juga menyokong pemberian vaksin yang diasaskan oleh Edward Jenner"
      ~ Ucapan dari Hj Zainol Azmi, Presiden Persatuan Haemopathy Malaysia, di Seminar Vaksinasi dan imunisasi Putrajaya.

      Delete
  3. alhamdulillah. Memang betul.Kami pun tak ambil apa2 suntikan.

    ReplyDelete
  4. salam...saudara pergi homopaty kt mana ye..boleh tak suggest area kl ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..maaf saya tak kenal area KL..Im from TRGanu..try la google..
      sejak lahir, semalam kali kedua anak saya demam, dan alhamdulillah, bagi ubat demam homeopaty die dh ok arini..btw anak dh umur 6 bulan skrg..arini for the first time die sebut PAPA...

      Delete
    2. Fieda, google hashimee homeopathy

      Delete
    3. "Tidak ada dalam mana-mana sekolah pembelajaran kami wujudnya vaksin haemopathy. Dan tidak ada mana-mana bukti yang dikaitkan dengan Perubatan haemopathy mewujudkan vaksin haemopathy secara pengamalan. Malah pengasas haemopathy Samuel Hahnemann juga menyokong pemberian vaksin yang diasaskan oleh Edward Jenner"
      ~ Ucapan dari Hj Zainol Azmi, Presiden Persatuan Haemopathy Malaysia, di Seminar Vaksinasi dan imunisasi Putrajaya.
      untuk tahu lebih lanjut sila hubungi hj zainol azmi

      Delete
  5. Wasalam..maaf saya tak kenal area KL..Im from TRGanu..try la google..
    sejak lahir, semalam kali kedua anak saya demam, dan alhamdulillah, bagi ubat demam homeopaty die dh ok arini..btw anak dh umur 6 bulan skrg..arini for the first time die sebut PAPA...

    ReplyDelete
  6. homeopaty k.trg kat maner tuan?

    ReplyDelete
  7. Hemopaty ada kat kedai buluh, tapi saya biasa pergi dekat Dr. Muhammad, bukit tok beng jalan ke airport dari jambatan Sultan Mahmud. U cari kedai tulis Homeopati kat pintu pagar die, signboard hijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, 1st saya suka artikel anda. saya suka jgk rwtn homeopati. nk tanye, hmpati bkt tok beng tu dia check guna rambut x? saya biasa gi yg dr.azmi kat pdg midin. tp lmbt lok buka pg ni..baby saya umo 6 bln jgk ni kne cirit birit..

      Delete
    2. waSALlam..saya tanye pengamal hemopati, yg pakai rambut tu bukan dari kaedah hemopati.. Mungkin adunan dari prinsip perubatan lain.. Wallahualam..

      Delete
    3. Kaedah yang menggunakan rambut untuk analisa penyakit tu bukan kaedah homeopathy tapi ianya sebagai panduan untuk mengesan penyakit dan mendapatkan remedi yang sesuai pada pesakit.Kaedah ini yang menggunakan alat radionic.

      Delete
  8. skang bby sye dah 6 bln..bru sye taw sal status vksin niy.. so..sye mmg ragu2 laa nk p cucuk lg.. biasenye kat homeopaty dye akn buat ape ye?? bg ubat ke???

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, setakat ni SAYA tak pernah disuntik lagi vaksin imunisasi ni.. sekarang umur 26 tahun, bulan ni dah nak lahir anak pertama, harap saya dapat elak anak saya dari kena suntikan jugak.. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak. Akak x penah kena suntikan pape ye? Mase sekolah dlu pun tak penah ye? Blh x sy nak nmber akak? Nak mntak pendapat sikit. Saya nak kahwin ni..nak tanye pendapat akak 😭

      Delete
    2. Kalau akak baca, tolong wassap sy ye. 0108748387

      Delete
  10. Konspirasi Yahudi ...inilah salah satu agenda yahudi utk merosakkan semua bangsa kecuali bangsa yahudi....mereka sendiri tidak pernah mengamalkan imunisasi atau perubatan kimia...ubatans asa mereka yang utama semuanya adalah makanan Sunnah...sebab itu mereka2 bijak dan cerdik...mrk menyebarkan segala ilmu2 yang terbalik agar manusia semua sentiasa sakit dan bergantung pad ubatan mereka...kerana bidang perubatan adalah salah satu bidang yang menjana ekonomi mereka ...so fikir fikirkanlah setiap fakta2 yang di ambil dari barat...Tak perlu kita taksub pada mereka...

    ReplyDelete
  11. Sy nk tulis alasan ape ye utk isi borg kt klinik nnt...
    Sy pn nk stop imunisasi bby sy...
    Bby skrg dh 8bln,
    Last cucuk 5bln...

    ReplyDelete
  12. mudah sahaja, cakap yang sebenar .....sebab2 peribadi. Dia orang takde hak nak soal banyak sebenarnya. Sebab pada hakikatnya, anak kita ialah tanggungjawab kita, dan hak kita. Jangan risau sangat tentang apa yang patut di terangkan secara detail. Sebab walaupun anda berbuat demikian, segala bagai sebab untuk pengecualian dari vaksin tak diterima selalunya.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, lagi mengenai vaksin. Moga ramai akan terus sedar banyaknya yang buruk berbanding yang baik datang dari vaksin.
    Anak saya lahir pramatang seawal 25minggu yang hampir 95% doktor dan nurse mengatakan potensi untuk survive sangat nipis, malah jikalau survive sekalipun banyak komplikasi lain yang datang termasuklah mudahnya dapat penyakit. Almost 3bulan dalam NICU, baby saya discharged dengan berat 1.79kg daripada waktu dilahirkan dengan berat 735g, dan seluruh anggota perubatan konvensional menegaskan suntikan khas untuk paru2 sangat diperlukan oleh bayi saya.

    Kuasa Allah, alhamdulillah. Tanpa sebarang suntikan vaksin (selain dari 2suntikan pertama sewaktu dalam NICU iaitu BCG & Hep B yg saya sendiri tak tahu bila anak saya disuntik), anak saya sihat. Malah sejak keluar dari hospital dia tak pernah jatuh selsema dan demam yang teruk. Sekadar panas badan kemudian pulih sendiri.

    Saya menyusu sepenuhnya dengan susu ibu, itulah imunisasi yang paling MUJARAB. Malah suntikan yg diberikan sewaktu didalam NICU dulu saya detoks sebaik keluar dari hospital.

    Allah Maha Berkuasa.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum. Saya DrZaidi, Paediatrician (Pakar kanak-kanak), KPJ Penang Specialist Hospital. Sdr Ilham dari Terengganu, kat mana? Saya pernah bekerja di Hospital Kuala Terengganu tahun 1999...tahun PAS menang 27 kerusi Parlimen.

    Sekiranya saya menjadi Menteri Kesihatan Malaysia, saya akan MEWAJIBKAN IMMUNISASI. Bahkan akan menyaman para ibubapa yang tidak mengambil immunisasi!

    Jangan Sdr Ilham mengambil kes-kes terpencil sebagai hujah, fikirkan kesan secara lebih luas. Saya ambil contoh, Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan vaksin penyakit TB. Pernah Sdr Ilham melihat betapa seksanya pengidap TB? Manakala rawatan TB pula adalah tersangat lama, minimum 6 bulan. Kalau TB Tulang, 9 bulan. Berapa kos untuk seorang merawat penyakit TB? Tersangat besar kosnya. Itu baru satu penyakit!

    Vaksin adalah Virus atau Bacteria yang DILEMAHKAN terlebih dahulu, dan disuntik ke badan manusia. Bila Virus atau Bacteria berada dalam badan manusia, sistem pertahanan badan atau sistem immune akan merangsang pembentukan antibodi didalam tubuh manusia. Dengan adanya antibodi tersebut, jika seseorang itu terdedah kepada bacteria atau virus tersebut, ianya tidak sempat menyerang tubuh badan kerana terlebih dahulu dibunuh oleh antibodi badan. Ini bererti vaksinasi adalah satu cabang perubatan iaitu rawatan pencegahan. Mencegah lebih baik dari merawati. Dipanggil "Preventive Medicine".

    Dengan vaksinasi ini, penyakit TB turun dengan mendadak. Bagaimanapun, terdapat juga kes kes dimana selepas vaksinasi, masih juga terkena penyakit. Memang betul. Jangkaan keberkesanan immunsasi itu antara 85-90%, bukan 100% dapat cegah!

    Tahun 2002, Heamophilus Influenzae (HI) menjadi bacteria utama penyebab Meningitis atau radang otak atau jangkitan kuman di otak. Kes berlaku di seluruh negara yang begitu cepat menyebabkan kematian. Kerajaan mewajibkan vaksin HI, dan penurunan kes berlaku secara mendadak. Kos merawat seorang pesakit HI Meningitis mencecah RM10K. Berbanding dengan vaksin berharga RM100.

    "Yang menjadi keraguan adalah bahan yang diguna untuk penghasilan vaksin. Ianya menggunakan benda yang tidak halal seperti abdomen khinzir, jantung monyet dan beberapa haiwan lain yang masih hidup.Walaupun binatang yang digunakan itu halal dimakan, tetapi vaksin diambil dari binatang yang masih belum disembelih. Umat islam dilarang menggunakan bangkai ataupun anggota badan haiwan yang masih hidup sebagai makanan dan ubatan".

    Yang diambil dari badan haiwan yang masih hidup bukan vaksin (yang disuntik ke badan), tetapi virus dan bacteria. Contohnya,diambil dari darah dari haiwan tersebut. (Takkan nak ambil darah 1 picagari, haiwan itu perlu disembelih!) lBacteria dan virus dalam darah tersebut diproses dan diambil dan disimpan dalam bahan tertentu. Kesemua darah asal tersebut dibuang, tidak disuntik ke badan manusia. Bacteria dan virus yang diasingkan dimasukkan ke dalam bahan kimia tertentu, dan diproses jadi vaksin. Jadi yang disuntik, bukan darah atau organ yang diambil pada asalnya, tetapi hanya virus dan bacteria yang disimpan dalam bahan kimia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg saya, boleh cari alternatif lain selain vaksin. Perlu diingat, jgn menganggap vaksin umpama tuhan yg menyelamatkan nyawa bayi. lainlah kalau langsung tak de alternatif lain utk melawan penyakit, atau ibubapa tu wat tak tau je biarkan anak camtu je. Sy sendiri lebih yakin dgn homeopaty dan tak pernah ambil antibiotik utk anak2. Skrg anak2 saya dh besar...dh remaja...alhamdulillah sihat. Dlm setahun tu, susah nak jumpa dorang demam atau selsema wpun musimnya. Syukur.

      Delete
    2. Saya mempunyai 3 orang anak yg tak pernah ambil vaksin...anak sulong tu sekarang dah berumur 20 tahun, kedua 17 tahun dan ketiga 9 tahun.Alhamdulillah sampai sekarang ni mereka sihat dan kurang demam dan selsema berbanding dengan kawan-kawannya ada yg dah keluar masuk icu sebab kes demam saja.Saya sendiri pun dah lama tinggalkan perubatan allopathy sejak 30 tahun yang lalu.Walau bagaimana pun pemeriksaan di hospital tu penting cuma kaedah rawatan jer kita tukar kepada yg lebih selamat.

      Ramai jgk kawan-kawan sy pengamal allopathy yang beralih kepada perubatan alternatif.....sebenarnya gabungan perubatan moden dan alternatif amat mustahak.Kita ambil mana yg baik untuk panduan dan tak semestinya kita menolak terus tanpa usul periksa.

      Delete
    3. Saya lebih percaya kepd dr. Zaidi daripada rakyat biasa yg entah tidak tahu pasal perubatan dan hanya menggunakan hukum agama dalam membuat konspirasi dan bikin panas dimana akhirnya membawa kepada padah yang lebih teruk kepada mereka sendiri..

      Delete
    4. Hanya sb bergelar doktor kita percaya... Sgt tidak adil... Cuba baca pula keburukan vacc dr doktor lain..kt malaysia ni doc xblh bantah apa yg kerajaan dh tetapkan..klo bantah said gud bye la pd status doc tu :-P kat luar negara mereka lebih terbuka menulis dan mengeluarkan kenyataan..

      Delete
  15. Saya fikir, terlalu banyak salahfaham Sdr di sini. Saya fikir, kurang wajar Sdr mengemukan hukum dan pendapat dari sisi agama, sedangkan banyak perkara saudara tidak jelas dan keliru!

    "Diakui bahawa perubatan moden memang mempunyai kesan sampingan tertentu. Ini dokor tidak perlukan hujahan kerana dia sendiri menyedarinya. Ada yang makan ubat darah tinggi, tiba-tiba datang kencing manis. Bapa mertua saya kini menghadapi kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung walaupun sebelum menerima rawatan, sakitnya hanyalah jantung".

    tiada ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing manis! tiada pula rawatan sakit jantung menjadi penyakit darah tinggi dan kencing manis. SAYA FIKIR SAUDARA ILHAM TIADA ILMU DALAM PERUBATAN MODEN. dengan kedudukan Sdr sbg Ilmuan Agama, jangan sewenag-wenangnya membuat hukum! Sdr tidak tahu apa itu penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
    Jangan terkejut, setiap kali kami membuat saringan penyakit kencing manis kepada orang awam yang "sihat", 20-30 peratus didapati ada penyakit kencing manis dan darah tinggi. SEBABNYA, orang Melayu khususnya, jumpa doktor hanya bila sakit, tiada pernah buat medical check-up untuk pencegahan. 90% orang Melayu mengidap kanser bila dikesan adalah Tahap 4, sedangkan boleh dikesan pada tahap 1 dan 2 jika selalu membuat ujian saringan.!!!

    ReplyDelete
  16. ""Perubatan moden juga senantiasa menjadikan manusia sebagai bahan ujikaji. Kandungan dosnya sama dalam setiap model ubat tetapi tahap tubuh manusia tidak sama.Doktor akan cuba beri ubat mengikut dos paling rendah, apabila berlarutan ditambah dos dan apabila surut, dos dikurangkan. Ini akan mengundang ketidakstabilan sistem tubuh kerana setiap dos ubat itu mengandungi kandungan dadah tertentu yang menjadi painkiller tetapi bukan diseasekiller .

    Rakan saya pernah disuntik satu ubat ketika demam panas. Entah apa tak kena, sakit beliau berubah menjadi semakin pelik dan mengerikan. Tubuh kurus kering, tenaga turun ke tahap 1% hingga orang ingat akan mati. Mujurlah dibawa berjumpa pengamal perubatan islam dan pulih kembali seperti sediakala.

    Ubatan moden memaksa pengambilnya menjadi mat ubat seumur hidup. Ia tidak membuang penyakit, ia hanya menyembunyikan penyakit dari manusia. Apabila kesan ubat hilang, penyakit datang kembali.""

    MINTA MAAF. SAYA MENOLAK 100% PENDAPAT SDR DI SINI!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun menolak pendapat saudara ilham..dan saya setuju dengan pendapat dr. Zaidi

      Delete
  17. MAKA tidak hairanlah jika IBNU SINA DAN AL-KHAWARISMI dianggap "kafir" pada zamannya.!!!!

    ReplyDelete
  18. Ct5252August 28, 2013 at 2:53 AM
    Alhamdulillah, lagi mengenai vaksin. Moga ramai akan terus sedar banyaknya yang buruk berbanding yang baik datang dari vaksin.
    Anak saya lahir pramatang seawal 25minggu yang hampir 95% doktor dan nurse mengatakan potensi untuk survive sangat nipis, malah jikalau survive sekalipun banyak komplikasi lain yang datang termasuklah mudahnya dapat penyakit. Almost 3bulan dalam NICU, baby saya discharged dengan berat 1.79kg daripada waktu dilahirkan dengan berat 735g, dan seluruh anggota perubatan konvensional menegaskan suntikan khas untuk paru2 sangat diperlukan oleh bayi saya.

    Kuasa Allah, alhamdulillah. Tanpa sebarang suntikan vaksin (selain dari 2suntikan pertama sewaktu dalam NICU iaitu BCG & Hep B yg saya sendiri tak tahu bila anak saya disuntik), anak saya sihat. Malah sejak keluar dari hospital dia tak pernah jatuh selsema dan demam yang teruk. Sekadar panas badan kemudian pulih sendiri.

    Saya menyusu sepenuhnya dengan susu ibu, itulah imunisasi yang paling MUJARAB. Malah suntikan yg diberikan sewaktu didalam NICU dulu saya detoks sebaik keluar dari hospital.

    Allah Maha Berkuasa.

    ALHAMDULILLAH ANAK SAUDARI SIHAT. YA, ALLAH MAHA BERKUASA, SEGALANYA DARI ALLAH. DOKTOR DAN UBAT BUKAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT TETAPI ALLAH YANG MENYEMBUHKAN. TAPI MANUSIA WAJIB BERUSAHA.

    Adakah Saudari fikir, anak saudari boleh sihat walafiat dan selamat sebaik sahaja dilahirkan? Bukankah itu usaha para doktor perubatan? Dan bila anak sihat walafiat, Saudari detox rawatan yang telah diberikan? MasyaAllah.....tak baik saudari berbuat demikian!!!!

    ReplyDelete
  19. Homeopathy juga satu bidang perubatan. tidak salah. Boleh pilih mana yang sesuai difikirkan.

    ReplyDelete
  20. ILMU ALLAH MAHA LUAS....yang berilmu agama, fakih dalam hal agama. Yang berilmu kejuruteraan fakih dalam bidangnya. Yang berilmu perubatan moden, fakih dalam bidangnya.

    Yang menolak agama, menolak hudud, kerana jahil agama....
    Yang menolak ilmu perubatan moden, juga kerana jahilnya mereka dalam ilmu perubatan moden....

    SEDANGKAN SEMUA ILMU ITU MILIK ALLAH, DARI ALLAH SWT.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tu, perubatan moden pun sila lah berlapang dada dan tak perlu kondem/basuh otak bila ada orang tak nak imunisasi. just bagi borang utk sign dan tutup kes.

      Delete
    2. tolong bagi evidence based. bukan sekadar dgr kawan tu kawan ni. angpa nak kondem tp angpa tak ada evidence based. hanya hear say je. emmm

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  21. Apakah hujah Sdr Ilham itu diambil dari hujah pengamal perubatan Homeopathy?

    PERLU SAYA TEGASKAN, ASAS PERUBATAN DAN PENGUBATAN RAWATAN HOMEOPATHY DAN RAWATAN PERUBATAN MODEN ADALAH BERBEZA DAN KERAP BERTENTANGAN.

    Sewajarnya kita berlapang dada, terbuka bukan meyalahkan satu sama lain... itu yang tak betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pengamal homeopaty...dh berbelas tahun...keluarga saya juga..dan anak2 saya. Sy dpt bezakan antara homepaty dan perubatan hospital. Kami lebih selesa dgn homeopaty...tp sy tak menolak perubatan lain, ada kebaikannya juga.

      Delete
    2. Memang betul tapi itu dulu....sekarang ni kat Malaysia KKM sendiri dah iktiraf homeopathy.Banyak perkongsian pendapat yang telah dibentangkan dan dibincangkan sebelum pengiftirafan.Setiap kali berjumpa untuk perbincangan antara kedua belah pihak memang pans telinga dibuatnya.Alhamdulillah akhirnya perbalahan ini menghasilkan kejayaan yang di inginkan dengan beberapa syarat serta akta yang dibuat.Tidak hairan lah kalau YB Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia pada masa tu memberikan sokongan pada perubatan homeopathy.

      Delete
  22. Saya bukan pandai hal agama. Cuma teringat Surah Tahrim.

    Jangan kerana kejahilan kita, kita MENGHARAMKAN YANG HALAL......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh terjadi beberapa kes...bila doktor dh tak mampu nak mengubat seorang pesakit, dan doktor rasa mcm dh takde harapan, doktor akan berkata, "carilah cara lain, mungkin cara kampung lebih sesuai". Kita perlu sedar, doktor bukan tuhan. So, berlapang dada dgn bermacam cara adalah yg terbaik. Allah yang beri kita penyakit dan Allah jua yang menyembuhkan. Apa yang penting, berusaha mencari ubat dan jangan menyerah kalah.

      Delete
  23. Tq Dr atas penjelasan..saya akui saya bukan pakar perubatan, saya juga bukan pakar hukum. Saya hanya berkongsi pengalaman dan maklumat yg diterima. Saya berhujah dihadapan Dr pakar pediatrik di klinik kesihatan daerah, sbekum itu telah berbincang dgn Dr bukan pakar yg mengendali kes anak saya. Saya juga telah merujuk pada pakar homopaty kawasan saya. Tulisan diatas dan tulisan terdahulu adalah pendapat saya. Dr boleh terima atau tidak. Saya percaya seorang yg profesional tidak akan berang dengan artikel sebegini. Mereka akan jawab dengan hujah yg baik dan berlapang dada dgn pndapat masing2, bukan menuduh "kau bukan pakar, kau tak tau pape, kau tak layak cakap bab ni"

    Beside, saya memerhati fenomena ini. Racun sekular n nasionalis telah membiakkan satu fahaman baru dalam profesionalis. Org politik akan menilai dulu penegurnya. Jika bukan politician, kau tak layak tegur aku. Agamawan juga sama. Bukan ustaz xleh tegur ustaz. Dr perubatan pn sama. Cikgu2 menolak mentah pendapat bkn bidang pendidikan. Pengamal undang2 sentiasa cari silap utk x benarkan bkn pakarnya bercakap (jaga2 dr nk cakap pasal saman2 ni,).

    Kenapa tiada dibina sinergi dari pndang sudut berbeza ini?

    ReplyDelete
  24. kat mana nak dptkan pengganti vaksin yg haram nie?ada 1 budak tu dulu mak bapak dia x pernah ambil vaksin kerajaan untuknya..ashik demam je..sampai umur 2 tahun je arwah tu mampu bertahan..tolong bg tempat n nama pengganti vaksin yg haram tu..

    ReplyDelete
  25. Pada saya, kita manusia yg telah diciptakan Allah dgn cukup sempurna, tp knp masih perlu divaksin.setiap sakit ada ubatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vaksin adalah pencegahan.. Bukan rawatan.. Sama seperti kamu bersihkan halaman rumah untuk cegah nyamuk aedes terutamya yang menyebabkan denggi dan terbaru virus zika. Fikir semula, kenaoa kamu naka cegah denggi??????????????????????????????????????????

      Delete
  26. Habbatus sauda obat segala penyakit kecuali mati...Ni Hadis cukup soheh..Berminat boleh hubunggi Saya atau Baca maklumat diblog saya attibminyaksauda.blogspot.com

    sekian.

    ReplyDelete
  27. Pengasas perubatan homeopathy Dr Samuel Hahnemann pada asalnya adalah doktor perubabatan moden (allopathy).Kekecewaan Hahnemann dalam bidang perubatan yang diamalkannya sebelum ini menyebabkannya ingin mencari satu sistem perubatan yang lebih sesuai dan seraksi dengan tubuh manusia. Hahnemann tidak putus-putus mejalankan penyiasatan dalam bidang kimia dan telah berjaya membuat penyiasatan dalam ilmu kimia (chemistry).

    ReplyDelete
  28. Perubatan homeopathy di Malaysia kini telah pun di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari.Dr Goh Cheng Soon adalah Director of Traditional and Complementary Medicine, Ministry of Health, Malaysia menyokong penuh perubatan homeopathy.

    Sukacita dimaklumkan bahawa Pengarah BPTK, Dr. Goh Cheng Soon, padaMesyuarat Badan Pengamal Bil. 2/2013 semalam (26 Mac 2013) telah menyerahkan Sijil Pelantikan MPHM sebagai Badan Pengamal (Homeopathy) untuk sesi 2013-2015. Sijil ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan ditandatangani oleh YB Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia.

    Ini bermakna MPHM adalah satu-satunya Badan Pengamal yang diiktiraf KKM (bagi modaliti Homeopathy) untuk mewakili semua Pengamal-Pengamal Homeopathy di Malaysia. Kepercayaan yang diberikan oleh pihak KKM ini adalah hasil komitmen serta kerjasama baik antara kita, MPHM dengan pihak KKM, khususnya pihak BPTK dan BPFK.

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum...saya pernah mengikuti ceramah oleh beberapa orang doktor malah pakar dalam bahagian ubat-ubatan. Demi Allah, apa yang saya tuliskan adalah benar semata-mata. Doktor2 tersebut termasuk pakar mengakui, ubatan moden memberi banyak kesan negatif malah ada diantara mereka yang sanggup berhenti kerja kerana sudah tidak sanggup memikul beban "menipu" pesakit. Setiap ubat yang diberikan tetap ada kesan buruk kepada tubuh manusia.
    Saya pernah mendapatkan rawatan diklinik kesihatan kerajaan.Ada seorang doktor berterus terang tidak mahu memberikan ubat dan memberi jalan keluar untuk saya memulihkan kesihatan.Jika saya tetap berkeras,dia akan berikan ubat.Dia memberi penjelasan kenapa dia memberi pilihan kepada saya.
    Saya juga mengikuti seminar keibubapaan diKelantan tahun lepas.Dia (doktor pakar) mengatakan dia menggelak cucunya dari disuntik.Doktor yang merawat ingin menyamannya.bila diselidik,dia adalah doktor pakar bahagian ubat di hospital tersohor negara.cucunya telah terselamat.Doktor sendiri tidak percaya...

    ReplyDelete
  30. Salam semua. Alhamdulillah masyarakat sudah mula sdar dgn apa yg kita amalkan. Jika anda ingin mencuba alternatif sila hubungi dr (H) Radziah.

    Homeopati radziah ada di shah alam.
    Boleh hubungi dr (H) Radziah ditalian 0192082756.

    ReplyDelete
  31. Kedua dua ada kebaikan. Tapi saya selalu ke perubatan moden sebelum homeopathy.

    ReplyDelete
  32. Yang di katakan berubat adalah apabila TELAH terkena penyakit lalu berusaha cari ubat yang sesuai . Jadi vaksin bukan berfungsi sebagai ubat kerana penyakit tak menimpa lagi ketika vaksin di beri.

    Jadi vaksin di beri bagi penyakit yang MUNGKIN bakal di alami di masa depan . Dalam erti kata lain vaksin di anggap boleh menghalang penyakit dari menimpa seseorang di masa depan . Bukankah itu sama macam penggunaan tangkal yang dianggap boleh menghalang perkara yang tak diingini dari bakal menimpa di masa depan ?

    Vaksin sama fungsinya macam pemakaian tangkal , cuma bezanya tangkal guna di luar badan sementara vaksin di masukkan ke dalam badan . Tangkal haram jadi kenapa vaksin nak di halalkan pulak sedangkan dua-dua fungsinya sama aje .

    Vaksin sebagai rawatan pencegahan ? Kenapa di namakan rawatan apabila penyakit tak menimpa lagi ? Apa yang nak di rawat apabila badan masih sihat ? Dah nampak tak logiknya istilah itu di guna. Vaksin sebenarnya cuma semata-mata "andaian pencegahan" dan bukannya kaedah rawatan pun .


    ReplyDelete
    Replies
    1. Haramkah pencegahan penyakit? Sedangkan dalam hadis sahih, Nabi telah bersabda ertinya: sesiapa yang makan tujuh biji tamar ajwah pada waktu pagi tidak akan dimudaratkan oleh racun dan sihir pada hari itu.Tangkal yang haram ialah orang yang percaya tangkal berkuasa menghalang penyakit selain Allah. Kalau makan habbatus sauda dan percaya ia yang menyembuhkan penyakit itu juga haram dan syirik. Kerana yg menyembuhkan hanyalah Allah bukan habbatus sauda dan ubat2 lain.

      Delete
  33. Dalam Al Quran dan Hadis Sahih , Allah dan RasulNya dah sebut dengan jelas fungsi madu untuk memberi kesihatan yang optimum pada badan , dan bijirin habbatusauda yang bertindak sebagai ubat bagi segala penyakit melainkan mati .

    Kenapa ada yang masih nak guna bahan kotor dan jijik yang terkandung dalam vaksin sebagai "pencegahan" penyakit , sedangkan Allah dan Rasulnya telah memberitahu dengan jelas ada bahan yang bersih dari segala kotoran yang boleh di guna sebagai ubat dan penawar bagi segala penyakit ?

    Kenapa tak guna madu dan habatusauda sebaliknya guna vaksin yang mengandungi najis , bakteria dan virus yang memang sah sah kotor ?

    Apabila ada cara dan bahan yang suci bersih yang secara spesifik telah di tunjukkan oleh Allah dan Rasulnya , masih halalkah untuk mencari bahan yang jijik dan kotor yang di adunkan oleh perubatan yahudi dan nasrani itu ?

    Sekuat mana iman seseorang , itu yang membezakan antara yang akan berpegang kepada apa yang di tunjukkan oleh Allah dan RasulNya , atau yang akan berpegang kepada apa yang di simpulkan oleh kaum yahudi dan nasrani.

    Perubatan barat masih ter gapai-gapai nak cari ubat bagi penyakit barah, sedangkan telah banyak kajian saintifik dari pakar2 muslim yang memperlihatkan kemampuan habbatusauda untuk mengubati penyakit kanser dengan berkesan . Itu buktinya keberkesanan cara dan bahan yang Allah dan RasulNya dah sebut sejak beribu tahun dulu lagi. Kalau tak percaya google lah akan keluar berlambak2 kajian yang di jalankan mengenai peranan habbatusauda dalam memulihkan sel-sel kanser .

    ReplyDelete
  34. Kesimpulannya adalah tepuk dada tanya ilmu dan iman . Apabila ilmu dan iman terlalu sedikit maka nescaya akan di terima perubatan barat bulat-bulat tanpa banyak soal sambil membelakangkan totally perubatan menurut Quran dan Sunnah .

    Hanya berdasarkan andaian semata-mata maka nak di paksa semua orang untuk guna bahan kotor dan najis sebagai pencegahan? Nampaknya doktor pun boleh jadi jahil sebenarnya .

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum,homeopathy yg mcm mn yg menggantikan suntikan vaksin pada bayi,contoh ubat makan atau mcm mn ye?

    ReplyDelete
  36. Saya nak amalkan 'vaksin' yg diajar Nabi SAW iaitu habbatus sauda dan mknn sunnah yg lain. In Sya Allah saya yakin 100%, kalian bgaimana?yakin brpa % ;)

    ReplyDelete
  37. Ada homeopathy.. pakai tepuk tangan bawah meja...1, 2, 3, 3, 5,6,7,8,9, 10....sebelah tangan lagi pegang gambar anggota tubuh badan.... scan ke tak tahu lah.... kalau tinggi bilangan tepuk tu.... tahap sakit pada anggota tu teruk.... Tak tahu macam mana relation antara bialngan tepuk dengan tahap sakit.... pening aku memimirkannya.....??

    ReplyDelete
  38. Alhamdulillah... Dalam sunnah nabi s.a.w ada kejayaan dunia & akhirat.

    Ikhtiar rawat penyakit utk bayi & ibu dgn minyak kelapa dara Mumtaz.. Pm 0137620135.

    Alhamdulillah... Terbukti berkesan.

    ReplyDelete
  39. Alhamdulillah. saya nak tanye. kalau kita tak ambik suntikan BCG masa sekolah tak pe kan?

    ReplyDelete
  40. Banyak kajian mengatakan, terdapat bahan² yang bahaya & tidak halal dalam vaksin. Dan boleh dilihat, zaman skang dengan zaman bukan vaksin, betapa zaman tanpa vaksin, orang boleh hidup sampai tua. Skang, belum smpai umur 40,dah sampai ajal.

    Kenapa ada rawatan yang Nabi ajar, tidak diutamakan?

    💥Allah tidak menjadikan kesembuhan pada hal yang diharamkan💥

    Vaksin jadi halal hanya kerana untuk rawatan? Renungkan.

    Memang vaksin x mati atau sakit on the spot, kalau ambik, tapi fikir balik la, pelbagai penyakit misteri muncul.

    Ubat skang bukan menghilang, tapi memunculkan pelbagai penyakit. Tak baca hadis, tentang rawatan islam? Tak yakin dengan anjuran nabi, bekam, ubvatan sunnah, ubatan dari tumbuh²an. Ruqyah, ada kesembuhan? Kalau x yakin, sila semak iman. Ubat²an skang, dijadikan alasan untuk menghalalkan yang haram. Sungguh, ramai yang tertipu dengan mainan yahudi & syaitan. Allahuakhbar.


    Wallahu'alam.

    ReplyDelete

Guane gamok? komen skit....